Friday, November 23, 2007

ICSJ Staff Camp

Semalam 22/11/2007 telah berlangsung ICSJ staff camp di Nilai Spring. Camp ini adalah aktiviti training tahunan yang dijalankan oleh pihak pengurusan INTI College. Aktivitinya menarik namun pengisian setiap slot terlalu memboringkan dan ringan. Sessi pertama menyentuh tentang personal communication, taklah aku pandai sangai tentang communication tapi lazimnya bila aku dah tahu tentang perkara tersebut, untuk memberikan tumpuan aku ada sedikit masalah. Slide presentation pun kurang menarik membuatkan aku terus boring. Slot kedua tentang human Values, agak menarik kerana kami di ajar teknik Yoga, bagaimana mencari fokus dan mengawal minda. Lazimnya minda yang akan mengwal kita, tapi dengan teknik ini kita akan mengawal dan mengarahkan minda. Bagus juga belajar yoga ini sesuai digunakan bila kita sakit kepala serabut dengan masalah-masalah harian. Sessi ketiga adalah tentang group communication, sekali lagi buat aku mengantuk, aktiviti pun yang dah biasa kau buat kepada pelajar sekolah bagaimana nak sampaikan mesej dari seorang kepada orang yang lain sampai lah kepada orang yang terakhir. Aku rasakan dalam staff camp tahun hadapan perlu ada sedikit kelainan dan buat je outdoor activity yang kau rasakan lebih menarik dan sangat sesuai untuk membentuk team work.

Peneroka FELDA terima bonus

lagi berita menarik tentang peneroka FELDA, kalau dalam post terdahulu aku ceritakan tentang peneroka FELDA yang mampu meraih RM 6000 sebulan hasil kelapa sawit, hari ini aku gembira mendengar berita Pak Najib bahawa FELDA akan bayar bonus kepada peneroka FELDA berjumlah RM146 juta. Ini adalah bonus insentif produktiviti yang kan dibayar kepada hampir 90322 peneroka di seluruh negara pada bulan depan. Menariknya isentif ini akan diberikan dalam bentuk wang tunai dan juga saham Koperasi Permodalan FELDA berhad. Jumlah keseluruhan bonus yang diberikan juga meningkat berbanding tahun 2006 yang lalu. Pemberian insentif ini adalah lanjutan daripada kenaikan harga komoditi ini di tahap yang cukup baik. Sekali lagi la peneroka dapat durian runtuh, kalau tak silap aku menjelang bulan syawal yang lepas pun mereka ada terima insenti jugak, jadi beringatlah dapat wang imbuhan jangan sibuk nak tukar kerusi meja rumah yang baru, bulan Januari nanti anak-nak nak masuk sekolah banyak persiapan yang perlu dilakukan. Berjimatlah belanja gunakan kejalan yang baik. Sudah sampai masanya warga peneroka mengakat taraf mereka. Kita tak mahu lagi dilabel sebagai pusat melahirkan mat rempit, kaki judi dan juga doktor gian.

Wednesday, November 21, 2007

Council Camp 1 - Photo

see my tummy after 3 days camp

We love green

Group photo, can u spot me

With my team

Makan yang sangat menyelerakan

eh, aku terpejam pulak with my office mate and students


Ini adalah sedikit gambar yang aku berjaya upload, yang lain semua tak boleh, error on page ja tak tahulah kenapa, nanti aku cuba upload lagi.

Lambaian Kaabah

Semalam, buat kali pertamanya aku ke kompleks tabung haji di Kelana Jaya, menghantar abang ipar aku yang akan berangkat ke tanah suci mekah sebagai petugas tabung haji bagi menjaga dan menyelia pasukan yang akan menyediakan makanan dan minuman kepada jemaah haji. Untung sekali beliau dalam usia yang agak muda dapat ke sana bertugas sambil mengerjakan haji secara percuma. Semalam, dari pemerhatian aku keadaan di komplekas tabung haji agak sesak dan panas, kurang sekali kerusi dan bangku yang disediakan kepada jemaah haji untuk duduk menghilang lenguh sementara menunggu giliran kumpulan mereka berangkat. Tandas sangatlah kotor dengan macam macam sisa yang ditinggalkan. Kawasan parking seperti biasanya sesak dan padat tapi bayaran RM 3.00 ku rasakan agak berbaloi. Doa kami iringkan buat Abang Lan, semoga selamat pergi dan kembali.

Monday, November 19, 2007

Debat Naib Canselor UiTM (ii)

Sekalung tahniah kepada pasukan UiTM Shah Alam yang mampu mengembalikan piala pusingan kepada Shah Alam, lebih menarik pertandingan akhir semalam menemukan pasukan Shah Alam (B) dan Shah Alam (A). Banyak menariknya kejohanan kali yang agak berbeza degan tahun tahun sebelumnya. Tahniah juga kepada Mont sekalu pengarah program pertandingan ini. Seronok sekali dapat berkumpul dan bersama dengan rakan alumni dan juga junior-junior debat UiTM. Tapi kali ini tak ramai pendebat Universiti lain yang turun ada Vaa (upsi) sorang je rasanya. mungkin depa semua tunggu nak datang royal debate kot. bye

Friday, November 16, 2007

Info Debat Merdeka Komuniti Bestari 2007

Semalam aku terima panggilan dari Jabatan Penerangan, undian untuk Pertandingan akhir Debat Merdeka Komuniti Bestari 2007 (4-6 Dec 2007) telah di jalankan. Bagi pusingan separuh akhir pasukan kami (w/p) akan bertemu pasukan Terengganu. Pihak kami akan bertindak sebagai pembangkang kepada usul: "insititusi keluarga asas pembentukan budaya berbudi bahasa". Perlawanan separuh akhir kedua pula menemukan Pahang dan Serawak. Andainya layak ke final kami akan bertindak sebagai pencadang bagi usul: "50 tahun merdeka terbilangkah kita". Venue separuh akhir akan di adakan di Wangsa Maju.

Thursday, November 15, 2007

Hip Hop in The House

Entri ini khas aku tujukan buat akan buah aku Eri aka Syko Breakers Crew yang terlalu meminati hip hop. Walaupun kadang kala pening melihat aksi kaki ke atas kepala kebawah, pujian aku berikan jaga kerana mampu dan telah memenangi beberapa pertandingan hip hop yang diadakan di Kuantan dan juga KL. Aksi dan gelagatnya menjadi penghibur kami sekeluarga pabila berkumpul bersama, nick name aku berikan untuknya "the monkey boyz" sebab selau sangat terlompat lompat. Tengoklah aksinya di sini.

Wednesday, November 14, 2007

Kunjungan Ke Taman Pertanian Malaysia

Baik aku lari sebelum di pagut sang kasawari

Nice smile la

Kapal yang sudah karam

Pose lagi

Sahabat lama yang kini semakin akrab

Sebelum berkayuh, semuanya senyum je

Sedih sungguh kuda ini, kurus melengkung kurang makan

Aksi tolak basikal

Snowman di Malaysia, tak cair pulak tu

Wooooo, lajunya

Ahad lalu aku, zana, Mbeng, sarah dan juga azmeer buat kunjungan untuk berbasikal di Bukit Cerakah. Seronok sekali menghabiskan masa hampir empat jam berbasikal di sana. Walaupun cukup penat dan tegang rasanya urat keting mengayuh pedal basikal yang kami sewa, namun kami rasa cukup gembira. Pukul 9 pagi seawal pintu masuk di buka kami sudah terpacak di sana. Mula dengan sarapan nasi lemak masakan isteriku yang di bungkus, kami memulakan kayuhan ke taman haiwan, cukup comel burung kakak tua yang menyambut dengan ucapan "hello". Kami teruskan ke taman arnab yang yang sudah ditutup dan kemudian ke Danau Perikanan yang cukup menyedihkan keadaaanya. Kemudian kami ke rumah empat musim, malang sekali sekarang adalah musim peralihan ke musim sejuk, jadi tiada apa yang dapat dilihat, dijangkakan minggu depan baru bermula musim sejuk. kami teruskan lagi ke menara tinjau yang cukup menyeronokkan kami memanjat anak tangga menuju ke puncak menara. Kami merehatkan diri sambil menikmati roti sandwich yang dibikin sarah sambil membasah tekak dengan minuman isotonik 100 +.

Kering peluh kami menuju pula ke taman herba, siksanya jalan naik bukit, jadi kami semua lebih banyak menolak dari mengayuh basikal. Sempat aku merasa pucuk pokok asam gelugur yang masam masam manis. Kami terus ke perkampungan budaya yang di tutup maka kami kembali menuju ke laman seni, satu lagi kesan yang menunjukkan Bukit Cerakah idea mantan menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid sudah hambar sambutannya. Laman seni dengan pentas mula roboh dan bangku penonton yang di bina di celah-celah pepohon besar telah semak samun.

Terus mengayuh kami menuju taman paku pakis, teruja melihat anak sungai yang cukup jernih mengalir kami semua berhenti seketika, sambil membasuh kaki, tabing dan sarah tak lepas peluang menangkap anak-anak udang yang meriah menghurung kakinya, dapat la se ekor dua anak udang di isi kedalam bekas minum kami.

Menuju jalan pulang kami lebih banyak mengayuh kerna jalanya landai dan menuruni bukit, senok sekali meluncur laju. Basikal yang kami sewa untuk 4 jam hanya RM 6 sahaja, murah dan memuaskan. Aku cadangankan kepada sesiapa yang nak keluar peluh pergilah berbasikal di Bukit Cerakah, tapi kalau nak lihat benda lain kuranglah sedikit kerana banyak yang sudah terbiar, tidak di jaga dan ada juga yang sudah di tutup terus.

Tuesday, November 13, 2007

Peneroka Felda raih RM 6000 sebulan

Itulah rezeki seorang peneroka, untuk rekod inilah kali pertama harga kelapa sawit melambung tinggi mencecah paras RM 600 satu tan. Kalau seingat aku yang merupakan anak peneroka Felda Bukit Goh Kuantan, harga kelapa sawit tak pernah mencecah setinggi ini. Biasa harga RM 280 atau RM 300 sudah dianggap mahal dan peneroka sudah berpuas hati dengan harga tersebut. Sebenarnya harga kelapa sawit di tentukan olah harga pasaran dunia. Allhamdulillah kini ia berada pada paras terbaik yang bagi aku memberikan kesenangan kepada peneroka Felda. Orang tua ku sudah hampir 37 tahun menjadi peneroka felda tak pernah termimpi untuk menerima pendapatan sebulan hampir RM 6000.00 kini. Lazimya sebulan buah kelapa sawit akan di ambil sebanyak 2 pusingan, kalau tuaian sederhana boleh dapat dalam 5 - 6 tan sahaja X RM 600 = RM 3600.00 bagi 15 hari ditolak dengan upah pekerja menuai dan lori dalam RM 50 per tan, maka pendapatan bersih melebihi RM 3000.00. X 2 pusingan sebulan = RM 6000.00 Bagi bapaku yang dah tak larat buat kerja untuk menuai kelapa sawit pendapatan sebayak ini dengan duduk goyang kaki di rumah cukup disyukuri. Mengimbau bagaimana kisah sewaktu mula menapak ke tanah Felda dahulu, orang kata macam macam jadi peneroka susah nak hidup, susah nak makan dan sebagainya kini terjawab sudah. Tanah 10 ekar dan juga rumah kini sudah jadi milik.

Namun aku melihat harga pasaran ini lazimnya akan bergantung juga kepada keadaan dalam negara selain permintaan antarabangsa, kalau dekat pilihanraya harga pasti baik sekali namun selepas itu akan susut dan surut sedikit demi sedikit. Maka kepada peneroka semua beringatlah di waktu senang dan juga mewah ini untuk menyimpan. Gunakan hasil yang ada sebaik mungkin kerna kalau hari ini kita enak melayan selera nafsu esok lusa mungkin kita kembali derita. Beringatlah tentang kesusahan yang pernah kita alami dulu.

Monday, November 12, 2007

Frontline for Cat


Gambar terbaru emong
Ubat kutu frontline

Petang tadi aku bawa emong ke Vet di Seksyen 13 Shah Alam, bukannya sakit tapi perlu dapatkan rawatan untuk ubat kutu. Maklumlah dah dekat tiga bulan tak di letak ubat kutu, lazimnya ubat kutu diletak sebulan sekali atau dua bulan. Terbaru baru ku tahu Dr Vet di Klinik tersebut rupanya sepupu aku. selama ini aku tak pernah tahu pun dia kerja disitu walaupun ada sekali dua aku beli makanan emong di situ. Dia cadangkan agar emong di mandulkan sebab dah 2 tahun umurnya, kesian tak dapat cari betina. Normally sepatutnya kalau umur 2 tahun dah patut mengawan. Entahlah nak di mandulkan kesian pulak emong, tapi nak carikan pasangan susah pulak nak jaga tak larat nak beli makanan pulak. Sabarlah emong ye, nanti kita pujuk mummy dulu ye.

Latihan Debat Komuniti Bestari

Sabtu yang lalu, perbincangan tajuk separuh akhir dan akhir debat komuniti bestari telah di adakan. HEP UiTM jadi pilihan untuk kami semua berkumpul dan memerah otak untuk mencari fakta dan juga maklumat penting yang boleh di jadikan bahan debat. Faizal tak dapat datang kerana ada kelas maka aku, bed, fila dan juga zana yang ada. Kebetulan pula budak budak debat UITM tengah buat persedian untuk VC Cup dan Royal maka sempat jugalah jumpa si Mont, Nizam, Yasmin dan Sherry pada hari tersebut. Perlawanan dah makin dekat, Persediaan rasanya masih lagi kurang, banyak yang perlu di baca lagi ni. Pasukan mana yang akan kami lawan di peringkat separuh akhir tak tahu lagilah ni.

Friday, November 9, 2007

Debat Di Raja 2007

Alhamdulillah nampaknya kalendar debat Intervarsiti tahun ini berada di pengakhiran dengan bakal munculnya pertandingan yang paling di nantikan dan berprestij akan berlangsung dua minggu lagi. Ini adalah penganjuran kedua UiTM Shah Alam. Bila berbicara tentang Debat Diraja aku suka untuk mengimbau kenangan dan dan pengalaman yang aku kutip dalam pertindingan ini.

Kali pertama penyertaan aku dalam debat diraja adalah pada tahun 2001 di UUM. Ulung kalinya mewakili pasukan muda UiTM ke UUM membuatkan aku gugup. Bersama ahli pasukanku pada waktu itu Diyana Sulainman, Wari dan Syam kami mula menimba ilmu bagaimana hendaknya kalau terpaksa bertemu dengan pasukan utama IPT lain. Untuk rekod daripada 6 perlawanan pasukan aku hanya menang 2 kali sahaja, berjaya menewaskan KUSTEM dan UTM yang lain aku tewas kepada UKM,UPM yang lain aku tak ingat. Ini pengalaman pertama aku, pada kali ini juga pasukan utama UiTM tewas kepada UIA pada pusingan separuh akhir.

Penyertaan kali kedua adalah pada tahun 2002 di UTM KL, kali ini aku mewakili UiTM berada dalam pasukan palinh utama bersama Meor, Bed, Acoi. Nampaknya dalam pasukan utama aku lebih bertindak sebagai simpanan sahaja. Walaupun anganku kali ini pasukan kami kan melangkah belih jauh setidaknya pusingan separuh akhir tetapi nyata meleset. Pasukan kami tidak pun berjaya untuk ke pusingan akhir. Sekali lagi aku berputih mata. Johan pada tahun tersebut adalah tuan rumah UTM.

Penyertaan ketiga dan juga yang terakhir adalah pada 2003 kali ini pertandingan diadakan di UPSI. Malang sekali sewaktu pertandingan diadakan pelajar UiTM masih ada peperiksaan akhir. Jadi terpaksalah mengumpul pelajar pelajar yang habis paper awal untuk mewakili UiTM . Maka aku terpaksa memikul tanggungjawab menjadi ketua pasukan membawa pendebat junior dalam pasukan aku. Pada tahun tersebut ada sedikit kelainan debat pusingan awal di upsi hanya diadakan sebanyak 4 pusingan sahaja, seingat aku pasukan aku tewas kepada UIA dan UM menang kepada pasukan UPSI dan UPM. Namun sekalil lagi gagal ke pusingan suku akhir. Nampaknya gagal lagi tahun ini.

Maka kesimpulanya pasukan aku tidak pernah layak ke pusingan suku akhir bagi semua pertandingan debat di raja yang aku sertai walaupun pada ketikanya aku berada dalam pasukan yang ku rasakan kuat dan utama.Tak sabar rasanya untuk menunggu debat diraja dua minggu lagi, pasti menjadi gelanggang pendebat muda dan utama mempamerkan seni debat mereka dan yang pastinya malam anugerah debat pasti mengujakan. Siapakah yang bakal di nobatkan sebagai pasukan terbaik tahun 2007.

Debat Naib Canselor UiTM

Khabarnya minggu depan akan berlangsung Pertandingan Debat Naib Canselor UiTM di Shah Alam. Nampaknya ada lah aganda untuk aku isi ke dalam diari hujung minggu hadapan. Bila bercerita tentang Debat Naib Canselor ini suka aku untuk berkongsi sedikit pengalaman tentangnya. Sebenarnya Debat Naib Canselor UiTM ini dulunya di kenali sebagai Debat Piala Rektor. Maklumlah dulu UiTM dikanali sebagai Institut sahaja maka tiada jawatan Naib Canselor. Selepas UiTM di naik taraf kepada Universiti oleh mantan Perdana Menteri kita DR M barulah nama pertandingan ini ditukar kepada Pertandingan Debat Naib Canselor. Pertandingan Debat Naib Canselor telah melalui beberapa evolusi perubahan yang ketara dari dulu sehingga sekarang. Kalau boleh aku senaraikan sedikit:

1. Nama Pertandingan pastinya dari Debat Piala Rektor - Debat Naib Canselor

2. Penganjuran - Kalau dulu penganjuran akan di lakukan secara bergilir antara kampus cawangan UiTM, tetapi dua tiga tahun kebelakangan ini nampankya hak penganjuran jatuh mandatori kepada UiTM Shah Alam, aku tak tahu mengapa, tetapi ada cakap cakap dibelakangnya yang aku tak perlu ceritakan. Sebagai seorang pendebat yang pernah mewakili UiTM cawangan dan juga UiTM Shah Alam, aku rasa ada betul dan salah juga cakap-cakap itu. Biarlah.

3.Sistem pertandingan - Kalau dulu sistem liga dijalankan, lazimnya ada 4 atu 3 pasukan dalam satu kumpulan. Sesiapa yang kena kumpulan dengan UiTM Shah Alam pasti merungut sakan. Pengalaman aku sendiri kena lawan pasukan utama UiTM Shah Alam. Pernah sekali sewaktu penganjuran di UiTM Arau pertandingan di jalankan mengikut format British parlimentary yang mana setiap pasukan diwakili 2 pendebat sahaja. Menarik tetapi tidak di teruskan untuk penganjuran tahun seterusnya. Sekarang sistem pertandingan mengadaptasi power match sistem yang di gunakan seperti mana dalam royal debate,kalau tak silap aku ianya di perkenalkan kedalam debat NC sewaktu pertandingan di Arau.

4.Penyertaan - Dulu penyertaan di syaratkan bahawa setiap kampus cawangan hanya boleh menghantar 1 pasukan sahaja dan Kampus Shah Alam boleh hantar 3 pasukan. Wah bila dah macam ni banyak la yang melahirkan rungutan dan ketidakpuasan hati di kalangan pendebat cawangan termasuklah aku pada waktu itu. Logiknya ratio pelajar di UiTM Shah Alam amatlah berganda ramainya berbanding dengan cawangan yang aku rasakan nak cari pendebat matlah susah. Kini juga ada penyertaan dari UiTM INTEC kalau tak salah aku la rasanya. Sekarang cawangan boleh hantar lebih dari satu begitu jugak Shah Alam kalu tak silap dalam penyertaan aku yang terakhir dalam Debat NC pada 2003 Shah Alam hantar 4 team cawangan ada yang hantar lebih dari satu rasanya.

5.Tajuk - Aku yakin dan pasti tajuk tajuk yang dipilih buakan lagi tajuk skema, tajuk lebih variasi ada ekonomi, politik, sosial, humor dan sebagainya. Dulu tajuk cukup skima la.

6.Pemenang - Dulu saban tahun pemenangnya adalah Shah Alam terutama bagi kategori bahasa Inggeris. Bahasa Melayu pula ada sekali dua pasukan cawangan menyelit seperti Serawak satu ketika dulu, Pahang di era KG. Kini kekuatan pasukan agak seimbang lantaran keterbukaan UiTM Shah Alam bersama berlatih, Kem dan sebagainya. Bagi aku, aku bangga dengan kejayaan menganjuran Kem Debat Mega pertama UiTM pada 2003 yang aku rasakan menjadi pencetus kepada keterbukaan Shah Alam bersama berkongsi ilmu debat dengan UiTM cawangan. Dulu aku pesan kepada junior agar program ini diteruskan tapi entahlah...

7. Hakim - Maaflah kalau aku terlalu prejudis dan sangsi kepada hakim hakim dulu yang terdiri daripada pegawai pengiring pasukan yang aku rasakan ilmu debatnya kosong tetapi terpaksa menjadi wakil sebagai hakim, setiap cawangan kena hantar hakim. Aku masih ingat seorang hakim menempelak aku yang bercerita isu kemiskinan dengan mengatakan tak boleh bawa isu tersebut kerana isu sensitif, apala tajuk tentang ekonomi habis tu nak cerita tentang apa. Kini hakim aku rasakan cukup baik, ramai sekali pendebat IPT dan IPTS yang dijemput menjadi hakim. Aku rasakan mereka mereka ini cukup rasional dan waras dalam menghakimi pertandingan dek penuhnya ilmu dan pengalaman yang mereka kutip dalam pertandingan diperingkat intervarsiti.

8.Kematangan - Hujah dan bawakan usul sudah melalui transformasi kalau dulu rata ratanya pendebat cawangan tak tahu ape iti konsep debat, definasi literal, definasi konsep, kayu ukur analogi dan sebagai. Namun hari ini semunya sudah bisa bisa bawaan hujah mereka.

Itulah sedikit sebanyak yang aku rasakan rencah dan juga rasa transformasi Debat Naib Canselor UiTM. Sekarang aku kongsikan pula pengalaman aku dalam pertandingan ini.

Penyertaan sulung aku bermula pada 1998 di UiTM Sri Iskandar Perak. Buat kali pertamanya dalam hidup aku mewakili UiTM Segamat ke pertandingan, penyertaan aku dipilih berdasarkan kemenangan pasukan dalam debat Inter Kolej. Penyertaan kali pertama membuka mata tentang apa itu debat intervarsiti. Pasukan aku diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan pasukan Shah Alam 1 (Acoi, Eji, Bulat)Pasukan Dungun (Gajet, Kaza, Suri dan Sham)dan pasukan Perlis (Awi, Lan dan Shiek)pasukan aku hanya menang sekali sahaja dari 3 perlawanan ni. Malu tapi itulah pengalaman, pasukan aku (Faizal, Along dan Umi)johan tahun tersebut pasukan Meor,Bed, Yus, Izani.

Penyertaan kedua aku tahun 1999 di UiTM Machang - Dengan azam membara kami bertolak ke UiTM Machang dari Segamat dengan Van UiTM yang uzur, perjalanan mengambil masa 12 jam cukup melesukan. Sekali lagi pasukan aku diletakan dalam kumpulan yang sama dengan UiTM Shah Alam (Acoi, Saiful Ambar, Ain) dan juga UiTM Dungun (Suri, Kaza dan Asrol) sekali lagi tumbang kepada Shah Alam dan hanya menang kepada dungun. Tahun ini keputusan mengejutkan Shah Alam tumbang kepada UiTM Pahang.

Penyertaan ketiga dan terakhir 2003 kali ini aku mewakili Shah Alam, berbekalkan reputasi, aku di selitkan dalam psukan paling utama UiTM Shah Alam. Pasukan aku Diana Sulaiman aka Dewi debat, Hafiezi dan Apek. Berada dalam pasukan terkuat aku rasakan peluang untuk menang amat cerah. Kami menyapu bersih kemenangan sepanjang pusingan saringan dan suku akhir. Entahlah mungkin sudah ditakdikan tiada rezeki aku untuk mencatat sebarang kejayaan dalam debat NC akhirnya pasukan aku di tewaskan oleh pasukan 2 UiTM Shah Alam sendiri. Sedih, pilu bila alu akhiri debat NC tanpa sebarang kejayan gemilang. Johan pada tahun tersebuat UiTM 2 (Faizal, Faizal Ayob dan Salmi)

Itulah sedikit dan secubit pengalaman aku, semoga berjaya semua pendebat yang bakal berkampung di Shah Alam minggu depan. Pastinya aku ke sana menyaksikan dan kalau dapat jadi hakim seronok juga.

Wednesday, November 7, 2007

Happy Deepavali


Wish all of you and your loved ones a very happy, prosperous and safe Deepavali!

Special to:

Kumar
Dr Snighda
Dr PK
Dr Senthil
Vishnu
Siva - Inso
Murali - INSo
Dr Pallavi Jayavanth

Council Camp 1

Tiga hari di Council Camp membuatkan aku terasing dari dunia ku, tiada suratkhabar, radio, TV dan jua Internet. 3 hari kepalaku bebas dari seribu satu persoalan masalah yang lazimnya membelit akal mindaku. Cukup tenang dan lapang rasanya di sana walaupun penat jua penuh tegang. Nanti akan ku ceritakan secara detail apa yang berlaku di sana. Hari ini aku kembali berkerja walupun sengal badan dan sakit urat masih sangat terasa. Alhamdulillah kakak ku selamat menjalani operation melahirkan seorang bayi lelaki pada 5 November 2007. Petang ni aku akan ke sana melawatnya.

Saturday, November 3, 2007

Semoga Selamat

Esok kakak ku akan dimasukkan ke hospital Seremban untuk menjalani pembedahan cesarean buat kali ketiga melahirkan anaknya dan pastinya yang terakhir. Doaku semoga beliau tabah, sabar dan selamat menjalani pembedahan itu. Aku tak mampu untuk besama memberi semangat lantaran terpaksa menghadiri Council Camp untuk INTIMA di Port Dickson. Sekejap lagi Ibu dan Ayah akan berlepas dari Kuantan ke KLIA untuk bersama sama dengannya ketika beliau memerlukan sesorang di sisinya menghadap perjuangan melahirkan seorang lagi anak adam ke bumi bertuah ini. Semoga semuanya selamat.

Friday, November 2, 2007

ISU PTPTN

Di sebapkan sekarang ni aku membantu scholarship unit ada sedikit peraturan baru PTPTN yang menjadi isu:

Bermula 1 Januari 2008, ibu bapa kepada pemohon PTPTN dimestikan membuka akaun SSPN(skim simpanan pendidikan nasional)untuk melayakkan pemohanan anak anak mereka. Syarat tambahan untuk ibu bapa berpendapatan RM 2000 keatas mereka harus mempunyai simpanan minima RM 3000 di dalam akaun SSPN dan bagi yang berpendapatan bulanan kurang RM 2000 mereka harus mempunyai simpanan minima RM 500 di dalam SSPN. Persoalanya adakan perkara ini mampu di laksanakan oleh ibubapa. Rata rata ibu bapa berpendapatan melebihi RM 2000 namun tidak mampu untuk mempunyai simpanan sekaligus sebnayak RM 3000. Rungutan daripada ibu bapa katanya yang masuk ipt memang sorang tetapi yang masih bersekolah banyak lagi macam mana nak menyimpan sebanyak itu kedalam akaun .Entahlah apa kewajaranya perkara ini dilaksanakan oleh PTPTN.

Thursday, November 1, 2007

Kerja

Nampaknya kerja aku mula bertambah minggu ini di sebapkan seorang Admin Assistant di office aku berhenti 24 jam walaupun baru berkerja 2 bulan je. Di sebapkan oleh keperluan yang mendesak di unit biasiswa aku terpaksa membantu Ms Yeo untuk memeriksa borang PTPTN yang kelam kabut. Maksud aku awal tahun hari itu PTPTN kata pemohonan secara online, maka berbondong-bondonglah pelajar yang mengharapkan duit kerajaan membuat pemohonan, namun setelah habis ink printer mencetak borang dan juga segala macam dokument tiba tiba terbaru datang pula arahan pelajar kena isi borang OMR pulak balik kepada manual. Maka terpaksalah sekali lagi dirahkan pelajar pelajar ini mengisi borang dan pastinya banyak sekali kesilapan. Dengan cermat dan penuh telitinya aku memeriksa setiap butiran yang di isikan kedalam borang, apa yang di hitamkan dalam borang OMR semuanya betul dan tepat, bertambalah kerja aku.

Monday, October 29, 2007

Exam

Final exam aku dah tamat last week. Cukup meresahkan dengan soalan yang sukar untuk ku selesaikan, tambahan masa yang ada tidak dapat digunakan sebaik mungkin untuk menelaah bahan rujukan membuatkan aku buntu jalan penyelesaian. Biasalah setiap kali awal semester azam berkobar untuk bersungguh-sunguh namun di akhiran banyak pula alasan. Terpulanglah kalau nak maju usaha kalau main main dapatlah keputusan setakat mana yang diusahakan. Pejam celik dah setahun belajar, ada setahun yang penuh dugaan lagi perlu aku lalui demi sebuah kepuasan yang aku idamkan.

Love is Cinta


Gambar sewaktu kunjungan ke rumah terbuka sahabat lama UiTM Segamat, Fateen di Sri kembangan Sabtu lalu.

Sunday, October 28, 2007

Cucur Udang ALor Gajah


Kunjungan ke Alor Gajah pasti lebih mengujakan andainya anda berkesempatan untuk menikmati cucur udang yang terkenal di sana. Enak sekali menikmati sambil menghirup secangkir teh tarik.

Mandi Time






Hari yang cerah dan kering adalah masa terbaik untuk emong di mandikan

Friday, October 26, 2007

Air Paip Kotor di Seksyen 7 Shah Alam

Petang semalam sekembalinya dari kerja aku terus ke dapur mencuci pinggan mangkuk yang bersisa , terkejutnya aku melihat air paip yang sangat keruh dan berkarat keluar dari paip air, apa masalahnya ni. Aku ingatkan sekejap sahaja tapi sampai ke malam, dah tu untuk masak nasi semalam terpaksa suruh isteriku beli air mineral. Nak basuh baju pun terpaksa di tangguhkan malam tadi takut nanti habis semua baju aku kuning warnanya. Pagi ni air masih keruh lagi tak tahulah bila nak jernih semula ni. Salah siapa? ntahla.

Wednesday, October 24, 2007

New Working Hours

He he, mulai esok aku akan bertugas mengikut working hours yang baru bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 4.30 petang. Alhamdulillah nampaknya membawa kebaikan kepada aku untuk mengelakkan kesesakan lalulintas terutamanya waktu pulang dari kerja. Normally kalau petang dari Subang ke seksyen 7 Shah Alam ambil masa hampir sejam dek kesesakan di glenmarrie dan seksyen 13. Pagi sememangnya tiada masalah kerana aku memang awal kepejabat, pukul 6.45 pagi sudah keluar, maklumlah kalau terlewat sedikit tapak parking jangan diharaplah nak dapat.

Tuesday, October 23, 2007

Exam

Setelah pulang dari berhari raya nampaknya aku amat sibuk dek kerja opis, assign yang perlu dihantar sebelum hari jumaat ini dan juga exam yang menanti pada hari sabtu. Banyak aktiviti yang akan berlaku sepanjang minggu ini buat aku, walaubagaimanapun akan ku gagahi jua untuk mempastikan aku akan menelaah buku-buku dan jua nota. Selamat berjaya juga buat semua pelajar UiTM yang akan menghadapi exam, moga kejayaan menanti anda semua.

Friday, October 19, 2007

Umur Kucing

Kitty's Age Human's Age
6 months 10 years
8 months 13 years
1 year 15 years
2 years 24 years
4 years 32 years
6 years 40 years
8 years 48 years
10 years 56 years
12 years 64 years
14 years 72 years
16 years 80 years
18 years 88 years
20 years 96 years
21 years 100 years
22 years 104 years

* From Our Cute Little Paws blog

Perbandingan umur kucing dengan manusia, kalau gitu Emong dah 24 tahun la kalau ikut umur manusia. Dah boleh cari calon menantu.

Wednesday, October 17, 2007

Happy Birthday to Zana & Sarah


He he, aku baru dapat gambar yang dirakam sewaktu meraikan majlis hari jadi isteriku dan jua Sarah (bakal isteri teman baik ku). Majlis yang ringkas di MC D sek 3 tetapi penuh dengan kejutan membuatkan mereka berdua teruja dan berterima kasih. Kek keju blueberry sama dikongsi menambah erat hubungan sesama kami.

Offline

5 hari offline dek kesibukan raya yang mengujakan buat aku tidak sabar menghadap komputer dan blog. Pagi ini awal sekali bangkit 5.30pg sudah terjaga walaupun aku masih bercuti. Sesudah mandi mengerjakan solat subuh, aku buat rajin pulak mengemas rumah lantas membasuh baju-baju yang bertimbun di bakul, maklumlah baju-baju yang kutinggalkan sebelum raya tempoh hari. Isteriku masih lagi lena di ulit intan agaknya. Sebantar lagi aku akan ke nilai untuk mengambil kereta yang ditinggalkan drumah kekanda ku sebelum aku ke KLIA tempoh hari untuk berangkat ke Kedah. Baiklah entri pagi ini ringkas sekali kerana perutku ini minta di isi nasi lemak restoren Gembira sek 3. ok bye... dah start berpuasa 6 ke?

Thursday, October 11, 2007

Tahniah - Angkasawan Malaysia


Kebanyakan blog yang aku baca pagi ini, memaparkan entri tentang kejayaan anak malaysia pertama ke angkasa lepas. Aku tidak mahu ketinggalan, teruja semalam aku dan isteri menyaksikan pelancaran roket yang membawa mereka, kagum dengan teknologi negara luar. Semoga langkah pertama negara ini akan berterusan dengan program program susulan penerokaan angkasa selepas ini. Tahniah kepada semua pihak yang berusaha mempastikan kejayaan program ini.

Boarding emong @ mr brown


Petang ni, my wife kena hantar emong pergi boarding kat vet selama seminggu, maklumlah nak balik raya. Lazimnya harga bording untuk hari raya berbeza dengan hari biasa. Normally RM 10 tapi kalau musim perayaan RM 15 sehari, pandai tuan punya kedai haiwan dan vet charge lebih. Sejak bela kucing ni dah banyak jugak kedai haiwan dan Vet yang aku biasa, paling lazimnya ke Dr Lin kat U2 Shah Alam, maklumlah kebetulan di kawan Matrik sesama dengan wifeku, so dapatla harga murah sikit. Kalau nak beli makanan pulak aku akan ke kedai di sek 9 Shah Alam selalu dapat discount pastu bro kat situ sangat friendlly. Mulanya ada perancangan nak bawak emong baik ke Kuantan tapi terpaksa dibatalkan takut emong tak biasa dengan budak-budak ramai kat rumah nanti.

Oh ya, raya ni bermakna sudah setahun emong dalam jagaan aku, aku masih ingat tuannya dulu seorang pensyarah UiTM Dr Aishah yang begitu bermurah hati memberikan emong kepada kami pada hujung bulan puasa tahun lepas. Maknanya umur emong sekarang dah 2 tahun. Dah besar anak lelaki kami , kalau manusia tu dah consider bujang la. Ada sesiapa yang nak pasangkan dengan anak-anak perempuan mereka. Emong ni makan tak kuat sangat, sometimes aku risau jugak, maybe sebab boring dan takda kawan kat rumah . BTW kepada semua pencinta kucing selamat hari raya. Walaupun raya jangan abaikan kucing anda. Lagi satu janganlah biarkan kucing-kucing anda berkeliaran di luar rumah coz semalam dalam perjalanan pulang kerumah aku terkasima melihat 2 ekor kucing montel terbaring ditepi jalan menghala ke perumahan Sek 11 Shah Alam. Mungkin mereka berkejaran lalu di gilis kereta. Kesiannya tak sempat sambut raya. Sedih

Tuesday, October 9, 2007

Talk

Aku baru saja selesai buat talk yang aku ceritakan dalam entri yang lepas. Penatnya dan amat dahaga maklumlah bulan bulan puasa begini. Ujian sungguh bagi aku menyampaikan nya dengan tekak yang kering dan kehausan. Mujurlah students nampaknya mampu memberikan perhatian, tapi munkin semunya terpaksa dengar sebab cikgu ada kat belakang. Semua audience aku pelajar cina, bukan senang nak buat mereka dengan cakap kita. Pengalaman lepas mengajar aku bagaimana menarik perhatian pelajar. Gunakan medium yang mudah, pastikan slide presentation dipenuhi gambar gambar yang lucu dan menarik, usik mereka dengan isu-isu yang hampir dengan mereka. Ini adalah sedekit resepi yang aku kutip setelah 3 tahun menjalankan motivasi talk kepada pelajar pelajar sekolah. Kadang - kadang aku rasa sudah sampai masanya aku keluar dari kepompong makan gaji lalu berkerja sendiri lakukan aktiviti ini secara serious. Tapi keadaan mungkin mengahambat aku, dengan master yang belum tamat aku masih belum mampu untuk menumpukan perhatian kepada benda lain, mungkin selepas aku tamat belajar kebarangkalian untuk ku fikirkan kembali perkara ini ada kewajaranya.

Monday, October 8, 2007

Salam Aidilfitri


Kurang seminggu lagi umat islam diseluruh dunia akan tersenyum girang penuh kesyukuran Aidil Fitri kembali lagi. Sudah buat persediaan kah kawan kawan menyambut lebaran yang bakal tiba nanti. Aku lain sedikitlah tahun ini, dah bergelar suami dan menantu maka ada sedikit tuntutan yang membawa kelainan, pertamanya tahun ni aku kena pakai baju warna yang sedondon la dengan isteriku, purple warnanya kalau tahun tahun sebelum ini langsung aku tak kisah tentang baju ray . Kedua budget kena dilebihkan untuk baju raya pak dan mak mertua. Kena bodek jugak maklumlah aku satu satunya menantu lelaki mereka, tak kisahlah berapa harganya janji ada bahagian masing masing. Untuk cik(panggilan untuk mak aku) aku belikan kasut bertutup katanya lebih selesa untuk ke tanah suci nanti boleh digunakan, ayah seperti biasa bukanya baju melayu tetapi sehelai T-Shirt brand kegemaranya. Duit raya anak buah, belah aku ada 12 belah isteriku ada 5, amountnya belum ditentukan lagi. Ketiga kali ini raya ku hanya sehari di Kuantan kerana hari raya kedua aku akan ke Kedah pula, nampaknya aktiviti bersama keluarga ku akan terhad la kali ini.Takpa la inilah sebahagian tanggungjawab bila dah berkeluarga. Kuih raya untuk family nampaknya cari di PKNS, Mydin or Giant sahaja la. Nak suruh isteriku buat kek takut rasanya lain pulak. Zakat fitrah tahun ni belum bayar lagi, nampaknya malam ni kena la cari mana mana kauter pembayaran zakat. Selalunya aku jumpa kaunter di Giant, tapi tahun ni tak nampak pulak, entahlah.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri buat semua kenalan , maaf segala ketelanjuran jua kesilapan. Mari kita hiasi Aidil Fitri ini dengan penuh raya syukur kepada ilahi. Doakan semoga amalan kita sebulan ramadhan diterima lantas kita jua panjatkan doa moga umur dipanjangkan agar ramadhan yang mendatang kita masih di sini menghela nafas meneruskan perjuangan.

Friday, October 5, 2007

Ketupat Sotong


Ketupat sotong adalah makanan yang paling aku gemari terutamanya pada bulan puasa sebegini. Malangnya di Shah Alam amat sukar mendapatkanya. Pernah sekali 2 tahun lepas aku jumpa di pasar ramadan Kompleks PKNS tapi harganya sangat mahal pastu tak berapa sedap. Sebenarnya ketupat sotong ini asalnya dari pantai timur, rasanya cukup enak. resepinya mudah saja sotong yang di sumbat dengan beras pulut direbus dengan santan dan gula melaka, daun pandan dan serbuk perasa. Walaupun ringkas tapi isteriku tak reti membuatnya, takpa la nanti bila kupulang untuk menyambut hari raya akan ku pinta ibuku sediakan, air tangan ibu pasti lagi enak rasanya.

Ayah & Ibu

Petang semalam dalam perjalanan pulang kerumah selepas kerja aku menghubungi ibu ku bertanya khabar, apa juadah masakan lauk berbuka puasa nya hari ini. katanya biasa saja nasi goreng dengan ikan percik. Wow itu lauk kegemaran ku, diteruskan perbualan ibu ku khabarkan berita gembira surat dari tabung haji sudah mengesahkan pemergiannya bersama ayah ke tanah suci mekah pada bulan Disember ini, penerbangan dijangkakan pada 12 Disember lebih kurang seminggu sebelum umat islam menyambul Aidil Adha. Alhamdulillah syukur apa yang di cita-citakan oleh ibu dan ayahku tercapai jua akhirnya. Syukur juga kupanjatkan bila ibuku jelaskan bapa saudara dan ibu saudaraku akan berada dalam penerbangan dan kumpulan yang sama berangkat ke tanah suci nanti. Jauh di sudut hati sedih juga bila ku kenangkan Aidil Adha nanti tanpa mereka berdua. Pasti tiada orang yang akan menyediakan tapai, rendang serta juadah pembuka selera di pagi raya. Doaku semoga ibu dan ayah di panjangkan umur di kurniakan kesihatan untuk menunaikan rukun islam kelima.

Thursday, October 4, 2007

Motivation Talk

9 Oktober / Selasa minggu depan aku diminta untuk menyampai motivation talk kepada 40 orang pelajar dari Catholic High School. Tajuk pun dah diberikan berkenaan dengan " Communication Skills". Ini merupakan talk yang pertama aku uruskan sejak berpindah ke Subang Jaya ni . Bagus jugak, paling tidak aku dapat menyibukkan diri aku untuk menyiapkan slide prersentation. Masalahnya aku cuma merasakan sedikit kesulitan untuk mengaitkan tajuk ini dengan pelajar tingkatan 3. Lepas raya ini ada satu lagi motivation talk, kali ini lebih mecabar kerana pesertanya terdiri daripada ibu bapa ahli PIBG, program ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Raub, Pahang. Ada peluang aku ke Raub for the first time.

Wednesday, October 3, 2007

Pertandingan Akhir Debat Komuniti Bestari 2007

Aku baru sahaja menerima panggilan telefon dari pengurus pasukan debat Komuniti Bestari Presint 8 Putrajaya mengkhabarkan berita tentang Pertandingan Akhir Peringkat Kebangsaan Debat Komuniti Bestari 2007. Emapt pasukan yang layak mewakili zon masing -masing ialah WIlayah Persekutuan KL, Sabah, Terengganu dan Pahang.

Tarikh Pertandingan: 4-6 Disember 2007
Tempat: KL - Angkasapuri (Final) Saringan (akan dimaklumkan kemudian)
Tajuk Saringan: "Institusi kekeluargaan asas pemupukan budaya berbudi bahasa"
Tajuk Final: "50 tahun merdeka terbilangkah kita"

Bagiku kedua-dua tajuk ini baik sekali dan boleh diperdebatkan, penentuan pasukan sama ada pencadang atau pembangkang belum di lakukan lagi. Aku sudah merancang latihan selepas sahaja hari raya aidilfitri nanti, harap harap pasukanku (Faizal, Bed, Fila & research team kami Zana serta Faz) dapatlah meluangkan masa dihujung minggu untuk sama-sama memerah otak untuk mencari fakta tajuk ini.Kalau sesiapa ada pandangan sudi-sudikan sampaikan maklumat kepada aku

Monday, October 1, 2007

PERODUA

Sedikit pengalaman tentang masalah yang aku hadapi selepas menggunakan produk kebanggaan negara PERODUA Kancil Ex 850 hampir 20 bulan.

Bulan pertama - Masalah pembuka pintu ketat dan susah di buka lalu tidak rapat bila di tutup. Cat di sekitar panel pintu mula tanggal

Bulan Ke 6 - Pembuka pintu pecah - reput

Bulan Ke 8 - Button aircond tak berfungsi

Bulan Ke 10 - Meter elctronic trip tidak berfungsi

Bulan Ke 19 - Tingkap automatik berbunyi bila di naikkan

Bulak Ke 20 - Jarum meter KM/Hrs tak berfungsi - so aku tak tahu berapa laju aku bawa

Aku rasa agak kecewa dengan masalah yang timbul berpunca daripada kualiti PERODUA, mujurlah semuanya masih dalam jaminan at least aku dapat tukar secara percuma walaupun terpaksa menunggu. Cuma yang aku kecewa cat yang tanggal tak dapat di gantikan. macam mana dengan yang lain ada masalah tak? BTW kereta PERODUA Kelisa isteriku tak lah bermasalah sangat seperti kereta ini.

Proposal Defense

Esok isteriku ada proposal defense untuk projek PHD nya. Selamat berjaya dan yang paling penting jawab semua soalan dari panel baik baik ye. Tiada apa yang dapat ku berikan melainkan kata semangat jua perangsang untuk mu. Semoga semuanya OK esok ye. Perjalannya masih jauh lagi 2 1/2 tahun mendatang perlu ditempuh dan dilalui untuk mengejar impianya, biarlah aku ketinggalan di belakang nanti pasti akan ku susuli denai-denai yang sudah kau lalui demi sebuah kepuasan.

Buka Puasa

Majlis berbuka puasa dengan rakan rakan X Diploma In Investment Analysis berjalan lancar. Walaupun hanya aku, Tabing, Sakek, Cimi dan Mektalk yang hadir suasana tetap meriah dengan senda gurau mengimbau memori sama sama menuntut ilmu di Segamat. Sakek hadir dengan wife yang tengah sarat mengandung - katanya maybe awal bulan depan bersalin, Cimi - sudah ada seorang anak perempuan, Mektalk - masih single, Tabing - dialam percintaan dengan Sarah, tak lama lagi boleh la kawin, rasanya sarah tu cukup sesuai degan kau. Kawan kawan yang tak dapat hadir ramai jugak, takpa next time aku dengan tabing nak plan lagi. kali ini make sure big gathering dan semua dapat hadir.

Saturday, September 29, 2007

Majlis Berbuka Puasa

Hah hari ini aku ada majlis berbuka puasa cum gathering dengan clasmate Diploma In Investment Analysia UiTM Segamat 1997. Seronoknya dapat jumpa kembali semua rakan rakan yang dah lama terpisah setalah tamatnya pengajian pada 2000 ada yang dah kawin macam aku dan tak kurang jugak yang masih bujang dan ada jugak yang dah menimang cahaya mata. Khabarnya majlis akan diadakan di Kampung Baru. Sekalung terima kasih buat Ibrahim Idham yang berusaha merialisasikan perjumpaan ini. Kalau ku imbau kembali sejak pertemuan pertama dulu sejak semester pertama hubungan kami semua amat akrab dan mesra,sama sama menimba ilmu jua berlari mengejar identiti yang belum pasti.ok guys see you petang nanti.

Friday, September 28, 2007

New Keyboard


Semalam sempena hari lahir isteriku aku menghadiahkan nya sebuah elecronic keyboard casio. Ntahla apa kenanya dah lama dia nak akan keyboard ni katanya mengimbau kembali kenangan belajar muzik sewaktu sekolah dulu. Jadi bagiku semalam adalah hari yang terbaik untuk menunaikan permintaanya. Semalam aku sangat teruja untuk bermain dengan keyboard ni, dia dah buatkan note lagu menghitung hari untuk aku semalam .Ok jugak cuma tangan masih kaku dan lambat menekan key. Malam ni kata nya nak cari key note untuk lagu Dafi pulak.Tak apa la janji dia gembira dengan pemberianku.

Thursday, September 27, 2007

Selamat Hari Lahir

Entri ini aku tujukan khas buat isteriku yang tercinta Ruzaina Ishak yang menyambut hari ulangtahun ke 27 kelahiranya pada hari ini. Selamat panjang umur moga terus di murahkan rezeki.

ISO 9001 Internal Quality Auditors' Training Course

Alhamdulillah, baru seminggu aku di ICSJ aku sudah diminta untuk menghadiri ISO 9001 Internal Quality Auditors Training Course. Sungguh mencabar untuk ku hadapi training selama dua hari yang berakhir selamam dalam bulan puasa ni. Maklumlah dari semua peserta hanya 4 orang yang beragama isalam, Satu pengalamam yang baru kepada aku untuk menjadi seorang auditor, paling menyeronokkan apabila dijalakan mock internal audit, yang mana aku terpaksa menjalankan audit untuk maintainance office, aku kena periksa log book service aircond dan fire extinguisher. Dapat juga aku jumpa kesalahan mereka yang tak menepati ISO 9001.

Monday, September 24, 2007

Demi sesuap rindu yang mula meratah

Hari ini aku masih di daerah ini
Sebuah daerah sepi
Sepi dari akan rasa gembira
Tentang hari semalam yang penuh juang

Hari ini perjuangan semalam masih berbaki
Sisa tugas antara mahu dengan paksa
Tentang sesuatu yang mengangkat nama
Membawa aku di mata semua

Ketika hari mula merangkak membuka pentasnya
Aku mula menconggak untung siapa
Dia atau kita atau mereka semua yang tamak haloba
Bakal menjadi raja

Pantas aku mengatur derap langkah
Satu demi satu
Membujur lalu melintang patah
Bersama membara hangat darah yang mengalir di segenap saraf
Untuk ku bujuki diri ini
Terus menghayun sejuta falsafah tentang hari semalam yang perlu ku ubah
Demi sesuap rindu yang mula meratah
Rindu akan dirinya
Yang kusembah jua ku sayangi

Bila lagi rasa ini kan kembali
Sedangkan waktu terus mengulung hari
Perjalan ini semakin menghampiri
Sebuah destinasi, sebuah daerah sepi
Yang pastinya tiada jalan kembali

Friday, September 21, 2007

Tempat kerja baru

Alhamdulillah, hari ini cukup seminggu aku berkerja di tempat baru INTI College Subang Jaya. Aku sudah mula agak serasi dengan keadaan disini, banyak kekurangan dan kebaikan yang aku rasa berbeda dengan tempat lama di INTI-UC Nilai. Yang paling utamanya disini tempatnya agak kecik, memudahkan aku nak kesana kemari terutamanya bulan puasa ni yang menuntut agar tenaga digunakan sebaik mungkin. Keduanya bilangan pelajar tidaklah ramai lebih kurang seribu setengah sahaja, jadi tugas aku dibahagian hal ehwal pelajar tidaklah berat sangat, hanya terdapat beberapa kelab sahaja yang aktif. Namun masalah aku yang besar sekarang adalah kesesakan lalu lintas setiap pagi. Pukul 7 sudah mahu keluar dari rumah kalau tak aku tidak akan dapat tempat parking, parking sehari 4 ringgit FYI INTI College sekarang tengah construct bangunan baru 10 tingkat, jadi kawasan parking dah takda. Setiap pagi terpaksalah berebut mencari parking. Bos kat sini setakat ini ok je, maklumlah aku satu satunya staff lelaki di opis ni...he he. Hari ni jugak komputer aku baru boleh log in to blog account.Malam sekarang takda masa nak mengemaskinikan blog ni, sibuk sangat dengan assignment yang bertimbun timbun dan aku dengar khabarnya exam akan dibuat selepas raya.

Friday, September 14, 2007

Hari-hari terakhir

Hari ini Jumaat 14 September 2007. 2 Ramadhan, hari terakhir aku berkerja di INTI Interational University College Nilai , esok aku akan memulakan tugas di INTI College Subang Jaya. Hampir 10 bulan di sini, mengejar pengalaman yang mendewasakan. Sedikit pilu bila terpaksa berpisah dengan rakan taulan yang sudah mula aku sebati dengan senda gurau mereka, Sekalung terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada aku, doakan kita semua akan ketemu lagi. Pastinya bila aku rindukan nasi kandar aku akan kembali ke daerah ini lagi. Tq Kumar, Jo, Chan & Leong.

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan

Ramadhan muncul lagi, dengan limpah rahmat penuh kemuliaan. Mari kita hiasi sebulan ini dengan sinar gmerlapan cahaya keimanan. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua rakan taulan. Kali ini sahurku tidak lagi keseorangan akan bangkit isteriku bersama untuk sama merebut fadhilatnya.

Marching In The Spirits of Independence






Alhamdulillah, syukur dengan izin Allah program sambutan 50 tahun kemerdekaan negara di INTI berjaya aku sempurnakan dengan jayanya, Perit jerih menahan amarah dan emosi membuahkan hasil akhirnya. Sambutan yang aku kira pertama kali dianjurkan membuka mata para pelajar tentang nilai sebenar kemerdekaan negara. Aku tujukan terima kasih daun keladi buat insan-insan ini yang aku rasakan menjadi tulang belikatku bagi menjayakan program ini.

Saturday, September 8, 2007

Kelas

Hari ini adalah kelas terakhir bagi semester ini, aku ada dua presentation yang perlu dibentang kepada pensyarah aku, subjek pertama berkenaan dengan Infromation Storage and Retrieval tidaklah sukar sangat jika dibandingkan dangan subjek database management kerana kumpulan kami terpaksa membuat stu projek database. Ya Allah susahnya maklumlah aku bukannya budak IT waktu degree dulu. Memang mati kutu dibuatnya bila orang bercakap tentang primary key, SDLC, normalization table, cardinal anlysis dan banyak term yang aku tak pernah faham, Mujurlah ahli kumpulan aku Zahari dan Kak Ani banyak membantu membuatkan aku faham akan database system yang akan kami bentangkan. Itulah gatal sangat nak sambung belajar....

Thursday, September 6, 2007

Penat

Itu ajelah ungkapan yang terkeluar dari mulut aku sehari dua ni. sangat penat travel from shah alam to nilai every day. Kos juga meningkat sehari petrol = RM 15 + RM 10.70 Tol = RM 25.70 perday. Amat membebankan, tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk selesaikan tanggungjawab aku disini, bereskan segala kerja sebelum bertukar ke Subang Jaya. Kepenatan ini ditambah lagi dengan bebanan assignment dan presentation yang melambak dan membukit minggu ini. Allhamdulillah semalam pangilan telefon kepada Dr Suhaimi membawa nafas lega kepada aku dan semua classmate apabila beliau khabarkan kelas online information searching dibatalkan, maknanya presentation pun ditunda.

Thursday, August 30, 2007

Majlis Menyambut Menantu - 25/8/2007




50 Tahun Negaraku Gagah Gemilang -Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara

Lama sudah, hampir seminggu aku tidak mencoretkan apa-apa ke ruang blog ini, maaflah masih terlalu sibuk dengan majlis kenduri dan kerja-kerja pejabat yang terpaksa dibereskan sementelah cuti yang agak panjang. Masih belum lagi sempat aku ceritakan tentang majlis perkahwinan aku, cuma dalam entri ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan negara. Bumi yang bertuah ini sudah 50 tahun merdeka. Mari kita panjatkan doa agar tanah tercinta ini akan terus aman makmur, akan jadi milik bangsa kita selamanya, satu-satunya warisan yang akan kita berikan kepada generasi cucu cicit kita nanti. "Selamat ulang tahun kemerdekaan Malaysia". Malam ini aku akan terlibat dengan perarakan kereta berhias sempena kemerdekaan di bandar Seremban dan yang paling syoknya aku akan mengepalai pasukan INTI untuk melaungkan kalimah keramar MERDEKA di hadapan tetamu-tetamu kehormat dan yang pastinya malam ini pasti cukup memenatkan...

Tuesday, August 21, 2007

SIbuk



Aku terlalu sibuk dengan urusan perkahwinan aku. Bermula dari 17/8 aku berlepas ke kedah dan sehingga itu, baru hari ini aku sempat menjengah ke ruang blog ini. Alhamdullilah, syukur semuanya berjalan lancar. Dengan sekali lafaz aku menjadi sah menjadi seorang suami di iringi linangan air mata kegembiraan ibuku. Nanti karang kalau ada kelapangan akan aku ceritakan satu persatu ye bye. Gambar belum lagi siap ini ada sedikit gambar yang di kirimkan oleh jurugambar melalui email.

Wednesday, August 15, 2007

Bus Ekspress - 20 Terkorban

Semalam aku terpana bila membaca berita kemalangan bus, setelah 20 orang terkorban dalam nahas bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi semalam, Hari ini, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ahmad Mustapha Abdul Rashid mencadangkan kamera automatik dipasang di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara. Itulah sudah terhantuk baru nak tengadah. Apa dah jadi dengan pengunaan kotak hitam dalm bus dan tak praktikal lagi ke, hangat-hangat tahi ayam. Aku masih lagi ingat bagaimana dalam lima tahun yang lepas apabila kerap sangat kemalangan maut melibatkan bas ekspress JPJ menguatkuasakan pengunaan kotak hitam di dalam bas yang mana mengambarkan bila bas ini dipandu laju akan ada signal amaran, data kelajuan boleh direkod dan sebagainya tapi sejauh mana berkesan.

Sebelum memiliki kereta aku adalah orang yang amat setia menggunakan bas ekspress untuk pulang ke kuantan dari Shah Alam, bagaimana dapat aku saksikan tabiat buruk pemandu bas memecut sesuka hati walaupun bunyi amaran beeb..beeb..beeb kedengaran apabila kelajuan melebihi had. Memotong sesuka hati, menghimpit kenderaan kecil laksana raja di jalanan. Lagi satu aku pernah mendengar dan menyaksikan bagaimana pemandu bas berborak sesama sendiri bercerita takut nak mengambil ubat penahan (sejenis ubat dari negara jiran) kerana kebetulan pada hari tersebut JPJ membuat ujian saringan air kencing di Lebuh Raya Pantai Timur. Jelas bahawa sesetengah pemandu mengunakan ubatan mengandungi dadah perangsang yang aku kira boleh menyumbang kepada kecelakaan. Kalau masih ingat bagaimana tragedi bas NIELA yang sering sahaja terlibat dalam kemalangan, tragedi kemalangan sewaktu perayaan Aidil Fitri di Merapoh, Pahang menggetarkan jiwa kita setiap kali terpaksa menggunakan pengankutan bas.

Tahun lepas sejauh mana entahlah betul katanya ada pegawai JPJ berpakaian preman menaiki bas bersama sama untuk membuat pemantauan.Berbalik kepada pokok persoalan adakah cadangan kamera automatik dipasang di lokasi-lokasi yang kerap berlaku kemalangan di seluruh negara boleh menyumbang kepada pengurangan masalah ini andainya sikap para pemandu-pemandu bas masih lagi ditakuk lama, bas yang tidak lepas pemeriksaan puspakom terus merajai jalan raya (nanti akan aku ceritakan dalam entri lain bagaimana "ulat-ulat" berkeliaran dipuspakom berdasarkan pengalaman sendiri)

Hukuman demi hukuman,cadangan demi cadangan namun nyawa yang terkorban akibat kecelakaan bus ekspress amat menyedihkan. Takziah buah semua ahli keluarga mangsa. Al-fatihah.

Tuesday, August 14, 2007

UiTM Juara Debat Kemerdekaan 2007

Alhamdulillah UiTM merangkul kejuaraan kali kedua debat kemerdekaan selepas meor, bed, aku dan salmi membawa pulang piala itu ke bumi shah alam buat kali pertamanya pada 2002, selapas 5 tahun piala itu kembali semula. Tahniah buat semua pendebat, pengurus pasukan, jurulatih dan penyokong pasukan UiTM yang aku rasa pastinya tidak jelak memberikan bantuan dan sokongan kepada pasukan debat UiTM. Buat pendebat semua bersyukurlah dan berseronoklah tapi jangan lupa dan leka akan ada lagi misi buat debat diraja, pertahankan kejuaraan pasukan muda kita rangkul juga kategori utama. Tahniah...

Monday, August 13, 2007

Dugaan

Semakin kuat dugaan yang ku terima, mungkin ini ujian yang maha esa ke atas umatnya. Kalau minggu lalu aku khabarkan diblog ini bagaimana cermin keretaku hampir berderai dek lantunan sebiji batu 2 hari lepas hatiku semakin remuk bila kamera digital Canon A430 powershot aku tercicir dikawasan letak hostel sewaktu aku sedang memuatkan barang kedalam kereta sebelum bertolak ke shah alam unituk menghadiri majlis akad nikah wan. Ntahlah aku hanya menyedari kehilanganya ketika aku sudah separuh jalan di ELITE highway, bila aku berpatah balik semuanya sudah tiada, apa yang ada hanyalah linangan air mata penuh kekesalan atas kealpaan sendiri. Selepas ini blogku mungkin tidak lagi dihiasi gambar-gambar warna-warni buat sementara waktu sehinggalah aku mampu memiliki yang baru. Kawan-kawan doakan orang yang ketemu kamera ku pulangkan segera.

Ntahlah, dugaan nak jadi pengantin kot.

Sebentar lagi

Allhamdulillah, pagi ini awal aku bangkit. Mandi, solat dan kemudian menghadap komputer ini untuk menyiapkan laporan selection swimmers semalam yang akan aku bentangkan sebentar lagi kepada KPT. Semalam aku mendapat SMS dari seorang ahli KDP UiTM mengkhabarkan berita gembira UiTM menang semua pusingan awal debat kemerdekaan di perlis. Tahniah kepada Moont, KNB, Mazuan dan rakan-rakan. Untuk makluman UiTM pernah johan debat kemerdekaan pada 2002 yang berlangsung di UIA. Semoga kejayaan akan bersama dengan mereka semua buat kali ini selepas kecundang diperingkat separuh akhir debat alam sekitar baru-baru ini.

Sunday, August 12, 2007

Pindah

Penatnya, terlalu banyak buku, kertas, majalah, bahan-bahan rujukan untuk aku kemaskan. 17 Ogos adalah hari terakhir aku sebagai resident fellow di INTI-UC bilik ini perlu aku kosongkan sebelum aku bertolak ke Kedah nanti. Sampah dan habuk perluku bersihkan supaya orang yang akan masuk menggantikan aku nanti tak mengomel pulak katakan aku pengotor. Baju-baju ku yang bertimbun perlu di lipat ke dalam beg agar mudah di angkut ke Shah Alam nanti. He he, rumah baru masih kosong lagi, banyak barang yang nak dibeli nanti, takpa sabarlah dulu, tunggu sehingga majlis kawinku selesai kemudian baru ku fikirkan.

Oh ye, aku baru sahaja habis buat pemilihan pasukan renang, alhamdulliah walaupun ini kali pertama aku menguruskan semuanya berjalan lancar. Semua perenang memberikan kerjasama dengan baik sepanjang pemilihan. Terima kasih to Mr Chan. Mr Izhar, peserta dari KTAR, ICSJ dan INTI-UC, aku terpaksa siapkan laporan, esok ada meeting dengan kementerian, banyak benda nak dibentangkan. Aku mengantuk la selepas pekena 2 pinggan meehon dan teh tarik mamak. ok bye

Saturday, August 11, 2007

Hari ini

Sabankali bila sabtu menjelma aku akan terlewat bangun lantas menyebapkan solatku terlewat. Ntahlah, seperti masih gagal untuk disiplinkan diri aku untuk mendambakan sepenuhnya diri ini kepada yang maha esa. Kadang kadang aku terfikir setelah 28 tahun aku di muka bumi ini sudah berapa banyak aku meninggalkan solat. Ya ALLAH, ampuni aku. Hari ini bermakna seminggu lagi aku akan bergelar suami kepada seorang gadis, mampukan aku untuk menjadi ketua dalam sebuah keluarga, mampukah aku membahagikan masa antara isteri, ibubapaku, ibubapa mertuaku, keluarga kedua-dua belah pihak, kerjaku, studyku, kucingku, blogku dll. Ah, kata rakanku... inilah masanya untuk kita menguji kesabaran. Alam rumah tangga bukanya mainan, bukanya ikutan kena ada kesefahaman, tolak ansur, hormat-hormati dll.Lupakan sesetengah perkara yang selalu dibuat ketika bujang, luangkan masa lebih dengan keluarga.

Hingga ke saat ini rasanya semuanya telah disiapkan, cuma menunggu hari akad nikah sahaja. Macam manalah nantinye, jangan pulak banyak soalnya tok imam nanti. Aku banyak mendengar cerita-cerita bakal pengantin disoal macam-macam sebelum akad nikah ditanya itu dan ini. Kesian, ada yang tergagap-gagap menjawab, walaupun tahu tapi disebapkan gemuruh nak akad nikah sambil disaksikan bakal pak & mak mertua, adik beradik dan sebagainya.

Sebentar lagi aku akan bertolak ke shah alam untuk menghadiri majlis akad nikah teman serumahku dulu di meru, Nanti aku tengok la macam mana wan menjawab nikahnya. Oh ya...hari ini ada debat kemerdekaan, selamat berjaya buat semua pendebat.

Friday, August 10, 2007

Pagi Ini

Assalamualaikum, Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari . Sudahkah kita bersiap sedia untuk tempuh segala agenda yang kita rancang dan tak dirancang untuk hari ini. Sebenarnya pagi ni aku sangat awal ke opis 7.30 dah sampai maklumlah bilik pun 200 meter je dari opis, tapi bukan kerana itu, sebenarnya pagi ini aku ada meeting dengan pihak USIM berkenaan dengan persiapan untuk sambutan bersama 50 tahun kemerdekaan negara, jadi pagi ini aku terpaksa menyiapkan laporan dan progress report yang bakal di bentangkan kepada mereka 30 minit dari sekarang. Setakat ini tak banyak sangat persiapan yang mampu aku lakukan terutamanya dalam mendapatkan tajaan pihak luar. Sibuk sangat dengan pelbagai benda. Entahlah aku tak tahu sejauh mana akan berjayanya program ini, kerana ini kali pertama sejak aku menjejakkan kaki ke INTI-UC aku diberikan tugas besar dan pengorbanan aku untuk program ini bukan sedikit sehingga aku terpaksa melepaskan tawaran kerja di sebuah institusi lain yang berminat menawarkan kan aku kerja dengan mereka. Moga apa yang aku korbankan berbalas la hendaknya.

Pagi ini, ada lagi sisa-sisa kerja semalam yang perlu jua aku bereskan. Baiklah aku dah kena gerak ke USIM, takut lambat, tak boleh, kita kena jadi contoh kepada orang lain biarpun seringkali kita terpaksa menunggu puluhan minit atau kadang-kadang sejam untuk bertemu dengan seseorang walaupun temujanji dah di buat. Ahh sudahlah la melalut pulak. Ok hari ni hari jumaat, yang lelaki pergi solat jumaat ye. Seronoknya esok dah cuti dan ada majlis akad nikah kawan baik ku. "Wan, selamat menempuhi alam rumah tangga ye"

Thursday, August 9, 2007

Cermin keretaku

Semalam, sudah mengemaskinikan blog aku meninggalkan opis menuju ke Shah Alam untuk mengambil hand flag yang ku tempah untuk sambutan kemerdekaan tidak lama lagi, sedang enak aku menghenyak pedal minyak Perodua Kancil GX 850 yang ku sayangi membelah petang di ELITE highway tiba-tiba aku dikejutkan dengan lantunan sebutir batu ke cermin depan keretaku. Ah apa pulak ni, kesan serpihan bulat terbentuk di cermin hadapan keretaku. Ntah dari mana datangnya batu tu, nak kata ada lori hantu mengangkut bahan di hadapan takda pulak, takkanlah skru dari kapal terbang Airasia yang melintasi bumbung keretaku pulak yang jatuh, mustahil. Walaupun aku menyumpah dalam hati tetapi masih bersyukur kerana cermin keretaku tidak pecah berderai, kalau tidak masalah yang besar atau kemalangan boleh terjadi. Nasib.

Wednesday, August 8, 2007

Anok Tupa / Halim Yazid


Artist : Halim Yazid
Title : Tupa

*Ado seyko anok tupa
Atah jula moktey
Kudon eko peghuk lapaa
Jale caghi makey 2x

Kejadie Tuhe
Nyo panggey namo tupa
Asa nyo dale hute sejenih mamalia
Kejadie Tuhe
Dipanggey namo tupa
Asa nyo dale hute sejenih mamalia
Kalu pasa jakik kok dehe
Diolah yey paleyn pandaa
Jatoh jaghe-jaghe
Keghano dio tok sobaa

Panda-panda tupa melopak
Jatoh tanoh jugok
Nok wi gamba oghe jahak
Jange telajok manggok 2x

*Oghe jamey ghitu
Nyo pakak hambak tupa
Bimbe ko woh kayu
Takuk tok dey besaa

Nyo deghiye duku
Kalu dey nyo keghik tupa
Pendek taong tuh
Nyo deghiye tok dey nok juay
Oghe sekapon tupa seko
Beghambak haghi-haghi
Nyo pakak likong
Nyo pakak pekong
Tupa tok leh laghi 2x

*Sakak bedey ado
Tupa habih mati
Hok nih la sayo raso
Kito sangak ghugi

Kito manusio
Tinggi mano pon kito ngaji
Nok wak tupa seko
Teytu sekali doh tok jadi
Lonih kapun atau bandaa
Jaghe bulih tengok
Bapok tupa ibu tupa
Jale bawok anok 2x

*Ghaso sie sunggoh
Tengok seko anok tupa
Keghano telajok kughuh
Sapa xleh nok niti pagaa

Bulu-bulu pon habih lughuh
Air mato bedegha-degha
Maghi dari dale baghuh
Bokali keno ghacuyn tebakaa
Ado seyko anok tupa
Atah jula moktey
Kudon eko peghuk lapaa
Jale caghi makey 2x

Ulang*

Bila rindu akan kampung laman nenek moyangku. Lagu-lagu dikir barat akan ku alunkan dari PC, antara yang paling menjadi kegemaran adalah lagu ni. Hebat Halim Yazid dan rakan rakan mengangkat irama dikir barat / dikir fikir merentas batasan budaya dan rasa.

Pengurus Pasukan Renang

Kelakar, buat pertama kalinya aku terpaksa menguruskan pasukan renang bagi kontijen Majlis Sukan IPTS ke SIPMA 2007 yang akan diadakan di UUM 21-25/8/2007. Malangnya tarikh ini clash dengan majlis perkahwinan. lagi satu tarikh yang di peruntukkan untuk menguruskan pasukan amatlah singkat tak sampai 2 minggu. Nampak gayanya tak sempatlah nak diadakan latihan pusat untuk mereka. sorry ye Dato Kp.

Tuesday, August 7, 2007

Transfer to Subang Jaya

Alhamdullilah permohonan untuk bertukar kerja ke INTI Subang Jaya telah di luluskan. Surat pun dah diterima. Adakah ni satu rahmat atau akan semakin bertambah dugaan yang akan kuhadapi. Takpalah janji tak kena buat night duty lg. Oppp, ada meeting sekarang.

Merdeka Exhibition

Akhirnya jemputan kepada Jabatan Penerangan Negeri Sembilan untuk mengadakan pameran sempena 50 tahun kemerdekaan. Pameran yang akan diadakan berkisah mengenai sejarah kemerdekaan negara, gambar-gambar tokoh, bahan-bahan terbitan, poster dan sebagainya. Bos kata bagus, tapi tak tahulah ikhlas ke tak.

Monday, August 6, 2007

A BLOGGERS' CODE OF ETHICS

A BLOGGERS' CODE OF ETHICS

Be Honest and Fair
Bloggers should be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information.
Bloggers should:
• Never plagiarize.
• Identify and link to sources whenever feasible. The public is entitled to as much information as possible on sources' reliability.
• Make certain that Weblog entries, quotations, headlines, photos and all other content do not misrepresent. They should not oversimplify or highlight incidents out of context.
• Never distort the content of photos without disclosing what has been changed. Image enhancement is only acceptable for for technical clarity. Label montages and photo illustrations.
• Never publish information they know is inaccurate -- and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt.
• Distinguish between advocacy, commentary and factual information. Even advocacy writing and commentary should not misrepresent fact or context.
• Distinguish factual information and commentary from advertising and shun hybrids that blur the lines between the two.

he he, kalau nk jadi bloggers yg baik, ikut le

Pinjaman Yayasan Pahang

Duit pinjaman Yayasan Pahang yang di janjikan oleh pegawai Yayasan masih belum di masukkan lagi. Semester pun dah nak tamat. Dalam keadaan sekarang duit pinjaman ni sangatlah penting. Tadi panggilan dibuat lagi ke pejabat Yayasan, jawapan yang diterima, tenggoklah lah dalam minggu depan....sabar.

Thursday, August 2, 2007

50 Tahun Pendakian ke Puncak Emas


Saya baru sahaja selesai khatam buku ini, sebuah buku yang mengambarkan suka suka negara sejak 1957 hingga ke hari ini. Bagaimana bermula dengan sejarah perjuangan para pemimpin negara menyahkan penjajah dari bumi ini melalui pelbagai rundingan dah usaha. Kisah tokoh tokoh kemerdekaan negara diselitkan, pahit jerih perjuangan mereka. Buku yang cukup menarik untuk di miliki oleh setiap anak muda atau generasi kini akan lebih kenal akan sejarah bangsa sendiri. Sekalung ucapan tahniah buat Jabatan Penerangan yang berusaha menerbitkan buku ini. Seorang rakan dari kenya tertarik untuk memiliki buku ini tapi sayangnya buat masa ini hanya terdapat cetakan dalam bahasa melayu sahaja.

Tuesday, July 31, 2007

Giving Oral Medications to a Cat

Giving Oral Medications to a Cat, this is very useful url http://www.vetmed.wsu.edu/ClientED/cat_meds.asp to help owner giving oral medication to cat, but i dont think it work to my little boy (brown @ cemong) event vet need my help to hold it every time for vaccination and deworm.
auuuummmm, i am a lion cattt

Merdeka

Celebrating 50 Years Of Nationhood

Undangan Perkahwinan

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan Kami
Peta Lokasi Ke Rumah Pengantin Perempuan (18/8/2007) & Lelaki (25/8/2007)

Semua rakan taulan dijemput hadir ke majlis kami, semoga kehadiran anda akan memeriahkan lg majlis ini.

*sila klik pada imej untuk membesarkanya