Saturday, January 6, 2007

"MR BROWN"


My Cute "Mr Brown"
Age: 1 Years
Sex: Male
Hobby: Eating & Sleeeeeeping
Hello, introducing my cat "Mr Brown" anybody have info about kucing / cat to share please email me.

HIDUP

Hidup ini penuh dugaan dan ranjau, seringkali kita rebah dan tewas ketika kita mula mengatur langkah. Langkah yang cuba kita mulai ke dalam maksud mencari kebahagian jua kejayaan. Ranjau dan dugaan yang datang bisa merobah setiap perjalanan yang cuba kita lakarkan. Adakalanya kita terus dirundung rasa gelisah jua duka durja bila gagal kita depani onak yang menimpa. Sampai bila kita harus jadi insan yang lemah tak bermaya. Entah mengapa saban kali bila dirundung derita kita cuba tanamkan segala rasa dan jua kekuatan untuk bangkit, namun ia tidak kekal lama, kita rebah kembali.Ingatlah bahawa hidup ini satu perjalanan yang mendewasakan sebelum tiba kita di penghujung dan hitungan akhir yang pasti kita tidak mampu merubah lagi. Ketika kita masih ada masa lagi marilah kita bangkit kita redah segala dugaan, cabaran dan onak yang mendatang agar kita lebih bersemangat untuk kita terus memalu gendang meniup semangat perjuangan dengan doa agar kita lebih berjaya dalam hidup ini. Gagal tidak bermakna kita tewas, tapi gagal buatkan kita lebih dewasa dalam melayari hidup ini. Apa guna menjadi paus di kolam kecil kiranya kita mampu menjadi jerung ganas di lautan badai. Usahalah, agar kebahagian dan kejayaan milik kita, mari kita rempuh segala dugaaan kerana pasti akhirnya ada jua kejayaan