Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Thursday, January 1, 2009

50 Facts That Should Change the World


Semalam jalan-jalan di MPH, tertarik dengan buku ni, lagipun baucer MPH masih ada lagi dan belum digunakan, beli sajalah. Kebetulan pula sekarang ini ada banyak masa senggang, so bolehlah membaca. 50 fakta cukup menarik di sekeliling dunia yang kita diami hari ni. Fakta-fakta yang mengejutkan membuka mata apakah sebenarnya realiti yang terjadi di sekitar kita yang seringkali kita tidak ambil peduli. Kupasan Jessica Williams tentang setiap fakta cukup jelas dengan statistik juga figura. Pendebat patut baca buku ini untuk menambahkan pengetahuan dari pebagai aspek seperti politik, ekonomi dan jua sosial. Antara fakta yang menarik:


1.China has 44million missing woman (mungkin yang hilang tu ramai jadi xxx kat KL)

2.One in five of the world's people lives on less than $1 per day (for sure not in Malaysia)

3. In 2006, 16 millions of Americans had some of plastic sugery (Americans tak sedar diri perasan nak cantik)

4.Cars killed people in every 2 minutes (alternative naik public transport, tp bus pun accident jugak)

5.Global warming already kills 150000 people every year (balasan buat tangan-tangan yang rakus)

6.Black man born in the US today stand a one in three chance of going to jail (no comment)

7.More people die each year from suicide than in all the world's armed conflicts (mungkin kerna tekanan emosi, ekonomi dll)

8.A third of Americans believes alians have landed on earth (diaorang memang suka percaya, kat Malaysia pun ramai juga)

9.The world's oil reserves could be exhausted by 2040 (so, berapa pulak harga minyak kat Malaysia waktu ni)

10.The average urban Briton is caught on camera up to 300 times per day (suka expose and glam)


Banyak lagi yang menarik, pi baca sendiri :-)

Friday, December 12, 2008

Buku - Mahathir's Selected Letters to World Leaders

Terbaru dalam koleksi aku "Mahathir's Selected Letters to World Leaders", aku kagum dengan kelantangan dan kepekaan mantan PM menyuarakan pendapat sesama pemimpin antarabangsa yang lain melalui surat-surat yang diutuskannya. 71 surat dalam buku ini utusan Dr M, Bush, Chirac, Blair, Thatcher, Clinton juga Putera Charles tentang isu keganasan antarabangsa, globalisasi, penindasan kepada umat islam di Iraq, Afghanistan serta Bosnia, isu ekonomi dan hubungan antarabangsa. Tahniah kepada pihak yang menerbitkan buku ini, banyak sekali maklumat yang aku kutip dari isi bukunya.

Tuesday, January 8, 2008

Senjakala

Aku baru sahaja selesai menghabiskan buku ini. Buku lama yang ku jumpa di rumah bapa mertuaku sewaktu pulang beraya tempoh hari. "Sejakala" karya Baharuddin Kahar terbitan tahun 1987, lama dah mungkin ada sesetengah anda tak lahir lagi. Sedikit ulasan, "Senjakala" adalah catatan kisah kegigihan seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih seratus hari demi mendapatkan sedikit daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Garapan menarik penulis tentang kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan. Tidak lupa jua penulis menyentuh tentang hubungan manusia dengan tuhannya, alam dan sesama manusia. Bagus sekali, kalau sesiapa yang rajin selongkar almari lama dirumah mungkin akan terjumpa novel atau buku buku lama yang pastinya menarik untuk kita jadikan bahan santapan minda.

Thursday, August 2, 2007

50 Tahun Pendakian ke Puncak Emas


Saya baru sahaja selesai khatam buku ini, sebuah buku yang mengambarkan suka suka negara sejak 1957 hingga ke hari ini. Bagaimana bermula dengan sejarah perjuangan para pemimpin negara menyahkan penjajah dari bumi ini melalui pelbagai rundingan dah usaha. Kisah tokoh tokoh kemerdekaan negara diselitkan, pahit jerih perjuangan mereka. Buku yang cukup menarik untuk di miliki oleh setiap anak muda atau generasi kini akan lebih kenal akan sejarah bangsa sendiri. Sekalung ucapan tahniah buat Jabatan Penerangan yang berusaha menerbitkan buku ini. Seorang rakan dari kenya tertarik untuk memiliki buku ini tapi sayangnya buat masa ini hanya terdapat cetakan dalam bahasa melayu sahaja.