Monday, December 31, 2007

2008

Selamat menyambut tahun baru 2008. Semoga setahun yang mendatang bakal kita penuhi dengan segala wawasan dan juga impian . Tekad dan kuatkan usaha agar kita mampu untuk memacu tenaga jua idea mencipta sebuah kemenangan. Jadikan pengalaman lalu sebagai panduan agar segala kesilapan tidak berulang. Moga harapan kan jadi kenyataan.

Friday, December 28, 2007

Memori di Tanjung Bidara

Aksi terjun tiruk

Syoknya, kalau tak pandai berenang, gunala pelampung

Sudah ada kesan cemaran sampah sarap


Tenang laut di Tanjung Bidara bisa menggamit aku lagi kesana. Masih teringat kenangan berkunjung ke sana tidak lama dulu sewaktu zana di Melaka. Sekarang dah takda masa nak ke sana dan jarak pun sudah jauh. takpa nanti kalau ada masa aku akan ke sana lagi. Enak sekali berehat di bawah teduhan pepokok sambil dibuai angin laut.

Benazir Bhutto killed


Al Fatihah buat seorang pejuang demokrasi

New Semester

12 Januari ini seminar / kelas aku yang pertama akan bermula. Semester ini ada 3 subject lagi yang perlu aku bereskan. Nampaknya subject berkaitan database masih ada lagi, ni yang aku pening dan risau. Semester ni hendaknya aku tidaklah sesibuk seperti semester yang lalu agar aku mampu luangkan masa untuk menelaah dan menyiapkan tugasan on time. Result sem lalu tidak la begitu cemerlang namun cukup memuaskan hati berbanding usaha yang terlalu sedikit aku tunjukkan. Moga aku akan terus bersemangat - semangat awal semester baru dan tahun baru untuk terus mendepani cabaran se semester lagi. p/s: yuran masih belum bayar, kena pergi bayar cepat ni sebelum duit abissss.

Wednesday, December 26, 2007

Laksa oh Laksa


Ini adalah antara makanan yang paling di digemari oleh isteriku. Sebut saja laksa semua tempat mahu di cuba , tapi rata ratanya tak sedap. Kalau di Shah Alam hanya ada satu sahaja laksa yang sedap baginya dan aku juga akuinya. Laksa yang di jual guna lori di tepi padang menuju ke Bukit Raja Shoping Centre berhampiran kawasan perindustrian di situ. Ahad lalu Mbeng dan Sarah sekali lagi bertandang ke rumah kami, kali ini special bila sarah menawarkan diri nak buat laksa di rumah kami. Zana seronok la, aku tak tahu buat laksa jadi perhatikan sahaja Sarah buat. Sedap dan menyelerakan hidangan yang di sedaikan, Mbeng pula rajin sekali memebantu kekasinya. Ntahla sejak berteman ni Mbeng nampak rajin dalam semua benda.. baguslah. Sampai ke malam kami masih menyantap laksa penang Sarah. Terima kasih , next time buat lagi ye.

Tuesday, December 18, 2007

Hujung Minggu di Sungai Chongkak

Nyalakan api dulu
He hehe lapar ke
Pose menarik Azemir
Sejuknya
Sabtu Aku, Zana, Mbeng, Sarah dan Azemir berkelah di Sungai Chongkak. Walaupun pada mulanya rancangan hampir dibatalkan kerana memikirkan musim hujan dan bahaya air deras namum ia tetap diteruskan juga. Pukul 9.00 pagi kami sudah bertolak ke sana berbekalkan nasi lemak dan juga meehon goreng jualan abang di tepi jalan yang cukup lazat. Kami bawa juga ayam dan juga udang untuk di bakar nanti. Masalah untuk cari arang tapi akhirnya jumpa juga di Sek 2.

Alhamdullilah cuaca agak cerah pagi ini, mudah perjalanan kami,. Hampir pukul 11 kami tiba disana, tak ramai orang sangat dan masih ada tempat letak kereta dan juga pondok rehat untuk kami sewa, parking RM 3 dan sewa pondok RM 10 agak mahal jugak. Kami teruskan dengan acara bakar-bakar lauk yang kami bawa, sedap sekali di makan bersama nasi lemak dan meehon goreng. Sejuk sekali air sungai, nyaman dan segar kami berendam sehingga kecut dan ketar seluruh tubuh badan walaupun mentari sudah tercacak di atas kepala.

Lapar kami makan lagi bekal yang dibawa, pukul 3 kami kemas pulang, singgah sebentar solat di tengah jalan. Petang sampai rumah penuh kepenatan tapi kami semua cukup gembira habiskan masa bersama selepas berbulan rasanya tidak ada sebarang aktiviti riadah yang kami lakukan. Azemir tak menyesal tangguhkan balik ke Pahang semata mata nak bersama kami ke sana.

Monday, December 17, 2007

Lambaian Kaabah II


Pukul 1.15pm tadi aku terima panggilan daripada ayah di tanah suci Mekah, katanya di sana baru lepas subuh, terubat rasa rindu dan hilang jua rasa risaunya. Selepas seminggu ke sana baru hari ini dapat hubungi tanah air, katanya baru tukar HP and sim pax. Dari suaranya aku rasakanya ayah sihat dan gembira di sana. Makan nya selera sahaja katanya sejak menjejakkan kaki ke sana. Makanan tak risau semua ada. Pagi tadi katanya makan nasi kerabu, kat sana pun ada orang jual jugak, Sekarang ni agak sibuk katanya dah dekat nak wukuf. Tadi tak sempat bercakap dengan Cik kerana biliknya asing. Takpa la dapat dengar suara ayah pun dah cukup . Semoga keduanya selamat menjalani ibadah haji. Nanti kalau kau rindu mudahla nak telefon kesana.

Friday, December 14, 2007

Majlis Penghargaan Komuniti Bestari KL

Malam tadi kami diraikan dalam majlis ramah mesra ahli komuniti bestari, Majlis makan malam anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan meriah tetapi cukup sederhana di Hotel Istana KL. Aku semalam agak resah pabila kesesakan lalulintas di lebuhraya Persekutuan dan jalan yang berserabut di Bukit Bintang membuatkan kami lewat sampai kesana. Sedikit malu apabila semua mata tertumpu kepada aku pabila melangakah masuk kedalam dewan, semua senyum aje aku membalas dengan senyum simpul confident.

Datuk Zulhasnan tak dapat datang jadi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dato Wira Abu Seman mengabil alih. Ucapan beliau di bacakan Dato Wira sarat dengan mesej kerajaan sentuh isu perpaduan, kejiranan, hindraf dll. Makan malam tidaklah begitu enak tapi bolehlah sekadar mengisi perut. Semalam aku keseorangan terasing dari ahli debat yang lain. Aku di meja utama bersama dengan pengerusi-pengerusi komuniti bestari, Wakil KP Penerangan Malaysia, Pn Sabariah- Pengarah Jbtn. Penerangan Wilayah dan juga Dato Wira. Mati kutu aku, Faizal, Bed, Zana, Fila dan Azemir di belakang gelakkan aku.

Mujur semalam aku di sapa wakil komuniti bestari Taman Desa, Encik Faizal Abdul Rahman. rancak berborak beliau perkenalkan diri. Rupanya beliau bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah wakil negara ke kelayakan Piala Dunia di Jepun dulu dalam tahun awal 90 an. Aku tak kenal dia tapi layan borak aje la. Banyak isu bola sepak negara yang beliau ceritakan, dapat juga aku cungkil ilmu bola sepak beliau. Begitu juga beliau cukup minat bertanya tentang pengucapan awam dari aku. So inilah masa berkongsi idea dan pengalaman.

Semalam di adakan juga majlis penyerahan piala pusingan Seri Setia oleh Dato Wira kepada kami dan yang paling penting semalam Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan amat bermurah hati menyampaikan cenderahati jam tangan yang cukup cantik dan aku kira harganya boleh tahan juga. Terima kasih daun keladi. Pukul 11pm kami melangkah pulang, Azemir dapat hadiah cabutan bertuah malam tadi, seronok.

Tuesday, December 11, 2007

Sorotan Debat Merdeka Komuniti Bestari

Keratan Akhbar The Star 7/12/2007

Keratan Akhbar Harian Metro semalam 10/12/07

Selepas tamat sahaja debat yang lalu aku agak sibuk dengan tugasan pejabat yang terpaksa di selesaikan terutamanya yang berkaitan dengan borang perjanjian PTPTN dan juga kesibukan aku pulang ke kuantan menziarahi kedua orang tua aku yang telah selamat berangkat ke tanah suci mekah semalam.
Ini ada sedikit berita di akhbar tentang kemenangan kami untuk di kongsi bersama, walaupun lambat keluar tapi paling tidak ada juga untuk jadi kenangan dan tatapan. Malam esok kami akan diraikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datul Zulhasnan dalam majlis penghargaan yang akan di adakan di Vistana Hotel KL, cuma aku agak terkilan bila di maklumkan oleh Jabatan Penerangan hanya pendebat di jemput sedangkan aku rasa pasukan research team kami juga memainkan peranan yang cukup kuat dalam mempastikaan kejayaan ini.
Semalam aku ke IKIM tengok pertandingan debat di sana, sayang sekali UiTM pulang awal, tapi persembahan mereka semalam cukup baik sekali, tahniah dan sekalung tahniah juga buat pasukan debat perpaduan UiTM yang menjuarai debat perpaduan 2007 di UNIMAP.

Saturday, December 8, 2007

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pertahan Kejuaraan Debat


Syukur alhamdullilah kami berjaya melakar sejarah kemenangan di saksikaan jutaan penonton dari seluruh negara secara langsung. Sekarang aku busy sangat dengan kerja yang bertimbun. Nanti kalau ada masa aku ceritakan tentang ini, petang nanti nak balik kuantan pulak. Ada sedikit gambar ehsan laman web Komuniti Bestari.

Monday, December 3, 2007

Persiapan Akhir Debat Komuniti Bestari

Sudah banyak hari nampaknya aku tidak postkan sebarang entri ke dalam blog ini, bukan apa tidak ada isu yang menarik untuk aku kongsi bersama. Hari sabtu lalu telah kami adakan perbincangan khusus untuk tajuk separuh akhir dan akhir debat komuniti bestari yang akan berlangsung esok. Tempatnya di pebabat penerangan wilayah persekutuan jalan sungai besi kl, masalah sangat untuk sampai kesana, bayangkan kami hampir 4 kali sesat di tengah tengah Kl yang cukup sesak dipagi sabtu. Janji dangan pegawai penerangan nak sampai pukul 9.30 pagi tapi pukul 11.30 pagi baru kami sampai di sana, ini lah akibatnya kalau sekali sekala sahaja keluar ke KL. Perbincangan yang aku rasakan agak bagus di samping bantuan bahan yang cukup banyak dari Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan. Terima kasih kepada En Fendi yang telah bersusah payah membawakan bahan bahan koleksi peribadi beliau untuk kami gunakan sepanjang pertandingan ini. Menjelang petang baru kami pulang, sekali lagi menempuh sesat dan sesak Kuala Lumpur.

Semalam, ahad kami adakan latihan sparring dengan beberapa orang adik pendebat uitm, tujuan utama adalah untuk melihat kebarangkalian kupasan konsep dan hujah yang bakal di bawakan oleh pihak lawan dan brainstorming dengan mereka mencari jalan terbaik dalam menganalisa hujah-hujah. Seronok jugak tapi aku pancit kepenatan maklumlah perdebat pertama 10 minit masa diberikan tidak termasuk masa menerima dan menjawab celahan. Banyak input bermanafaat yang dapat kami kongsi dalam latihan ini. Terima kasih daun keladi buat Azemir, Fakri dan Ezly yang sudi meluangkan masa berlatih bersama kami.

Petang ini kami akan berangkat ke KL International Hotel di kampung baru tempat penginapan kami, Pertandingan akan bermula esok pagi. Sebenarnya check ini akan bermula pukul 2.00 petang ini tapi aku minta Fila yang pergi dan uruskan dulu disebabkan aku dan Bed kerja dan Faizal ada kelas hari ini. Malam ini pastinya memenatkan dengan tugasan menyusun hujah yang perlu di lakukan. Doakan kami semua berjaya.