Wednesday, July 30, 2008

Debat Komuniti Bestari 2008 - Zon

Ahad dan Isnin ini akan berlangsung pertandingan separuh akhir dan akhir debat komuniti bestari peringkat zon tengah yang akan diadakan di kedah. Pasukan Komuniti Bestari Putrajaya yang mewakili Wilayah akan menentang pasukan tuan rumah di peringkat separuh akhir menjadi pencadang kepada tajuk "Belia masa kini gagal memenuhi aspirasi negara" dan sekiranya ke pertandingan akhir akan menjadi pembangkang kepada tajuk "blog membawa keburukan" . Aku belum pasti lagi akan mengiringi mereka atau tidak ke kedah nanti lantaran dari hambatan kerja yang menimbun.

Tuesday, July 29, 2008

Debat Alam Sekitar 2008

Sekalung tahniah buat pendebat UiTM yang baharu sahaja melakarkan kemenangan dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar yang baru sahaja tamat tengah hari tadi di UMS. Kalau tidak silap perkiraan aku ini adalah kemenangan kali pertama UiTM bagi Debat ALam Sekitar. Khabarnya UiTM berjaya menewaskan UIA . Tahniah kepada semua dan jurulatih UiTM yang berusaha mempastikan kejayaan ini.

Tuesday, July 15, 2008

INTI Ball 2008






INTI Ball yang diadakan sabtu yang lalu di Eastin Hotel.

Sunday, July 6, 2008

Happy Birthday Fila



Rabu yang lalu birthday Fila, kebetulan jatuh waktu majlis makan malam pasukan debat dan ahli komuniti bestari P8 di kelab tasik putrajaya, bed rancangkan kejutan buatnya. Happy birthday Fila.

Thursday, July 3, 2008

New Semester = Final Sem

Pejam celik tinggal satu semester lagi, sekejap sahaja masa berlalu, ini adalah sem terakhir aku. ada 3 subjek yang perlu diselesaikan sem ini. Hari sabtu ini kelas akan bermula. Moga-moga perjalanan sepanjang semester ini akan lebih mudah.