Sunday, July 11, 2010

From Shanghai

Post dari Shanghai...hari ini amatlah penat, lenguh kelmarin berjalan hampir 6 jam dan entah berapa kilometer di Shangahai World Expo masih lagi belum hilang ( di sebapkan kepenatan jugalah aku tidak sempat melihat perlawanan diantara Urugway vs Germany semalam)..nanti post mengenai world expo akan aku utuskan ke blog ini. Pagi ini bangkit seawal mungkin untuk ke Nanjing Road & juga Zoo Shanghai. Dengan taksi kami ke Nanjing Road..ala ala Petaling Street tapi di sini lebih panjang dan luas, kedai kedai dengan reka bentuk tradisional dan warna warni tanglung digantung sepanjang jalan menarik hati..Kami bersarapan mee sup disebuah restoran muslim..boleh la..10 Yuen semangkuk (RM 5). Cuaca kurang menyebelahi kami pabila gerimis kemudian diikuti dengan hujan renyai renyai yang berterusan..kami ambil keputusan untuk membeli belah didalam pasaraya sahaja..sempat juga kami membeli cenderahati dikedai kedai sepanjang jalan...pada ketika ini...barang barang cenderahati sempena World Expo amat popular sekali...semalam ketika di World Expo aku hanya beli sekor je maskot...hari ni boleh le beli banyak sikit untuk student kesayangan aku...selesai di Nanjing Road kami meredah hujan renyai untuk mendapatkan teksi ke zoo...aku mula risaukan kamera ku yang terdedah kepada hujan...tidak lah sukar untuk medapatkan teksi namun kena berebut sedikit...naik teksi..hujan terus mencurah....kami tiba di zoo yang perjalananya hampir 20 minit dari Nanjing Road..tiket lebih kurang zoo di Malaysia sahaja 40 Yuen seorang...hujan mebataskan pergerakan kami di zoo..dengan payung ditangan..amatlah sukar untuk aku snap photo photo yang menarik dan banyak haiwan berada didalam kurungan mengelakkan diri dari hujan...Zana nak tengok Panda...berjalanlah kami meredah hujan menuju ke pusat panda... ada la sekor dua..tapi menatang ni tidoq pulak..lepas tengok panda kami patah balik la..dah basah lencun..ambik teksi pulang ke Pudong airport (hotel kami terletak bersebelah airport).teksi mahal hampir RM 90 (180 Yuen)...sampai di pudong..beli nasi goreng seafood dan piza vege...yang lain tak halal...Malam ni nk tengok Holland vs. Spain.....go Holland...aku tak sokong Spain ...coz bengang Spain kalahkan Germany...esok kami balik ke bandar WUXI...

Wednesday, July 7, 2010

Balik Kelantan / Kelate

Dua minggu yang sudah aku berkesempatan pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang / Kelantan / Kelate negeri asal kedua orang tuaku atas urusan keluarga . Di kesempatan itu aku menjengah seketika ke Pasar Siti Khadijah Kota Baharu Kelantan semantara menunggu waktu melawat untuk menziarahi ibu saudara di HUSM Kuban Kerian. Pertama kali memandu ke bandar Kota Baharu mencari Pasar tersebut agak sedikit sukar memandangkan kesesakan jalan diwaktu puncak "lunch hour" amat menyesakkan ditambah dengan pemandu pelancung "bapaku" yang kurang pasti hala yang nak dituju "katanya sudah 40 tahun dia tinggalkan Kota Baharu, mana nak ingat lagi jalan disitu". Aku gagahi untuk kesana demi mendapatkan sedikit buah tangan untuk isteriku yang awal awal lagi pesan untuk beli sesuatu bila ke kelantan. Papan tanda membantu aku sampai kesana walaupun hampir dua kali membuat pusingan mencari tempat letak kereta. Makanan tengah hari di Pasar Siti Khadijah sungguh menyelerakan ..hidangan udang dan sotong besar sungguh la sedap...harga...boleh la..nanti kalau ada kelapangan ingin sekali aku pulang ke sana lagi terutamanya Zana yang belum pernah menziarahi dan juga mengenali kaum keluarga kami dikelantan. BTW lusa aku akan ke china..bye


Friday, July 2, 2010

Dah Nak Balik Dah

Lantaran disebabkan oleh kesibukan yang amat sangat terutamanya untuk marking assgn student dan juga hal study aku , keghairahan untuk ke china jumaat ini tak aku rasakan. Memikirkan kelas ganti sebanyak 12 jam yang aku kena langsaikan membuakan aku kurang seronok. Mujur jugak Dean bagi pelepasan untuk tangguhkan kelas..kalau tak..jawabnya bapa mertuaku kena pergi sorang sorang la jumpa Anak dia kat sana..setahun sudah berlalu..cepat sahaja..research zana di jiangnan universiti dah abis.. 15hb ni baliklah dia...maka semuanya akan kembali kepada normal dan asal...aku takpayah basuh baju..kemas rumah sendiri lagi..ha haha..biar dia pulak uruskan rumahtangga..Trip kali ini mungkin kami ke shanghai dulu...zana dah bookingkan hotel disana..kemudian baru kami ke wuxi... aku - nak pg world expo..tp kata zana orang macam semut ramainya (zana dah pergi minggu lalu dengan rombongan universiti, tiket pun bayar murah ja)....bye

Sunday, June 20, 2010

Good Luck

Post ini di dedikasikan untuk isteriku Zana yang nk present research project nya kat Shanghai lusa. aku doakan semoga berjaya.. jangan ketaq sudah la..

Thursday, June 10, 2010

Want To Buy

Price affordable..around RM 450..try to get by this week..yahoo..

Thursday, May 27, 2010

Post Takda Title

Semester ini aku ditugaskan mengajar 3 subjek pada asalnya (Customer service - Cert in Business, Profesional & personal development & sociology of work - Degree). = 16 hrs seminggu. namun minggu lepas subject sociology ditutup lantaran bilangan pelajar yang mendaftar cuma 5 orang sahaja - requirement by academic office sekurang kurangnya ada 20 orang students. maknanya load aku sudah berkurangan dan tak perlu lagi peningkan kepala dengan nota dan assgn untuk subject tu..soo happy....masa luang agak banyak memandangkan aku hanya ada satu kelas setiap hari kecuali rabu ada 2 kelas...masa ni bolehlah digunakan untuk study aku yang tengah kelam kabut jugak buat masa sekarang....sekarang baru aku tahu betapa susahnya buat research kalau secara part time...dulu masa buat master walaupun part time modenya coursework..jadi tak terasa sangatlah peritnya....membuat research sendiri tanpa ada geng atau classmate memang sukar...semuanya bergantung pada diri sendiri...coz takda persaingan..dulu kalau kawan dah siap assgn...kita pun pakat buat jugalah bersungguh sungguh nak siapkan....ni sekarang....maleh jo...jumpa supervisor pun jarang-jarang sangat...rasanya macam nk berhenti korja dan fokuskan pada PHD aku...tapi apakan daya...zana pun masih belum habih phd nya...mana nak cari duit........BTW lebih kurang 40 hari sahaja lagi zana akan balik ke Malaysia...researchnya di china dah nak siap....setahun rupanya sekejap saja berlalu...lepas ni...aku pulak nak gi belajar jauh jauh tinggalkan dia pulak....biar padan muka dia...heh heh he....bye

Sunday, April 25, 2010

Vertical Grip


bought it for my canon..

Wednesday, April 14, 2010

Malas

Malas untuk berblog, sudah sebulan lebih tanpa sebarang post. Kurang kelapangan dikala ini, Tunggu lah semester abis dulu. Sekarang sibuk dengan musim exam, marking paper, exam board meeting. Aku juga sibuk menyiapkan 60 m/s proposal aku yang kalau boleh nk di hantar secepat mungkin..nanti kalau ada kelapangan cerita lg.. Good luck to my HRM 236 stdn - exam esok, pg baca nota ya.

Friday, February 19, 2010

D.I.Y




My new DIY tool....

From Sony to Canon






Bought it last week

Sunday, January 24, 2010

10 days and counting.....

Sepuluh hari lagi zana akan balik bercuti selama sebulan di malaysia setelah hampir 5 bulan di wuxi, china... sekejap sahaja masa berlalu..aku sudah tempah tiket balik ke kedah pada 5-7 hb pastu balik pahang pulak sempena CNY... bagus nanti ada orang nk tolong aku kemas rumah.....he he.

Gambar yang baru dikirimnya sebentar tadi

Sunday, December 27, 2009

Indoor Photo Shooting





Indoor shooting bagi menghilangkan kebosanan sewaktu hujan lebat di luar.

Wednesday, December 23, 2009

I want this


Sony 50mm f1.4

Tuesday, December 22, 2009

Senja





Gambar ni guna kit lens ja...

Thursday, December 17, 2009

updatessss

Hai, hampir sebulan lebih tidak berblog..asik Facebook sahaja.. tidak ada apa apa yang menarik sepanjang bulan lepas. selepas pulang dari china tempoh hari..kerja seharian hanyalah menyiapkan notes untuk sem hadapan...memandangkan aku kena mengajar 2 subject baru ( Sociology of Work) dan (Business Simulation) satu lagi subject lama (Customer service)... soalan exam dah siap dah cuma ada sedikit lagi nak direformat kan. Aku dah pun mendaftar Sem kedua Phd aku...banyak lagi kerja nak disiapkan dalam seminggu ni terutamanya literiture review yang memeningkan aku nih...bila nak mula pun tak tahu lagi... aktiviti dirumah bertambah dengan menjaga puluhan pasu pokok cactus dan bunga yang di bawa dari kampung...hidup bujang menghadkan aktiviti berjalan aku kesana sini..maklumlah aku tidak suka berpeleseran keluar kalau tidak berteman...cuma baru baru ini keluar ke OU dengan Meng & Sarah tengok new moon...itu ja la...Awal bulan 2 ni Zana akan pulang ke malaysia...cuti sebulan sempena Chinese New Year...baguslah...at least ada orang nak tolong aku menguruskan rumah ni sikit.......

Thursday, November 12, 2009

REHAT = REST

Alhamdulillah semuanya sudah berjaya dibereskan sehingga pagi tadi, exam board meeting untuk students conventry university sudah selesai..esok sahaja yang tinggal untuk aku serahkan semua coursework student kepada programme officer. inilah masanya untuk berehat, malam esok..aku akan ke China lagi...untuk melawat isteriku yang sudah hampir dua bulan setengah di sana...sengaja aku tempah flight awal pagi (1.00am) supaya aku tiba di Shanghai airport dalam pukul 7.00 memudahkan kan aku untuk mendapatkan bus ke bandar wuxi...kali ini aku kesana lebih seminggu..memandangkan semua lecturer dapat semester leave 5 hari setiap seorang. Kami merangcang untuk ke beijing pada mulanya..tapi mungkin dibatalkan lantaran faktor cuaca (winterdan mula) dan juga masa yang perlu diambil hampir 12 jam dari bandar wuxi untuk kesana menggunakan tren...takpa la janji dapat kesana bertemu dengan Zana itu yang lebih penting. Beg aku akan penuh dengan majalah yang dipesannya..maklumlah untuk dapat majalah berbahasa inggeris agak sukar..takpa la aku bawakan....

Monday, October 26, 2009

Updates

Hampir sebulan tanpa sebarang post ke blog ini disebapkan terlalu banyak urusan.

1. Alhamdullilah kelas aku untuk semester ini sudah habis. Dua subject (Customer Services & Information Management for Organization) tidaklah terlalu sukar. Hujung minggu ni student akan mula exam. sekarang aku tengah marking assgn & coursework mereka.

2. Pindah rumah pun sudah selesai semuanya. Aku kesunyian di rumah baru. Jiran sebelah menyebelah pun belum ada lagi. So takda kawan untuk diajak berborak. Ramai lagi yang masih belum berpindah. Cuma sekarang jauh sedikit dari tempat kerja, kena turun awal sedikit untuk elak kesesakan.

3. Study aku kurang progress sikit, minggu lepas jumpa Dr. Laili, sekali lagi kami membuat keputusan tajuk aku perlu di ubah kerana tajuk yang dicadangkan sebelum ini agak luas dah tidak fokus. So sekali lagi aku akan terpaksa memerah fikiran ini untuk tajuk baru. Aku dah mula nervous ni..sem satu dah nak abis..

4. China: Insyaallah kurang 3 minggu lagi aku akan ke China sekali lagi, kali ini lebih lama, akan akau habiskan cuti semester bersama zana disana. Zana dah merangcang untuk bawa aku berjalan disana. Aku ikut ja..

5. Nampaknya sem depan aku kena mengajar 3 Subjek, 1 subjek lama, 2 subjek baru, pening ni nak siapkan lecture notes..kena mintak ihsan senior lecturer manalah tahu diaorang pernah ajar subjek ni dulu...

bye

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI

Selamat menyambut aidilfitri buat semua sahabat dan taulan. Maaf zahir dan batin atas segala kesilapan jua kesalahan.

Friday, August 28, 2009

Esok

Akhirnya semua urusan sudah berjaya diselesaikan, pagi esok kami akan berangkat ke China…..

Sunday, August 23, 2009

Sendiri


Kurang seminggu dari sekarang Zana akan berangkat ke China setelah menerima anugerah biasiswa UNESCO China Great Wall Fellowship untuk reserch project selama setahun di Jiangnan University Wuxi, China. Keputusan yang berat baginya untuk kesana memandangkan terpaksa meninggalkan aku, namun peluang sebegini hanya sekali seumur hidup. Sukar aku membayangkan bagaimana aku hendak menguruskan segalanya seorang diri disini lebih lebih lagi kepergiannya dalam bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelang tiba. Aku terpaksa cuba mengadaptasikan kembali rutin hidup bujang aku, menyiapkan pakai dan minum seorang diri. Kesunyian yang pasti menyinap dalam diri akan aku penuhi dengan menyibukkan diri menyiapkan reserch proposal phd aku, lagipun tajuk research pun sudah confirm.....Sabtu ini zana akan berangkat...aku hanya kesana menemaninya barang sehari dua...cuti takda..lecture dah nak start....semester baru dah bermula....

Ulangtahun Ke-2

Tanpa disedari kami berdua terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami lantaran kesibukan yang tidak boleh dielak. Biarpun sehari terlewat, sambutan ringkas sudah cukup buat kami berdua. Doakan kami terus kekal hingga ke ahir hayat.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan

Selamat menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak, Selamat menjalankan ibadah puasa buat semua rakan dan taulan.

Thursday, August 6, 2009

Home sweet home






Dah dapat kunci rumah, CF pun dah ok, so aku akan siapkan dan pasang apa yang patut sebelum berpindah.

Sunday, July 26, 2009

Kerja

Confirmed aku akan meninggalkan kerja aku di student affairs office dan transfer sebagai lecturer sepenuh masa di school of business, selepas hampir sebulan dengan pelbagai masalah dan cerita akhirnya aku di tawarkan untuk bertukar department. Alhamdulillah semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Thursday, July 23, 2009

INTIBALL 2009

Committees
Hunks
Best Dress F & M
Best Charity Project 2009 - Stact Club
Felicia - Band Perfomance
Finalist - Best dress
U-Tee and Gang
PoG & Fred
Xin & Nat
Celine & PoG

Tuesday, July 14, 2009

Study

Selepas mengikuti kelas PHD research method last saturday, aku semakin bermotivasi untuk memulakan gerak langkah untuk 3 tahun mendatang, kelas khusus untuk pelajar PHD ini cukup baik sekali dengan syarahan dari PM Dr. Gurnam di tambah dengan kehadiran salah seorang pelajar PHD beliau yang kini berada di tahun akhir program PHD nya. Pelajar tersebut telah berkongsi banyak sekali maklumat dah kaedah dalam menyediakan research proposal dan data collection, seronok sekali kami mendengar pelbagai pengalaman beliau. This saturday aku tak sabar untuk ke kelas lagi kerna minggu ni bakal membincangkan tentang hypothesis study. salute kepada semua classmates aku yang 70% daripadanya aku kira 4o tahun ke atas, so aku masih di kategorikan pelajar muda dalam kelas.

Sunday, July 12, 2009

its Me




Gambar aku sedang mengambil gambar dalam beberapa aktiviti di kolej, Gambar oleh azian(Tq)

Friday, July 10, 2009

Hai

Lama sudah hampir sebulan dah tak poskan sebarang entry ke blog ni. Dalam tempoh sebulan ni ada beberapa perkara yang amat memenatkan kepala aku, dengan isu kerja, keluarga jua study. Aku baru sahaja mendaftar PHD aku 20hb yang lalu, sampai hari ini masih belum sempat berjumpa dengan bakal supervisor aku apatah lagi berbincang menganai research yang akan di buat. 26hb lalu ibu saudaraku kembali kerahmatullah, tamparan hebat jua buat aku memandangkan aku tidak sempat pulang ke kampung sewaktu dia sakit, semoga rohnya dicucuri rahmat. aku jua masih menunggu CF rumah baru aku yang sudah delay, susahnya tak boleh nak buat apa apa selagi CF tak keluar, aku harap sangat hujung bulan ni semuanya dapat settle. Lecture aku pun dah nak habis dah, ada sedikit lagi, pasti ni aku akan buat revision untuk student aku, Sem depan tak tahu lagilah macam mana nasib aku. Tunggu sajalah. Esok aku nak pergi seminar reserch method yang di organize oleh IPSIS UiTM untuk pelajar research Master & PHD.... bye...btw aku dapat baby baru ....new HP mini laptop yang cukup comel + Nike running shoes ( tq to my beloved wife)

Thursday, June 11, 2009

I-SAW Promo Week

Kitten from SPCA for adoption

Felicia + Kitty
Me + Kitty
I-SAW Committee at selling booth
Anjing yg hyper active
During the ceremony

Staff from ICT office


Fel with I-SAW t -shirt

Logo I-SAW

T-Shirt i bought from SPCA booth ...meow.. meow


Some photos from I-SAW (INTI Society for Animal Welfare) promo week and awareness campaign from SPCA. Congratulation to Charles & Felicia & team.

Tuesday, June 9, 2009

Selatan Thailand

Sebak, takkala menatap berita betapa kejamnya rakan seislam di Selatan Thailand di bunuh, ditembak ketika mereka sedang khusyuk sujud kepada ilahi ketika menunaikan solat isyak di dalam masjid semalam. Kejadian yang disifatkan paling buruk pernah berlaku di Narathiwat cukup menyedarkan aku betapa bertuahnya bumiku ini, bebas dengan apa sahaja tanpa perlu takut dan curiga. Al Fatihah buat mereka...Ya Allah selamatkan saudara seislam ku di sana, jauhkan mereka dari manusia bertopengkan syaitan.

Teratak


Akhirnya selepas sebulan lewat, teratak kecilku sudah siap.Mula buat perancangan dan persiapan nak berpindah yang ku jangkakan sebulan dua lagi. Banyak nak di settlekan dulu. Sabtu lalu berkesempatan menjengah kesana, tapi hanya dihalaman sebab kunci esok baru boleh ambil.Takpa la tengok dari luar saja dah cukup puas hati.

SICK

On MC today, sick...already cancelled my class.Dear student's...dont miss me ok.

Friday, May 29, 2009

Debat Merdeka Komuniti Bestari 2009

Khabarnya tahun ini Debat Merdeka Komuniti Bestari tak akan diadakan, ntahla kenapa.

KONVO

Rakan Sekelas - Msc. Information Management

Thursday, May 21, 2009

Flying Fox








At Shah Alam X-treme Park with My Sony A200 + Sigma DG 70 - 300