Sunday, June 29, 2008

Debat Merdeka Komuniti Bestari

Penyampaian hadiah oleh Pengarah Penerangan WP
Kami tumpang gembira
Aksi selepas perlawanan
Lagi aksi pendebat terlampau
Alhamdulillah pasukan yang mewakili Presint 8 Putrajaya berjaya mempertahankan kejuaraan tahun lalu dengan menjadi johan Debat Merdeka Komuniti Bestari peringkat Wilayah Persekutuan. Pasukan P8 Putrajaya bertindak selaku pihak pencadang menewaskan pasukan Komuniti Bestari Bandar Sentul Perdana yang membahaskan usul "Kenaikan harga minyak memberikan faedah jangka panjang kepada rakyat". Perlawanan tadi telah berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman. Tahniah kepada Mazuan, Fizi, Patma dan Hidayat yang bertungkus lumus dalam berhujah. Terima kasih buat bed, fila, r pek serta suami Patma yang banyak membantu memastikan kemenangan ini. Pasukan P8 layak kepertandingan seterusnya yang akan diadakan pada bulan hadapan diperingkat zon bagi memilih pasukan terbaik yang akan mewakili zon tengah ke peringkat kebangsaan.

Cuti- cuti Balik Kedah

Kompleks bebas cukai Bukit kayu Hitam , yang aku rasa cukainya tak berapa bebas
Dari luar negara ke Malaysia
Pekan Rabu, banyak orang Thai yang menjual
Sujana mata memandang, sawah padi menghijau
Indahnya biru langit di pendang
Gua di Muzium Padi
Korbankan diri untuk Sang Singa yang kelaparan
Gurung Kriang

4 hari pulang ke Kedah buatkan aku jauh dari segala rasa sesak kerja dan segala benda. Sepanjang di sana sempat juga menjengah ke Pendang, Jitra, Gunung Kriag dan juga Bukit Kayu Hitam. Seronok juga dapat makan durian dan cucur cempedak hasil dari kebun ayah mertuaku. Bukan apa sudah lama tak pulang ke Kedah, bila ada kelapangan inilah masanya untuk kerumah ipar duai juga pakcik makcik.