Monday, August 25, 2008

Mengapa Suram Sahaja

Kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51, namun aku rasakanya bahang kemeriahannya suram sahaja. Mengapa, adakah dek kerana bajet sambutan tahun ini yang dikurangkan ke RM20 juta berbanding RM40 juta sebelum ini. Perbelanjaan tahun ini dikurangkan atas dasar menyahut kempen jimat cermat. Antara aktiviti yang tidak adakan pada tahun ini ialah pertunjukan bunga api yang menjadi acara kemuncak pada setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan. Ramai la yang ke Dataran Merdeka akan terasa hambarnya, lepas countdown boleh terus balik rumah, tahun ini takda bunga api. Adakah iklim politik dan ekonomi semasa jua mempengaruhi keghairahan rakyat untuk menyambut tanggal 31 Ogos atau rakyat lebih tertarik memfokuskan kepada isu: Lompat Parti, Sumpah, Permatang Pauh, Tanah di Pulau Pinang, Petrol, Kouta UiTM, Bar Council, Exco di Perak dll. Terpulanglah kepada kita semua untuk menilai erti sebenar kemerdekaan yang kita sudah kecapi.