Saturday, June 16, 2012

Belum pasti

Untuk kesekian kalinya lawatan ke ruang pameran masih belum mampu membuat keputusan samada ia ataupun tidak, apa jenisnya sudah dikecilkan kepada hanya dua, moga sesuatu yg mengembirakan akan terbit minggu mendatang.

Tuesday, June 5, 2012

2nd surgery

Amat memeranjatkan aku pabila keputusan MRI yang dijalankan doktor mengesahkan berulangnya masalah slipped dics di L5 buat kali kedua, kali ini hasil imbasan MRI menunjukkan slipped disc yang lagi serius berbanding dengan kali pertama. Aku terkasima bila doktor menyatakan perlu dilakukan pembedahan kali kedua untuk mengeluarkan sepenuhnya disc tersebut, digantikan dengan disc artificial dan sedikit tulang di sekitar L5 juga perlu dibuang dan kemudianya implan besi akan diletakkan bagi menyokong tulang tersebut. Ini permbedahan major kata doktor, kosnya dua kali ganda dari yang terdahulu. pilihan kedua adalan suntikan steriod kedalam kawasan saraf disekitar L5, ini merupakan penyelesaian sementara unyuk menghilangkan rasa sakit, kosnya lebih kurang 800 ringgit. Buat masa kini aku masih tidak ada keputusan yang konkrit dalam membuat keputusan, sementara ini masih bergantung kepada ubat penahan sakit celebrex, lyrica and arcoxia... Pasrah... Doakan aku semua.

Thursday, May 10, 2012

Kembali ke DEMC

selepas hampir 6 bulan menjalani pembedahan untuk masalah slipped disc aku, hari ini aku kembali semula di masukkan ke Demc sebab sakit yang masih tidak pernah hilang, aku minta dr untuk membuat pemeriksaan semula untuk memastikan punca sakit yang berlarutan ini. Sekarang ini aku ber blog dari atas katil sedang menjalani physiotheraphy. Banyak urusan yang tergangu atas sakit ini, doakan aku semua :-)

Monday, May 7, 2012

nike vs adidas

being loyalt with nike for quite sometimes, finally i bought a new adidas backpack for china trip yesterday. Very nice design and reasonable price.

Thursday, May 3, 2012

Olympus Pen ep3

New baby in the house, olympus ep3. Bought it last saturday

Thursday, March 22, 2012

:-) wink wink

Overexcited with my 4th China tirp. Prof Zhong managed to reserve one apartment for us, so free accommodation for the whole trip. I can use my money to buy more nike shoes. tq

Sunday, March 18, 2012

Samsung Galaxy Note for her


she lost her phone last week..decided to get this. Something worth..phone and tablet from celcom.

Monday, March 12, 2012

Selesai

Alhamdulillah semuanya untuk semester januari ini sudah selesai, tunggu exam board meeting sahaja pada 15hb ni, pastu mulalah bercuti rehat seketika. Nampaknya semester hadapan aku kena mengajar 2 subjek sahaja, Business Simulation dan Marketing. Aku tak suka subjek simulation ini sebab susah dan banyak kerja kena buat. Student pun susah bk faham terutamanya calculation part, untuk lab aku dah agak mahir la sebab boleh ikut lab manual sahaja. kali ini aku nk siapkan soalan cepat cepat supaya tak kelam kabut macam semester terdahulu. Subjek marketing tidak ada masalah sebab tak susah sangat, yang aku risaukan studentnya, pengalaman aku dengan budak budak program ini tak berapa menarik. hopefully semuanya akan berjalan dengan lacar.

Saturday, March 10, 2012

Buku Terbaru



Terbaru dalam koleksi...paling menarik perhatian buku "dare to be champion" dlcw

Tuesday, March 6, 2012

china

agak teruja kali ini untuk kembali melawati teman teman di china. kali ini agak lama akan kesana. nak jalan ke tempat tempat yg x sempat dilawati pd kunjungan terdahulu. kali ini agak mudah kerna mereka tawarkan diri nk jadi tour guide. tempat tinggal pun mereka nk sediakan, bagus juga bila ada kenalan..yg pastinya nk shooting gambar bunga banyak banyak...spring dh mula di sana, btw i need backpack for my camera n lenses..tk larat bwk sling bag nk pg jalan jalan...nampaknya minggu ni kena ke jalan ipoh lg untuk cari yg sesuai di sana... bye

Monday, February 27, 2012

Lens baru Canon 100mm Macro 2.8 USM



Akhirnya saya bejaya beli lens ini, dah lama mengidamkan lens makro, baru sekarang dapat. secara keseluruhanya saya suka harga dan kualiti gambar yang cun. masih belum try ambik gambar makro betul betul, extension tube & new tripod pun dah beli. ni sedikit gambar rerama sewaktu outing minggu lepaih untuk try lens ni :-)




Saturday, January 7, 2012

lawatan menemui doktor

sudah hampir 2 bulan aku dioperasi hasil masalah slipped disc.. Hari ini aku kembali ke demc bertemu doktor mahmud lantaran rasa sakit yang masih kurasai. Bekalan ubat dah abis...so doktor kasi banyak sikit kali ini...katanya untuk sembuh sepenuhnya ambil masa....aku sudah bisa sembahyang berdiri dan rukuk sepenuhyanya...kalau tidak hanya solat dikerusi sahaja...doakan aku cepat sembuh. Tnx..bye

Wednesday, September 21, 2011

hujan

hujan mencurah lebat diluar...aku masih terpaku dibangku kaku menahan kesejukan di library ini sambil perutku berbunyi minta di isi kelaparan...nak buat macam mana tak bawak payung hari ini...tak boleh gi makan la :-(

sesuatu yang tertunda

banyak sekali urusan yang belum di selesaikan...rasanya belum terlewat..masih ada ruang dan masa untuk kita mula merubah..sebelum semuanya berlalu..jangan menangis berputih mata..bila pintunya sudah terkatup rapat :-)

Monday, September 19, 2011

samsung galaxy tab 10.1


bought it last sunday...saya sangat sukakannya

Wednesday, June 15, 2011

Sesumpah

Sesumpah di belakang rumah

Bersih

Bersih sangatkah golongan yang nak mem "bersih" tu?

Thursday, May 5, 2011

Kucing Ku - 50mm 1.8

Emong yang manja

Wednesday, March 2, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Sunday, February 13, 2011

My Cat

My sweetheart

Thursday, January 20, 2011

Saturday, January 15, 2011

Cosmos Caudatus





From Mom's backyard..

Wednesday, December 22, 2010

Lotus




Lotus
Location: Shah Alam

Saturday, December 11, 2010

I City Shah Alam













City of lights - Shah Alam

Tuesday, November 9, 2010

Facebook Vs. Blog

keterlibatan aku dengan facebook buatkan aku mula malas untuk berblog lagi..terlalu sedikit entri dibuat...facebook lebih cepat & ringkas postingnya...gambar pun boleh di upload dengan mudah dan banyak ..mungkin platformnya berbeda...aku berazam untuk terus tidak mengabaikan blog ini..insyaallah kalau ada kelapangan banyak cerita mahu dikongsi bersama dilaman ini.

Ada sebilangan diantara mereka

Ada sebilangan diantara mereka yang tidak tahu masalah dan potensi diri mereka. Merasakan mereka betul dalam setiap tingkah laku, tidak peduli pada sindiran jua teguran. Suka persoalkan hukuman dan tindakan atas kesilapan mereka sendiri. Mereka lupa apa tugas mereka disini, habiskan masa dengan lepak...malas siapkan tugasan...penuh dengan alasan...kerja bertangguh dll. Sampai harinya...sir takda tips ka for finall...itu sahaja yang sebilangan diantara mereka tahu..ntahla...namun ramai juga dikalangan mereka yang rajin..aku tidak nafikan..semoga sebilangan mereka ini akan sedar..kalau dengan cara ini mereka tidak akan kemana..tunggulah bila masa anda tiba bila anda patut sedar siapa diri anda sebenarnya...ntahla...

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum WM. Salam aidilfitri..maaf zahir dan jua batin buat semua sanak saudara dan juga sahabat handai yang dekat mahupun jauh di mata. Semoga lebaran dan syawal ini akan membawa seribu kebahagian buat kita semua. Kalau senang jemput la ke rumah.. tahun ini raya di Kedah terlebih dahulu sebelum pulang ke kuantan. Selamat Hari Raya..TC

Sunday, July 11, 2010

From Shanghai

Post dari Shanghai...hari ini amatlah penat, lenguh kelmarin berjalan hampir 6 jam dan entah berapa kilometer di Shangahai World Expo masih lagi belum hilang ( di sebapkan kepenatan jugalah aku tidak sempat melihat perlawanan diantara Urugway vs Germany semalam)..nanti post mengenai world expo akan aku utuskan ke blog ini. Pagi ini bangkit seawal mungkin untuk ke Nanjing Road & juga Zoo Shanghai. Dengan taksi kami ke Nanjing Road..ala ala Petaling Street tapi di sini lebih panjang dan luas, kedai kedai dengan reka bentuk tradisional dan warna warni tanglung digantung sepanjang jalan menarik hati..Kami bersarapan mee sup disebuah restoran muslim..boleh la..10 Yuen semangkuk (RM 5). Cuaca kurang menyebelahi kami pabila gerimis kemudian diikuti dengan hujan renyai renyai yang berterusan..kami ambil keputusan untuk membeli belah didalam pasaraya sahaja..sempat juga kami membeli cenderahati dikedai kedai sepanjang jalan...pada ketika ini...barang barang cenderahati sempena World Expo amat popular sekali...semalam ketika di World Expo aku hanya beli sekor je maskot...hari ni boleh le beli banyak sikit untuk student kesayangan aku...selesai di Nanjing Road kami meredah hujan renyai untuk mendapatkan teksi ke zoo...aku mula risaukan kamera ku yang terdedah kepada hujan...tidak lah sukar untuk medapatkan teksi namun kena berebut sedikit...naik teksi..hujan terus mencurah....kami tiba di zoo yang perjalananya hampir 20 minit dari Nanjing Road..tiket lebih kurang zoo di Malaysia sahaja 40 Yuen seorang...hujan mebataskan pergerakan kami di zoo..dengan payung ditangan..amatlah sukar untuk aku snap photo photo yang menarik dan banyak haiwan berada didalam kurungan mengelakkan diri dari hujan...Zana nak tengok Panda...berjalanlah kami meredah hujan menuju ke pusat panda... ada la sekor dua..tapi menatang ni tidoq pulak..lepas tengok panda kami patah balik la..dah basah lencun..ambik teksi pulang ke Pudong airport (hotel kami terletak bersebelah airport).teksi mahal hampir RM 90 (180 Yuen)...sampai di pudong..beli nasi goreng seafood dan piza vege...yang lain tak halal...Malam ni nk tengok Holland vs. Spain.....go Holland...aku tak sokong Spain ...coz bengang Spain kalahkan Germany...esok kami balik ke bandar WUXI...

Wednesday, July 7, 2010

Balik Kelantan / Kelate

Dua minggu yang sudah aku berkesempatan pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang / Kelantan / Kelate negeri asal kedua orang tuaku atas urusan keluarga . Di kesempatan itu aku menjengah seketika ke Pasar Siti Khadijah Kota Baharu Kelantan semantara menunggu waktu melawat untuk menziarahi ibu saudara di HUSM Kuban Kerian. Pertama kali memandu ke bandar Kota Baharu mencari Pasar tersebut agak sedikit sukar memandangkan kesesakan jalan diwaktu puncak "lunch hour" amat menyesakkan ditambah dengan pemandu pelancung "bapaku" yang kurang pasti hala yang nak dituju "katanya sudah 40 tahun dia tinggalkan Kota Baharu, mana nak ingat lagi jalan disitu". Aku gagahi untuk kesana demi mendapatkan sedikit buah tangan untuk isteriku yang awal awal lagi pesan untuk beli sesuatu bila ke kelantan. Papan tanda membantu aku sampai kesana walaupun hampir dua kali membuat pusingan mencari tempat letak kereta. Makanan tengah hari di Pasar Siti Khadijah sungguh menyelerakan ..hidangan udang dan sotong besar sungguh la sedap...harga...boleh la..nanti kalau ada kelapangan ingin sekali aku pulang ke sana lagi terutamanya Zana yang belum pernah menziarahi dan juga mengenali kaum keluarga kami dikelantan. BTW lusa aku akan ke china..bye


Friday, July 2, 2010

Dah Nak Balik Dah

Lantaran disebabkan oleh kesibukan yang amat sangat terutamanya untuk marking assgn student dan juga hal study aku , keghairahan untuk ke china jumaat ini tak aku rasakan. Memikirkan kelas ganti sebanyak 12 jam yang aku kena langsaikan membuakan aku kurang seronok. Mujur jugak Dean bagi pelepasan untuk tangguhkan kelas..kalau tak..jawabnya bapa mertuaku kena pergi sorang sorang la jumpa Anak dia kat sana..setahun sudah berlalu..cepat sahaja..research zana di jiangnan universiti dah abis.. 15hb ni baliklah dia...maka semuanya akan kembali kepada normal dan asal...aku takpayah basuh baju..kemas rumah sendiri lagi..ha haha..biar dia pulak uruskan rumahtangga..Trip kali ini mungkin kami ke shanghai dulu...zana dah bookingkan hotel disana..kemudian baru kami ke wuxi... aku - nak pg world expo..tp kata zana orang macam semut ramainya (zana dah pergi minggu lalu dengan rombongan universiti, tiket pun bayar murah ja)....bye

Sunday, June 20, 2010

Good Luck

Post ini di dedikasikan untuk isteriku Zana yang nk present research project nya kat Shanghai lusa. aku doakan semoga berjaya.. jangan ketaq sudah la..

Thursday, June 10, 2010

Want To Buy

Price affordable..around RM 450..try to get by this week..yahoo..

Thursday, May 27, 2010

Post Takda Title

Semester ini aku ditugaskan mengajar 3 subjek pada asalnya (Customer service - Cert in Business, Profesional & personal development & sociology of work - Degree). = 16 hrs seminggu. namun minggu lepas subject sociology ditutup lantaran bilangan pelajar yang mendaftar cuma 5 orang sahaja - requirement by academic office sekurang kurangnya ada 20 orang students. maknanya load aku sudah berkurangan dan tak perlu lagi peningkan kepala dengan nota dan assgn untuk subject tu..soo happy....masa luang agak banyak memandangkan aku hanya ada satu kelas setiap hari kecuali rabu ada 2 kelas...masa ni bolehlah digunakan untuk study aku yang tengah kelam kabut jugak buat masa sekarang....sekarang baru aku tahu betapa susahnya buat research kalau secara part time...dulu masa buat master walaupun part time modenya coursework..jadi tak terasa sangatlah peritnya....membuat research sendiri tanpa ada geng atau classmate memang sukar...semuanya bergantung pada diri sendiri...coz takda persaingan..dulu kalau kawan dah siap assgn...kita pun pakat buat jugalah bersungguh sungguh nak siapkan....ni sekarang....maleh jo...jumpa supervisor pun jarang-jarang sangat...rasanya macam nk berhenti korja dan fokuskan pada PHD aku...tapi apakan daya...zana pun masih belum habih phd nya...mana nak cari duit........BTW lebih kurang 40 hari sahaja lagi zana akan balik ke Malaysia...researchnya di china dah nak siap....setahun rupanya sekejap saja berlalu...lepas ni...aku pulak nak gi belajar jauh jauh tinggalkan dia pulak....biar padan muka dia...heh heh he....bye

Sunday, April 25, 2010

Vertical Grip


bought it for my canon..

Wednesday, April 14, 2010

Malas

Malas untuk berblog, sudah sebulan lebih tanpa sebarang post. Kurang kelapangan dikala ini, Tunggu lah semester abis dulu. Sekarang sibuk dengan musim exam, marking paper, exam board meeting. Aku juga sibuk menyiapkan 60 m/s proposal aku yang kalau boleh nk di hantar secepat mungkin..nanti kalau ada kelapangan cerita lg.. Good luck to my HRM 236 stdn - exam esok, pg baca nota ya.

Friday, February 19, 2010

D.I.Y




My new DIY tool....

From Sony to Canon






Bought it last week

Sunday, January 24, 2010

10 days and counting.....

Sepuluh hari lagi zana akan balik bercuti selama sebulan di malaysia setelah hampir 5 bulan di wuxi, china... sekejap sahaja masa berlalu..aku sudah tempah tiket balik ke kedah pada 5-7 hb pastu balik pahang pulak sempena CNY... bagus nanti ada orang nk tolong aku kemas rumah.....he he.

Gambar yang baru dikirimnya sebentar tadi

Sunday, December 27, 2009

Indoor Photo Shooting





Indoor shooting bagi menghilangkan kebosanan sewaktu hujan lebat di luar.