Tuesday, June 5, 2007

Pertandingan Debat Medeka Komuniti Bestari Zon 1 Kebangsaan

Separuh akhir 1

Perak(pencadang) lwn Wilayah Persekutuan (pembangkang)

Separuh akhir 2

Kedah lwn Selangor

Usul: 50 tahun merdeka: "kita telah mencapai minda kelas pertama"

Pertandingan akhir:

Pemenang separu akhir 1 lwn pemenang separuh akhir 2

usul: Perjuangan mencapai kemerdekaan lebih sukar daripada mengisi kemerdekaan

My Nation



“MY NATION” waving in the gentle breeze
My Nation climbs the morning’s summit
My Nation dances in the heat of the day waiting for the afternoon
My Nation is at work during the office hours of the week
My Nation s quite proud, standing erect and handsome in the front of office, and school in a uniform of red and white strips

My Nation students pledging to the My Nation
Clear and loud singing My Nation and salute of respect
And love the only in the heat and in the rain
overseeing its people passing without a need to look up to
My Nation ambassador to UN a voice of the small third world
My Nation that shall be planted on Everest, Antarctica, moon My Nation: Malaysia


By: Puzi Hadi
BURNISHED GOLD
An Anthology of Cotemporary Malaysian Poetry

Monday, June 4, 2007

Orange / Pamelo

Before - Size bigger compare to ordinary orange

After i open

After i makan


Rasa Manis & Masammmmmm

Friday, June 1, 2007

My Future House


Finally, i decided to get this house, where to find money to pay this house. Letter la i will fikir. A bit far from Shah Alam but price reasonable.

INTI UC Crime Prevention Club

Hah , that a new task to set up INTI-UC Crime Prevention Club, what la....by the i get a good support from Malaysia Crime Prevention Foundation. Dear students please support this new club.

Thursday, May 31, 2007

Debat Merdeka Komuniti Bestari W. Persekutuan 2007

Bed - 1st Speaker, gaya seorang ketua pencadang

Me-2nd speaker for first time in my life but i enjoy it

"yang berhormat, sebenarnya.....bla..bla....bla.."


Faizal - 3rd speaker, "bidasan saya yang ke 100.....adalah..."



Alhamdullilah, rezeki pihak kami.

Wednesday, May 30, 2007

Debat Merdeka Komuniti Bestari




UiTM Konvokesyen



Last monday pergi konvo ayu kat UiTM, ramainya orang dah susahnya nak parking kereta. for this time ramai family yang complain because mereka hanya dapat masuk kat dewan annex je and tengok screen. most of then kata tak dapat feel tengok secara real anak anak mereka terima ijazah. kesian pakcik makcik ni. Maybe UiTM terpaksa buat sebegini kerana terlalu ramai student yang graduasi. anyway i love UiTM so much that why from my diploma, degree and now master i still with UiTM. UiTM di hatiku.

Sunday, May 20, 2007

Debat Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Wilayah Persekutuan 2007

Allhamdullihah akhirnya pasukan kami berjaya menjuarai Pertandingan Akhir Debat Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Wilayah Persekutuan 2007. Pasukan Komuniti Bestari Presint 8 Putrajaya berjaya mengalahkan pasukan Komuniti Bestari Kampung Malaysia Raya. Selaku pihak pencadang pasukan kami berjaya menyakinkan panel hakim. Hadiah pada tahun ini agak lumayan RM 3000.00. Terima kasih kepada bed, faizal, fila, zana & fazlina yang besama sama berjuang untuk memastikan kemenangan ini.

Tuesday, May 15, 2007

MC for 2 Days

Mata masih sakit dan demam pun masih belum kebah. Esok kena start kerja balik selepas dua hari dapat MC, tak sure lagi nak pergi extend MC ake tak. Coz kalau dapat MC boleh jugak rest kat bilik ni, best jugak tapi teramat boring la. Ni first time demam sakit selepas 6 bulan kerja kat INTI-UC ni, dulu masa kerja kat tempat lama selalu je demam, maybe enviroment yg lazimnya menjadikan kita tidak sihat.

Monday, May 14, 2007

Debat Komuniti Bestari

Hari sabtu ni aku akan bertanding debat komuniti bestari final Wilayah Persekutuan. Masalahnya tajuk kurang memberangsangkan, coz ada dua isu dalam satu tajuk "Globalisasi membina jatidiri atau menghakis patrotisme" sepanjang aku berdebat selama ini tak pernah jumpa usul yang ada perkataan atau. Ntahlah ape yang difikirkan oleh orang yang buat tajuk ni coz bila di debatkan takda point of clash. Dahtu tajuk ni macam agak sukar untuk dibawakan oleh pihak pencadang. Anyway aku rasa hentam je la coz fakta related pun kurang.

Friday, May 11, 2007

50th Malaysia Independence Day Celebration


Logo sambutan 50 tahun kemerdekaan negara, we should proud to be malaysian

Thursday, May 10, 2007

Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga

Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,
Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agam
Tiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.

Ketika angin serong menyusur ke lembah gersang
Badai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
Bangsa yang sekian lama megah dan padu
Tiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
Menyeret ke musim silam yang kontang.

Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh Sepumtum
Kaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupa
pada wanginya jenazah Tok Janggut,
Terjerut songsang di pinggir jalan
demi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnya
darah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteri
demi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwal
yang redha berputih tulang
membentengi Rumah Pasung Bukit Kepong
demi memelihara maruah pertiwi.

Generasiku yang merdeka,
Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekam
Kita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatan
Kita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.
Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilang
Halaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,
Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,
Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.

Dihalaman kembang sepatu ini,
Pertahankanlah daulah addin nan quddus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus
Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
Abadikanlah kemakmuran sejati
Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,
Selamanya sejahteralah warga,
Sepanjang alaf menjulang bangsa


Karya: Sazalee Haji Yacob
AKSARA MERDEKA

Tuesday, May 8, 2007

EXAM

I Just finished my exam last week and settle submit all my course work. First semester of my program is very tought for me. Heh just wait for result and see how

Monday, February 19, 2007

Thursday, January 18, 2007

WEEKEND AT AQUARIUM SHAH ALAM

Koi Fish
Some More Fish
Beautifull Smile
Hakimi Enjoy The TRip
Nabila in Baju Kurung

WE HAVE A GOOD TIME RELEASE OUR MIND AT AQUARIUM

AKSI KUCING


My cute " MR BROWN"

TAHUN HIJRAH

Tahun hijrah bakal muncul lagi, tapi kita masih seperti tahun tahun yang lalu. bila masa kita mahu cuba berubah merungkai rantai yang membelengu kaki ini. Adakah iman kita, takwa kita semakin berganda atau dosa yang menjanjikan siksa sahaja menjadi teman harian.

Di kesempatan ini, selamat menyambut maal hijrah buat semua umat islam. Tiba masanya untuk kita hijrahkan diri, refomasikan peribadi, jadikan ahklak terpuji moga hidup setahun hijrah yang akan datang terus diberkati. amin

GENERASIKU

Jangan jadi ayam kelaparan di kepuk padi. Jangan jadi itik kehausan di kolam
Jangan jadi nasib kerbau yang teruk di bendang tetapi kucing mewah makan di rumah
Jangan tanam kelapa condong
perdunya kita bubuh baja tetapi buahnya jatuh dimakan orang
Jangan kail sejengkal lautan hendak diduga.
Kita hidup ibarat macam kupas bawang, sekali-sekala menitis juga air mata
Bila kemiskinan mengetuk pintu, kasih sayang lari keluar ikut tingkap

Saturday, January 6, 2007

"MR BROWN"


My Cute "Mr Brown"
Age: 1 Years
Sex: Male
Hobby: Eating & Sleeeeeeping
Hello, introducing my cat "Mr Brown" anybody have info about kucing / cat to share please email me.

HIDUP

Hidup ini penuh dugaan dan ranjau, seringkali kita rebah dan tewas ketika kita mula mengatur langkah. Langkah yang cuba kita mulai ke dalam maksud mencari kebahagian jua kejayaan. Ranjau dan dugaan yang datang bisa merobah setiap perjalanan yang cuba kita lakarkan. Adakalanya kita terus dirundung rasa gelisah jua duka durja bila gagal kita depani onak yang menimpa. Sampai bila kita harus jadi insan yang lemah tak bermaya. Entah mengapa saban kali bila dirundung derita kita cuba tanamkan segala rasa dan jua kekuatan untuk bangkit, namun ia tidak kekal lama, kita rebah kembali.Ingatlah bahawa hidup ini satu perjalanan yang mendewasakan sebelum tiba kita di penghujung dan hitungan akhir yang pasti kita tidak mampu merubah lagi. Ketika kita masih ada masa lagi marilah kita bangkit kita redah segala dugaan, cabaran dan onak yang mendatang agar kita lebih bersemangat untuk kita terus memalu gendang meniup semangat perjuangan dengan doa agar kita lebih berjaya dalam hidup ini. Gagal tidak bermakna kita tewas, tapi gagal buatkan kita lebih dewasa dalam melayari hidup ini. Apa guna menjadi paus di kolam kecil kiranya kita mampu menjadi jerung ganas di lautan badai. Usahalah, agar kebahagian dan kejayaan milik kita, mari kita rempuh segala dugaaan kerana pasti akhirnya ada jua kejayaan