Thursday, August 30, 2007

Majlis Menyambut Menantu - 25/8/2007




50 Tahun Negaraku Gagah Gemilang -Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara

Lama sudah, hampir seminggu aku tidak mencoretkan apa-apa ke ruang blog ini, maaflah masih terlalu sibuk dengan majlis kenduri dan kerja-kerja pejabat yang terpaksa dibereskan sementelah cuti yang agak panjang. Masih belum lagi sempat aku ceritakan tentang majlis perkahwinan aku, cuma dalam entri ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan negara. Bumi yang bertuah ini sudah 50 tahun merdeka. Mari kita panjatkan doa agar tanah tercinta ini akan terus aman makmur, akan jadi milik bangsa kita selamanya, satu-satunya warisan yang akan kita berikan kepada generasi cucu cicit kita nanti. "Selamat ulang tahun kemerdekaan Malaysia". Malam ini aku akan terlibat dengan perarakan kereta berhias sempena kemerdekaan di bandar Seremban dan yang paling syoknya aku akan mengepalai pasukan INTI untuk melaungkan kalimah keramar MERDEKA di hadapan tetamu-tetamu kehormat dan yang pastinya malam ini pasti cukup memenatkan...