Tuesday, June 5, 2012

2nd surgery

Amat memeranjatkan aku pabila keputusan MRI yang dijalankan doktor mengesahkan berulangnya masalah slipped dics di L5 buat kali kedua, kali ini hasil imbasan MRI menunjukkan slipped disc yang lagi serius berbanding dengan kali pertama. Aku terkasima bila doktor menyatakan perlu dilakukan pembedahan kali kedua untuk mengeluarkan sepenuhnya disc tersebut, digantikan dengan disc artificial dan sedikit tulang di sekitar L5 juga perlu dibuang dan kemudianya implan besi akan diletakkan bagi menyokong tulang tersebut. Ini permbedahan major kata doktor, kosnya dua kali ganda dari yang terdahulu. pilihan kedua adalan suntikan steriod kedalam kawasan saraf disekitar L5, ini merupakan penyelesaian sementara unyuk menghilangkan rasa sakit, kosnya lebih kurang 800 ringgit. Buat masa kini aku masih tidak ada keputusan yang konkrit dalam membuat keputusan, sementara ini masih bergantung kepada ubat penahan sakit celebrex, lyrica and arcoxia... Pasrah... Doakan aku semua.