Malam tadi kami diraikan dalam majlis ramah mesra ahli komuniti bestari, Majlis makan malam anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan meriah tetapi cukup sederhana di Hotel Istana KL. Aku semalam agak resah pabila kesesakan lalulintas di lebuhraya Persekutuan dan jalan yang berserabut di Bukit Bintang membuatkan kami lewat sampai kesana. Sedikit malu apabila semua mata tertumpu kepada aku pabila melangakah masuk kedalam dewan, semua senyum aje aku membalas dengan senyum simpul confident.
Datuk Zulhasnan tak dapat datang jadi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dato Wira Abu Seman mengabil alih. Ucapan beliau di bacakan Dato Wira sarat dengan mesej kerajaan sentuh isu perpaduan, kejiranan, hindraf dll. Makan malam tidaklah begitu enak tapi bolehlah sekadar mengisi perut. Semalam aku keseorangan terasing dari ahli debat yang lain. Aku di meja utama bersama dengan pengerusi-pengerusi komuniti bestari, Wakil KP Penerangan Malaysia, Pn Sabariah- Pengarah Jbtn. Penerangan Wilayah dan juga Dato Wira. Mati kutu aku, Faizal, Bed, Zana, Fila dan Azemir di belakang gelakkan aku.
Mujur semalam aku di sapa wakil komuniti bestari Taman Desa, Encik Faizal Abdul Rahman. rancak berborak beliau perkenalkan diri. Rupanya beliau bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah wakil negara ke kelayakan Piala Dunia di Jepun dulu dalam tahun awal 90 an. Aku tak kenal dia tapi layan borak aje la. Banyak isu bola sepak negara yang beliau ceritakan, dapat juga aku cungkil ilmu bola sepak beliau. Begitu juga beliau cukup minat bertanya tentang pengucapan awam dari aku. So inilah masa berkongsi idea dan pengalaman.
Semalam di adakan juga majlis penyerahan piala pusingan Seri Setia oleh Dato Wira kepada kami dan yang paling penting semalam Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan amat bermurah hati menyampaikan cenderahati jam tangan yang cukup cantik dan aku kira harganya boleh tahan juga. Terima kasih daun keladi. Pukul 11pm kami melangkah pulang, Azemir dapat hadiah cabutan bertuah malam tadi, seronok.