Monday, June 30, 2008

Training

Masuk kerja pagi ni aku ada training on assertive communication skills. ok la boleh menambahkan ilmu pengetahuan.

Sunday, June 29, 2008

Debat Merdeka Komuniti Bestari

Penyampaian hadiah oleh Pengarah Penerangan WP
Kami tumpang gembira
Aksi selepas perlawanan
Lagi aksi pendebat terlampau
Alhamdulillah pasukan yang mewakili Presint 8 Putrajaya berjaya mempertahankan kejuaraan tahun lalu dengan menjadi johan Debat Merdeka Komuniti Bestari peringkat Wilayah Persekutuan. Pasukan P8 Putrajaya bertindak selaku pihak pencadang menewaskan pasukan Komuniti Bestari Bandar Sentul Perdana yang membahaskan usul "Kenaikan harga minyak memberikan faedah jangka panjang kepada rakyat". Perlawanan tadi telah berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman. Tahniah kepada Mazuan, Fizi, Patma dan Hidayat yang bertungkus lumus dalam berhujah. Terima kasih buat bed, fila, r pek serta suami Patma yang banyak membantu memastikan kemenangan ini. Pasukan P8 layak kepertandingan seterusnya yang akan diadakan pada bulan hadapan diperingkat zon bagi memilih pasukan terbaik yang akan mewakili zon tengah ke peringkat kebangsaan.

Cuti- cuti Balik Kedah

Kompleks bebas cukai Bukit kayu Hitam , yang aku rasa cukainya tak berapa bebas
Dari luar negara ke Malaysia
Pekan Rabu, banyak orang Thai yang menjual
Sujana mata memandang, sawah padi menghijau
Indahnya biru langit di pendang
Gua di Muzium Padi
Korbankan diri untuk Sang Singa yang kelaparan
Gurung Kriang

4 hari pulang ke Kedah buatkan aku jauh dari segala rasa sesak kerja dan segala benda. Sepanjang di sana sempat juga menjengah ke Pendang, Jitra, Gunung Kriag dan juga Bukit Kayu Hitam. Seronok juga dapat makan durian dan cucur cempedak hasil dari kebun ayah mertuaku. Bukan apa sudah lama tak pulang ke Kedah, bila ada kelapangan inilah masanya untuk kerumah ipar duai juga pakcik makcik.

Tuesday, June 24, 2008

Debat Komuniti Bestari 2008 - 1

Alhamdulillah pasukan Komuniti Bestari Presint 8 berjaya melayakan diri ke pertandingan akhir Debat Komuniti Bestari Wilayah hujung minggu ini. Kelmarin semasa saringan cukup sengit ada 8 pasukan, dua yang terbaik sahaja dipilih ke final. Ramai pendebat universiti yang ambil bahagian terutamanya dari UIAM dan UiTM. Ibarat pertembungan debat intervarsiti pulak . Aku cukup gembira dengan kejayaaan pasukan ini, paling tidak mencerahkan peluang pasukan Presint 8 mempertahankan kejuaraan tahun lalu. Syabas dan tahniah juga untuk satu lagi pasukan yang aku bawa dari Presint 16, walaupun tidak berjaya, namun aku melihat persembahan mereka cukup matang dan hebat sekali, bahkan ramai yang terpesona dengan kehebatan hujah mereka. 29 ini pasukan P8 akan menentang pasukan Komuniti Bestari Bandar Baru Sentul Perdana, sayang sekali aku tidak dapat bersama mereka kerna di Kedah pulang bercuti. Aku doakan mereka semua berjaya. Fizi, Mahzuan, Fathma dan Hidayat - good luck.

Friday, June 20, 2008

Debat Komuniti Bestari 2008

Lusa debat komuniti bestari peringkat saringan Wilayah akan berlangsung. Aku tolong menguruskan team P8 & P16 Putrajaya. Tajuk agak susah , aku serahkan kepada peserta untuk mencari bahan. Moga semuanya berjalan lancar, kali ini ada banyak team diwilayah sehingga terpaksa diadakan saringan dahulu sebelum final negeri pada 22 ini. Aku doakan semuanya berjaya.

Ayat - Ayat CInta


Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuhSeakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Aku suka lagu filem baru dari indonesi ini, mengugah jiwa jua rasa. Teringin nak menonton kalau ada kesempatan. lama sudah tak menonton filem dipanggung.

Monday, June 16, 2008

Happy Birthday IS





Birthday celebration for Ismail @ Mail, kami adakan jumaat yang lepas, ringkas sahaja namun bisa buatnya gembira.

Sunday, June 8, 2008

Debate Workshop - Day 2

Sebelum pulang group photo dulu
Lagi group photo
Antara peserta perempuan
Sessi belajar jadi hakim
3 hakim jemputan pening mendengar hujah , azian, shima & ms chang
Timb. ketua pembangkangIndia, cina dan melayu - kombinasi team yg mantap
Orang sabah ni


Sambungan kepada hari pertama, aktiviti bengkel debat pada hari kedua lebih kepada mock debate, tujuan utama adalah untuk melihat sejauh mana kefahaman para peserta dalam menyampaikan hujah dan juga kupasan isu. Secara umumnya peserta sudah mampu untuk menguasai perkara asas seperti membina premis, konsep yang ringkas, rasional, kayu ukur, beban pembuktian dan juga pecahan hujah. Kekurangan adalah daripada aspek kematangan untuk memberikan hujah yang tepat. Takpa la ini kerana kebanyakan mereka pertama kali berdebat. Aku kagum dengan kesungguhan yang mereka tunjukkan.

Tuesday, June 3, 2008

Debate Workshop - 1st Day

Bersedia mula berdebat
Group yang mantap
Tekun mendengar komen
lagi komen
Asmahani, kecil cili padi

Semalam hari pertama bengkel debat agak memenatkan. Walaupun tidak ramai sangat peserta namun aku rasakan cukup puas dapat menyapaikan sedikit ilmu dan berkongsi pengalaman dengan para pelajar. bagi aku mereka semua berbakat, punyai suara yang baik, daya berdebat secara sepontan yang baik dan humor yang menggelikan hati. Perlu di gilap lagi dari aspek kupasan tajuk dan juga penguasaan fakta. Hari ini akan sarat dengan aktiviti mock debate, semoga semua peserta akan terus bersemangat untuk belajar lagi today. Tq kpd Ms Azian, shima dan Ms Chang yang banyak membantu aku menjayakan pendaftaran, makanan dan persiapan tempat semalam. Terima kasih daun keladi.

Wednesday, May 28, 2008

Debate Workshop 1

The number of participants increase from 20 to 40 students, I don't know either I can handle or not. This is my first time handle workshop alone for 2 day. Hopefully my junior from UiTM will be able to help especially during mock debate presentation. Now bit buys preparing all the material for participants such as debating techniques, rules and regulation for parliamentary debate, rebutting techniques and many more. 2 days workshop fore sure wont be able to turn them as excellent debater, al least my workshop will he them to increase knowledge on proper debating techniques.

Saturday, May 24, 2008

Pertandingan Debat Perpaduan

Sekalung tahniah buat para pendebat UiTM yang telah berjaya merangkul kejayaan kali ketiga berturut turut dalam pertandingan debat perpaduan yang berlangsung di UUM, Semalam UiTM menewaskan UIAM dengan juri yang agak besar, Tahniah kepada Mont, Sabri , Hafiz dan rakan-rakan KDP UiTM yang lain. Teruskan usaha agar terus mencapai jaya. Terima Kasih kerana SMS pukul 2 pagi tadi untuk maklumkan keputusan pertandingannya.

Thursday, May 22, 2008

Pulau Batu Putih

Esok keputusan ICJ akan diumumkan untuk tentukan siapakah berhak keatas pulau batu putih yang telah menjadi pertikaian dan rebutan diantara malaysia dan singapura sejak 28 tahun yang lalu. Apa apa keputusan kita terima ja.

Debate Workshop


Ni tengah pening nak siapkan bahan untuk peserta debat dan nak cari speaker jemputan. Ada sesiapa nak tolong, Bayaran akan disediakan.

Saturday, May 17, 2008

Balik Kampung

Kejap lagi nak balik ke kuantan, ada cuti kan hari isnin nanti. Selamat bercuti semua

Thursday, May 8, 2008

Foto Flora & Fauna

Sama namun kita tak serupa

Merak di rimba kini di sangkar

Aku lapar

Biarlah ku sendiri

Hidup untuk makan

Aku bebas namun sengsara tanpa teman bicara
Setenang ikan di kolam
Sepi rindukan sang kumbang
Biar lambat asal selamat
Putih penuh suci
Aku suka rakamkan gambar terutama sekali haiwan, sedikit untuk tatapan, dari lensa kemera murahku sewaktu kunjungan ke Melaka tidak lama dulu.

Sunday, May 4, 2008

Journal - Zana

Zana dah berjaya setakat ini publish 2 international journalnya. Ni linknya

1.http://www.academicjournals.net/fulltext/ijds/2006/131-135.pdf
2.http://www.ansijournals.com/jas/2006/1128-1131.pdf

inipun selepas beberapa kali direject dan correction. Journal yang seterusnya tengah dibuat tak siap-siap lagi. all the best

Mak Tok


Allahyarhamah Nenda @ Mak Tok, Sentiasa segar dalam ingatan & kenangan.

Saturday, May 3, 2008

Orientation Day

Pagi tadi berlangsunglah orientation day may session untuk new students. Biasalah penat, ni program yang terpaksa diuruskan dari persediaan information folder hingga ke arrangement hall. Kelam kabut sikit, semalam LCD projector di new MPH tak dapat berfungsi dan pagi tadi kecoh bila pelajar yang datang diluar jangkaan. Anggaran kami hanya seramai 320 sahaja, jadi semua folder, minuman dan kerusi dalam dewan hanya 320 sahaja tiba-tiba pagi tadi hampir 450 datang. Semuanya tak cukup la. Kesian maintainance kena prepare on the spot semua benda. takpa la , terima kasih daun keladi.

Wednesday, April 30, 2008

Emong visit Vet

Petang semalam lepas pulang dari opis kami decided untuk hantar emong ke klinik Vet di Sek 13 Shah Alam untuk di vaksin dan makan ubat cacing. Sebenarnya aku dah terlewat beberapa bulan dari tarikh sepatutnya untuk di vaksin, kerana seingat aku kali terakhir emong di vaksin adalah awal tahun lepas semasa aku baru bertukar ke INTI-UC. Dah lewat, takut jugak nanti dia mudah kena penyakit. ikut kata Dr Vet emong sihat cuma kurus sedikit dan di cadangkan tukar makanan kitten yang lebih garing dan berprotien. So nampaknya tambah lagi la expenses bulan ni, nak wat macam mana sayang kucing.

Friday, April 25, 2008

Debate Workshop

Tadi aku ke meeting dengan marketing department, proposal aku untuk anjurkan kem debat di INTI Subang Jaya dah dipersetujui. Workshop ini akan diadakan pada 2-3 Jun 2008 dan terbuka kepada sekolah sekolah disekitar Subang Jaya. Hanya seramai 20 orang peserta dihadkan, maknanya hanya 5 buah sekolah sahaja. ok la first time ni. Budget pun tak banyak. Takpa la dan yang mungkin pening sebab aku kena handle workshop selama dua hari ini seorang diri, akulah fc akulah organizer, ada sesiapa nak tolong?

Emong





emong memang suka lepak atas kerusi sambil teman kami tengok TV

EURO 2008


Ada lebih kurang 43 hari lagi sebelum kejohanan ini bermula. Apa team pilihan anda? syoknya nak tunggu EURO 2008.

Monday, April 21, 2008

Exam dah abis

Setelah selesai exam pagi semalam barulah semuanya terasa lapang. Dah tak perlu lagi petang masa selepas pulang kerja dihabiskan dengan group discussion dan assign. Hujung minggu sudah boleh merangcang aktiviti riadah. rilex se rilexnya. Kawan - kawan di UiTM dan mula exam ka?

Tuesday, April 15, 2008

Emong in Pet Fancy

Emong pun berangan

Exam Lagi

Hari sabtu dan ahad ni exam lagi, aku sudah penat dengan kerja yang banyak sem ini. Dah tak sabar nak habiskan sem ni secepat mungkin. Letih dah dengan project paper, critical review dll. Aku nak rehat, bulan 7 sem baru mula - final sem, ada cuti 3 bulan . seronoknya. Aku doakan semua pelajar UiTM berjaya dengan exam kali ini. Selamat maju jaya.

Thursday, April 10, 2008

Mag Cover


he he he, berangan nih

Friday, April 4, 2008

Laptop






Dah dapat yang baru gantikan yang rosak.