Tuesday, January 8, 2008

Senjakala

Aku baru sahaja selesai menghabiskan buku ini. Buku lama yang ku jumpa di rumah bapa mertuaku sewaktu pulang beraya tempoh hari. "Sejakala" karya Baharuddin Kahar terbitan tahun 1987, lama dah mungkin ada sesetengah anda tak lahir lagi. Sedikit ulasan, "Senjakala" adalah catatan kisah kegigihan seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih seratus hari demi mendapatkan sedikit daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Garapan menarik penulis tentang kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan. Tidak lupa jua penulis menyentuh tentang hubungan manusia dengan tuhannya, alam dan sesama manusia. Bagus sekali, kalau sesiapa yang rajin selongkar almari lama dirumah mungkin akan terjumpa novel atau buku buku lama yang pastinya menarik untuk kita jadikan bahan santapan minda.