Wednesday, January 7, 2009

Sekian Lama

Sekian Lama

Telah sekian lama
Cerita nadim di humban kerana sifat bijaksana
Telah sekian lama
Kisah beruk hutan yang disusukan,
akhirnya anak mati kelaparan
Telah sekian lama jua ceritanya
Si kaduk naik junjung, lupa asal serta budaya
Telah sering jua kita dengar kisah anjing dengan bayangnya
Tamak haloba akhirnya berputih mata
Segala macam kisah jua dibuat perumpamaan untuk sedarkan kita
Dari alpa rasa dan curiga

Kitalah manusia yang ada akal dan cara
Namun masih tunduk kepada nafsu jua nista
Mengapa ketika kita hampir karam dilautan
Masih ada sifat pentingkan diri
Mengapa ketika kita dimulut buaya masih ada yang
senang melihat bangsa sendiri merana
Sifat malas gunakan akal dan fikiran jadikan kita lupa daratan
Tentang nasib yang perlu kita ubah agar bangsa ini lebih megah

Benar kitalah tuan di bumi bertuah
Namun jangan sesekali lupa
Esok lusa mungkin bukan lagi milik kita


Amier
Jan 09