WE HAVE A GOOD TIME RELEASE OUR MIND AT AQUARIUM
Everything about my daily life, pet , friends, works, debate, hobbies, family. Malaysian in english countryside.
Thursday, January 18, 2007
TAHUN HIJRAH
Tahun hijrah bakal muncul lagi, tapi kita masih seperti tahun tahun yang lalu. bila masa kita mahu cuba berubah merungkai rantai yang membelengu kaki ini. Adakah iman kita, takwa kita semakin berganda atau dosa yang menjanjikan siksa sahaja menjadi teman harian.
Di kesempatan ini, selamat menyambut maal hijrah buat semua umat islam. Tiba masanya untuk kita hijrahkan diri, refomasikan peribadi, jadikan ahklak terpuji moga hidup setahun hijrah yang akan datang terus diberkati. amin

GENERASIKU
Jangan jadi ayam kelaparan di kepuk padi. Jangan jadi itik kehausan di kolam
Jangan jadi nasib kerbau yang teruk di bendang tetapi kucing mewah makan di rumah
Jangan tanam kelapa condong
perdunya kita bubuh baja tetapi buahnya jatuh dimakan orang
Jangan kail sejengkal lautan hendak diduga.
Kita hidup ibarat macam kupas bawang, sekali-sekala menitis juga air mata
Bila kemiskinan mengetuk pintu, kasih sayang lari keluar ikut tingkap

Saturday, January 6, 2007
"MR BROWN"
HIDUP
Hidup ini penuh dugaan dan ranjau, seringkali kita rebah dan tewas ketika kita mula mengatur langkah. Langkah yang cuba kita mulai ke dalam maksud mencari kebahagian jua kejayaan. Ranjau dan dugaan yang datang bisa merobah setiap perjalanan yang cuba kita lakarkan. Adakalanya kita terus dirundung rasa gelisah jua duka durja bila gagal kita depani onak yang menimpa. Sampai bila kita harus jadi insan yang lemah tak bermaya. Entah mengapa saban kali bila dirundung derita kita cuba tanamkan segala rasa dan jua kekuatan untuk bangkit, namun ia tidak kekal lama, kita rebah kembali.Ingatlah bahawa hidup ini satu perjalanan yang mendewasakan sebelum tiba kita di penghujung dan hitungan akhir yang pasti kita tidak mampu merubah lagi. Ketika kita masih ada masa lagi marilah kita bangkit kita redah segala dugaan, cabaran dan onak yang mendatang agar kita lebih bersemangat untuk kita terus memalu gendang meniup semangat perjuangan dengan doa agar kita lebih berjaya dalam hidup ini. Gagal tidak bermakna kita tewas, tapi gagal buatkan kita lebih dewasa dalam melayari hidup ini. Apa guna menjadi paus di kolam kecil kiranya kita mampu menjadi jerung ganas di lautan badai. Usahalah, agar kebahagian dan kejayaan milik kita, mari kita rempuh segala dugaaan kerana pasti akhirnya ada jua kejayaan
Subscribe to:
Posts (Atom)