Wednesday, February 27, 2008

Nasi Kerabu


Pagi ni aku teringgin nak makan nasi kerabu tapi tak sempat la nak di cari jadikan sarapan, Takpa petang nanti ada pasar malam kat Sek. 7 boleh singgah beli sekejap. Ni adalah makanan yang paling aku suka tak kiralah makan waktu sarapan , lunch ke atau makan malam. Kalau makan hari hari pun takpa terutamanya bulan puasa. nasi kerabu dengan ikan goreng celup tepung, telur masin, solok lada dan keropok goreng buat perutku berkeroncong. Kalau balik rumah di kuantan pasti suruh Cik buatkan, memang sedap sampai menjilat jari. Ada satu tempat yang aku rasakan nasi kerabunya sedap di food court Alamanda putrajaya. Kalau sesiapa nak try boleh la kesana RM 8.00 sepinggan. Zana nak try belajar buat nasi kerabu, tunggula la macam mana rasanyanya nanti ye..

Monday, February 25, 2008

Mat Sabu bakal di tentang Nenek 89 Tahun

Antara semua kisah penamaan calon semalam aku tertarik dengan kisah ini berbanding dengan nasib Khairy di Rembau, Nurul Izzah lawan Sharizat di Pantai Dalam, Dato Mukhriz, anak Dato Chua Soi lLk, Isu Pas Menang tanpa bertanding, menatu Dato Zakaria dll. Kisah Nenek 89 Tahun yang bertanding atas tiket bebas di parlimen Kuala Terengganu. Nenek yang bakal menentang Naib President PAS , Mat Sabu dan juga penyandang kerusi sebelum ini Datuk Razali Ismail. Aku tak sabar menunggu keputusan pilihnraya nanti sebab nak tahu berapa undi yang akan di raih beliau. Nak harapkan kemenangan mungkin agak mustahil bagi seorang nenek (ini Malaysia bukan luar negara) tapi aku nak lihat ada atau tidak insan yang akan mengundinya. Tak kiralah undi kesian atau undi dari anau cucu cicitnya. Apa apa pun aku kagum dengan keyakinan dan semangatnya. Rasanya nenek ini lebih baik dari nenek yang pergi ujibakat rancangan realiti kan?

Thursday, February 14, 2008

Menjelang Piliharaya

Semalam parlimen dah dibubarkan selepas mendapat perkenan DYMM Yang Dipertuan Agung, hari ini tarikh hari raya akan diumumkan. Bahang pilihanraya mula hangat terasa. Banyak sekali gula-gula pilihanraya kerajaan. Saban hari ada sahaja bantuan, sumbangan, dana tambahan, umum itu, umum ini, projek baru, berita ahli pembangkang masuk umno, sapa calon yang akan naik, sapa muka lama yang akan ditendang, sape yang kekal di ADUN, sape yang kan ke parlimen dan macam macam lagi. Ada juga kiriman SMS suruh undi pembangkang dan sebagainya. Perang poster dah rancak kalu di Terengganu, Di Shah Alam belum lagi pastinya sehari dua selepas tarikh pilihanraya di umum dan kempen pilihanraya bermula kita dapat lihat bersepah sepahlah poster di merata tempat sampai ke pintu tandas awam pun ada yang menampal. Semalam Pak Lah umum juga bahawa perbelanjaan pilihanraya 2008 jauh lebih tinggi dari pilihanraya sebelumnya. ini maknanya banyak lagi la duit kerajaan yang akan terbang, takpa kerajaan kita kan kaya raya. SPR dah siap sedia dengan daftar pemilih dan juga kotak lut sinar untuk menunjukkan ketelusanya setelus cahaya yang akan masuk menerobos kedalam kotak undi lut sinar itu.

Pak Lah yakin takda masalah nak capai 2/3 majoriti dalam pilihanraya ke 12 ni. Akhbar pagi ni ada laporkan Haji Hadi sedia nak cabar Pak Lah di Kepala Batas. Kalau benar perkara ini terjadi maka kita akan dapat saksiakan pertembungan dua muka besar antara presiden PAS dengan PM kita. Dr Lim Kim Yik pulak berundur diri dari kerusi parlimen selepas 36 tahun di kerusi parlimen. Apa apa pun kali ni aku akan pastikan untuk tunai tanggungjawab menjadi pengundi buat pertama kali. sapa aku nak undi.....biarlah rahsiaaaaa. :-)

Thursday, February 7, 2008

Cuti = Assgn

Hari ni dah masuk hari kedua aku cuti, aku tak kemana kali ini walaupun hampir 5 hari cuti CNY, mulanya rancang pulang ke Kedah namun memandang bapa mertuaku akan kemari tak lama lagi maka rancangan di batalkan. Aku gunakan cuti ni untuk pulun siapakan assgn yang masih lagi banyak, forum pun ada yang tak berjawab lagi. Sesuai juga lepak dirumah sambil menghabiskan masa siapkan kerja ni...bye

Tuesday, February 5, 2008

ICSJ Chinese New Year Celebration

Merah sungguh aku di bahang terik mentari

Aku copy je macam melukis, bukan menulis

Student pening tenggok hasil kerja aku

Jeng jeng, inilah dia, maknanya aku tak tahu apa

Nak sambut Tahun Baru Cina, kehangatan di Kolej bertambahlah . Maklumlah lebih 50% pelajar dan staf disini cina. Semalam aku turut serta memberi sokongan menjayakan aktiviti pelajar. Ramai ramai pakai baju warna merah. Terpaksalah aku korek kembali kotak baju lama aku cari baju kemeja merah yang dah setahun lebih tak pakai, mujur tak di gigit lipas lagi. Sempat juga aku belajar tulis caligraph cina semalam, aku tak tahu maksaud dia, bila officemate aku paksa aku tulis je. Student aku kata macam tulisan budak darjah satu he he he, nak tulis cina konon aku ni tulis jawi pun tak pandai, takpa la saje nak seronok dengan student. Penyanyi Karen Kong yang buat album melayu pun ada juga datang buat persembahan.

Happy CNY 2008


"Happy Chinese New Year to all my friends and students, Wishing you and your loves ones a safe and prosperous year 2008"

Monday, February 4, 2008

Castrate Emong


Aku terpaksa buat keputusan untuk castrate emong, memandangkan umurnya dah mencecah 2 tahun, mulanya aku kesian juga nanti emong tak berzuriat tapi bila aku rujuk kepada vet dan beberapa pandangan dari segi hukum, ini adalah jalan terbaik. Sabtu yang lepas aku hantar emong ke Vet di Sek 13 Shah Alam. RM 70 agak murah bayaran yang dikenakan, kurang sejam dah siap tapi sebelum itu emong terpaksa di puasakan selama 6 jam. Semuanya dah selamat cuma selepas operation emong ambil masa sehingga 12 Jam untuk sedar balik. Semalam dia dah happy, cuma bertambah manja mungkin sifat kejantananya sudah hilang.

Sunday, February 3, 2008

Hip Hop In The House Again

Eri with Point Blanc
Syko Breakerz Crew
Monkey action
Zana pun minat hip hop
2 minggu lalu aku bawa anak buah aku dari Kuantan ke PWTC bertanding Youth Malaysia 2008 Street Dance Challenge. Eri bawak 2 orang lagi kawan kawan Psyko Breakerz Crew ambil bahagian. Seronok juga aku melihat keletah budak budak hip hop / bboz yang bertanding ada macam gaya dan rupa bentuk tarian yang dipersembahkan untuk menarik perhatian juri juri. Walaupun tak menang bagus untuk Eri ambil pengalaman dalam pertandingan besar seperti itu

Friday, February 1, 2008

Cuti Cuti

Family at Kuantan Airport
Kuantan Airport
Benteng di Kuantan
Idin dgn kawan baru di Tmn Teruntum
Idin & Hakim di Teluk Cempedak
Sempat main layang - layang dgn Hakimi di Sg Isap
Funny, after 5 bulan sign ke kenduri kawin aku masih ada lagi
Semua muka happy tunggu ikan bakar
aku je muka lapar

He he he lama sungguh aku tak taipkan sesuatu kat blog ni. Hari tu sibuk dengan cuti ke Kuantan, kat kampung takda internet so tak boleh nak online. Seronok habiskan masa cuti lima hari kat kampung. Banyak aktiviti yang di buat di samping melayan kunjungan saudara mara jua yang bertandang menziarahi CIk & Ayah aku.

Best, dapat jubah lagi dari Mekah, bukannya nak pakai sangat tapi seronok dapat.Sempat aku ke Teluk Cempedak dan juga Taman Teruntum bawak anak buah aku nak tengok monyet katanya. Zaman aku kecil dulu tempat ni glamor la jadi tempat keluarga bawa anak anak bersantai di hujung minggu. Teluk Cempedak taklah menarik sangat kalau dibandingkan dengan pantai-pantai lain seperti di Terengganu.

Pulang ke kampung maknanya makan aku bertambah la, ketat seluar dibuatnya. tak sudah dengan laksa dan nasi kerabu, rombongan kami sekeluarga hampir 30 orang ke medan ikan bakar Tanjung Lumpur 2 malam berturut buat aku terus sendat. Sedapnya pertama kali makan ikan siakap bakar di sumbat petai. Biasa la dalam keluarga akulah yang di consider paling besar dan pastinya aku jadi tukang perabih dan lincinkan semua lauk pauk yang ada, orang lain dah abis makan aku masih meratah kepala ikan yang lazat.

Kuantan kebetulan minggu lalu hujan jadi tak jauh sangat la kami berjalan. 5 hari rasanya tak cukup kalau boleh nak cuti lagi sampai sebulan duduk kat rumah sambil hari hari makan masakan cik yang lazat. Keletah anak buah yang ramai dan pelbagai ragam kebuasan mereka buat aku terhibur sepanjang dirumah. Anak aku sendiri entah la bila lagi..... :-)

Tuesday, January 22, 2008

Motivation Talk Photo

Pelajar perempuan memang khusyuk mendengar
Yang lelaki mengantuk je mukanya

Promote INTI dulu
Mr Ang - explain about INTI scholarship

He he . Beberapa hari tak post sebarang cerita ke blog ni, ada sedikit kekangan masa yang tak dapat di elakkan. Mujurlah pagi ni bos aku takda kat opis so bolehlah taipkan something kat blog ni. Nak sambung cerita pasal motivation talk yang aku pergi kat raub baru baru ni, lokasinya Sekolah Menengah Datuk Shahbandar Hussin, sekolah dikawasan luar bandar sedikit. Baik sekali sambutan dari guru-gurunya, tak sama dengan sekolah sekolah di KL yang selalunya sambutan dingin, konklusi aku mudah orang luar bandar masih tinggi budinya, pandai hargai orang dan hormat orang. Pelajar yang terlibat dalam program hari tersebut pun baik juga. Rajin mendengar setiap tutur kata yang aku dan Mr Ang sampaikan. Semoga sedikit ilmu yang di sampaikan mampu bantu mereka tingkatkan prestasi pembelajaran mereka. OTW pulang ke Kl Mr Ng belanja roti canai & kari yang terkenal di raub, best jugak.

Thursday, January 17, 2008

Motivation Talk Again - Study Skills

Esok aku akan ke Raub Pahang, ada undangan untuk buat motivation talk lagi, tajuk mudah je "Study Skill". Slide presentation dah siap dan esok kena prepare baik-baik maklumlah pelajar-pelajar semuanya cina. Takut juga mereka tak beri tumpuan, penat aje nanti aku merapu sejam kat depan.

Tuesday, January 15, 2008

Emong - Tidur

he he he, new port la
lets try la
ok la, better than cage
half sleep already
zzzzzz.....
Now, my book shelf become the most comfortable port for emong to lepak every nite. Ok la janji he not making noise anymore.

Sunday, January 13, 2008

Hujung Minggu

Semalam aku mula kelas pertama bagi semester ini, nazaknya dari pukul 9.00 pagi hingga 7.30 malam. 3 subject maka bertimbunlah kerja dan juga tugasan yang telah di amanahkan untuk kami semua siapkan dan bentangkan dalam seminar yang akan datang bulan depan. Seronok juga dah mula semester baru, makna nya ada satu lagi semester untuk di tamatkan, ada juga yang sedihnya bila seorang rakan sekelas tak dapat teruskan pengajian atas sebab sebab tertentu maka semakin kuranglah ahli kelas kami. Selepas kelas aku dan zana terus ke Sungai Buloh, walaupun penat sangat namun aku tetap gagahi diri bawak kereta meredah Guthrie Highway, nak ziarah Abang Lan yang baru pulang dari tanah suci mekah. Aku dapat jubah, tasbih, minyak wangi, Al - Quran, sejadah dan Zana dapat kain tudung, He hehe TQ. Tak sabar nak tunggu Cik dan Ayah aku pulang dari tanah suci, rindu rasanya dengan mereka berdua.

Tadi kami berdua pergi beli digital kamera baru, he he he seronoknya , maklumlah dah hampir 5 bulan kemera aku hilang baru kini mampu di ganti. Aku beli Canon jugak model yang sama dengan yang hilang dulu. Aku janji lepas ini akan aku serikan lagi blog ini dengan pelbagai gambar yang menarik. Petang tadi juga kami dapat satu rak TV yang baru, cantik dan murah berbaloi la nak di beli. Proses modifikasi ruang tamu rumah bertambah meriah la. he he he.

Tadi aku tengok buletin utama, tahniah buat beberapa orang pengasas Akademi Debat yang jadi peguam mewakili peneroka di kelantan, bila mereka menang tuntutan kes saman melawan FELDA. Keep up a good work . Aku anak peneroka jadi any isu tentang peneroka ni aku suka ambil perhati.

Thursday, January 10, 2008

Kenya terus bergolak

Pertempuran antara puak Pro kerajaan dan Pro Pembangkang

Pertelingkahan antara Presiden Kenya, Mwai Kibaki dan pemimpin pembangkang, Raila Odinga telah masuk hari kesepuluh, keganasan sejak 10 hari lalu telah menyebabkan hampir 600 orang terbunuh dan 250,000 penduduk menjadi pelarian. Aku terkenangkan sahabat aku Robert Omole warga kenya yang baru sahaja pulang ke negaranya selepas hampir 6 tahun di Malaysia. Apa cerita beliau disana selamatkah beliau, sesekali teringat ketika sesama ke pasar malam dan menyantap sup sayur di restoran thai di nilai. Aku doakan semoga beliau selamat.

Di Mana Sharlinie


Kini genap 34 jam sudah Sharlinie hilang, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Mari sama kita doakan agar adik Sharlinie segera di temui, kita tidak mahu ada mangsa seterusnya selepas allahyarham nurin.

Wednesday, January 9, 2008

Awal Muharram 1429 Hijrah

Buat semua umat islam, selamat menyambut ketibaan awal muharram, semoga setahun hijrah yang akan datang terus kita penuhi dengan usaha dan tekad agar kita terus melakar kejayaan dan kemenangan.

Tuesday, January 8, 2008

Senjakala

Aku baru sahaja selesai menghabiskan buku ini. Buku lama yang ku jumpa di rumah bapa mertuaku sewaktu pulang beraya tempoh hari. "Sejakala" karya Baharuddin Kahar terbitan tahun 1987, lama dah mungkin ada sesetengah anda tak lahir lagi. Sedikit ulasan, "Senjakala" adalah catatan kisah kegigihan seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih seratus hari demi mendapatkan sedikit daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Garapan menarik penulis tentang kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan. Tidak lupa jua penulis menyentuh tentang hubungan manusia dengan tuhannya, alam dan sesama manusia. Bagus sekali, kalau sesiapa yang rajin selongkar almari lama dirumah mungkin akan terjumpa novel atau buku buku lama yang pastinya menarik untuk kita jadikan bahan santapan minda.

Monday, January 7, 2008

Agungnya Ciptaan Yang Maha Esa




Agungnya ciptaan ALLAH mencipta pelbagai bentuk dan rupa. Gambar ikan ini di rakamkan oleh Sarah sewaktu kami berempat berkunjung ke Aquarium Shah Alam. Ikan Kelisa yang bercantum di perut buat kami semua teruja. Ikan kembar siam, walaupun pasangan kembarnya yang di bawah agak pasif namun kedua duanya kelihatan sihat. Tokey kedai tak jual ikan ini, just for display, mungkin memikirkan ikan ini istimewa dan susah dicari agaknya.

Saturday, January 5, 2008

Emong

beware of my laser eye
malu - malu kucing
Ngantuk la... zzzzzz...
lapar....
hai ....haiiii

Sekarang ni emong amat susah nak berenggang dengan kami terutamanya waktu malam, kalu kami tidur dalam bilik pasti dia nak ikut sekali, kalau di luar pun ikut tidur diluar juga, dah jadi macam anak kecil. Kalau tak bagi masuk bilik akan bising sepanjang malam.

Friday, January 4, 2008

Bila Semester Baru Bermula

Bila semester baru bermula maka bertambahlah kerja aku, bahang kesibukan dah mula terasa, sibuk dengan budak budak yang tak tahu diam dari buat aktiviti pelajar. Satu budaya yang aku lihat di sini tak sama dengan tempat kita belajar dulu. Bila nak menjalankan aktiviti, pelajar akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan tajaan pihak luar, subsidi yang diberikan oleh kolej sedikit sangat. Maka mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkanya, gagal mendapatkan tajaan maknanya kuranglah aktiviti yang mampu di jalankan. Lain sewaktu kita di IPTA duit banyak di salurkan oleh HEP, pengalaman aku sendiri buat kertas kerja dan hantar ke HEP, kemudian akan dipanggil untuk membentangkan kertas kerja di hadapan TNC HEP maka kebarangkalian untuk di tolak sedikit sekali terutamanya kelab kelab anak emas yang UiTM yang aktif dan banyak menharumkan nama universiti. tak perlu aku sebut kelab apa. Tapi sekarang sistemnya di HEP tak tahulah macam mana. Apa yang cuba aku jelaskan, kebanyakan pelajar di sini terutamanya bangsa cina amatlah rajin dan tekun dalam berusaha menjalankan aktiviti berpersatuan, kurang bergaduh dan berpecah dalam persatuan, tak tikam belakang, berpuak puak dalam persatuan dan sebagainya. Bukan aku merendah bangsa sendiri tapi ini lazimnya kenyataan sewaktu aku belajar dulu dan buktinya disini persatuan pelajar melayu sudah lingkup entah kemana. Sebut semester baru kelas aku akan mula 12 haribulan ni

Wednesday, January 2, 2008

UiTM Postgrad Society Family Day

cheh. ingat kuat sangat la nak lawan team aku
Geng aku semuanya kurus cekeding, aku sorang je besar
Tak ramai yang datang
2 Budak tak cukup umur
Bowling padang guna botol air dan buah kelapa
aku kena jadi MC pulak
Acara yang membuatkan urat peha aku tegang seminggu
Tukang jaga garisan je
Juara makan tembikai, selayaknya jadi milik aku
kami jua juara tarik tali
Sedikit gambar sewaktu sambutan hari keluarga UiTM Postgrad society, aku pada mulanya hanya ikut zana tapi akhirnya terlibat sekali. Seronok juga seharian jadi budak budak berpanas dan berpeluh di padang kolej seroja. Cuma ramai yang mengeluh penglibatan ahli persatuan kurang sangat. Aku harap dalam aktiviti-aktiviti persatuan di masa yang akan datang akan lebih mendapat sambutan.