Thursday, January 10, 2008

Kenya terus bergolak

Pertempuran antara puak Pro kerajaan dan Pro Pembangkang

Pertelingkahan antara Presiden Kenya, Mwai Kibaki dan pemimpin pembangkang, Raila Odinga telah masuk hari kesepuluh, keganasan sejak 10 hari lalu telah menyebabkan hampir 600 orang terbunuh dan 250,000 penduduk menjadi pelarian. Aku terkenangkan sahabat aku Robert Omole warga kenya yang baru sahaja pulang ke negaranya selepas hampir 6 tahun di Malaysia. Apa cerita beliau disana selamatkah beliau, sesekali teringat ketika sesama ke pasar malam dan menyantap sup sayur di restoran thai di nilai. Aku doakan semoga beliau selamat.

2 comments:

Ayu Mohamad said...

awak takde ke email ke atau apa2 cara utk contact kawan awak tu? harap2nya dia selamat...

Amier said...

Dah email & YM tapi takda reply lagi. By the way thanks for visit my poor blog. he he he.