Saturday, March 22, 2008

Selepas PRU 12

Setelah ramai yang kecewa dengan keputusan PRU 12 yang berlangsung 2 minggu lalu, episod politik tanah air terus berlangsung dengan pelbagai rencah dan sandiwaranya, aku masih tertunggu tunggu sampai hari ini keputusan menteri besar Terengganu tak diputuskan lagi. Cakap-cakap tentang Anuar mencari ahli parlimen BN yang sudi melompat parti jua hangat kedengaran. Ada yang kata Anuar pergi beli MP, bagi duit suruh masuk BA, Guan Eng cabar kalau betul ada yang sogok duit pergi buat laporan polis segera, Pas pun suruh buat laporan juga. Ada bapak-bapak menteri yang tak terpilih jadi menteri letak jawatan dalam UMNO. Pak Khir jua letak jawatan dalam UMNO selangor, Muhd Taib ambil alih, sesuai la Muhd. Taib kan sekarang ni menteri tentulah lebih berkaliber untuk terajui negeri selangor berbanding bekas MB yang jadi pembangkang di dewan negeri.

DEB dipulau pinang dah dihapuskan , baru la ramai sibuk tunggang langgang, keputusan raja sudah ada yang berani perlekeh, bagus la. Sudah terhantuk baru nak tengadah. Mula la sibuk buat perhimpunan secara aman. Kat Pulau Pinang kat Shah Alam mereka berkumpul, takut hak melayu terus di kikis dan ditepis.

Ramai la yang jadi Hang Tuah dan yang jadi Hang Jebat kali ini. Nanti aku perincikan siapa Tuah dan Jebat.....Nak pergi makan dulu,bye

5 comments:

Saiful Ambar Abdullah Ambar said...

Benar, situasi agak kucar-kacir hanya kerana kuasa. Menarik mengenai Tuah & Jebat, bila boleh kupas?

Amier said...

Hai Epol , Ada politician kata solution sekarang but almost imposibble dengan ada satu sahaja parti di malaysia tanpa kira kaum. So kalau macam ni kaum tertentu sure lebih maju... kacau jugak sekarang dengan macam masalah politik ni Nanti saya tulis pasal hang tuah tu...sibuk dengan nak exam ni.. baby ok?

Saiful Ambar Abdullah Ambar said...

Alhamdulillah baby sihat. Yg tu aku tak setuju nak kata solution, but it would be possible if we are willing to work on it. Pasal satu-satu kaum yg akan lebih maju, itu persepsi yg ada kaitan dgn dasar pecah perintah yg diwarisi sejak turun temurun dulu . Apa-apa pun, boleh lihat kupasan aku kat blog aku http://saifulambar.blogspot.com

Amier said...

ok, semalam dah jengah ke blog epol. Menarik.

Unknown said...

ok..terima kasih!