Itulah rezeki seorang peneroka, untuk rekod inilah kali pertama harga kelapa sawit melambung tinggi mencecah paras RM 600 satu tan. Kalau seingat aku yang merupakan anak peneroka Felda Bukit Goh Kuantan, harga kelapa sawit tak pernah mencecah setinggi ini. Biasa harga RM 280 atau RM 300 sudah dianggap mahal dan peneroka sudah berpuas hati dengan harga tersebut. Sebenarnya harga kelapa sawit di tentukan olah harga pasaran dunia. Allhamdulillah kini ia berada pada paras terbaik yang bagi aku memberikan kesenangan kepada peneroka Felda. Orang tua ku sudah hampir 37 tahun menjadi peneroka felda tak pernah termimpi untuk menerima pendapatan sebulan hampir RM 6000.00 kini. Lazimya sebulan buah kelapa sawit akan di ambil sebanyak 2 pusingan, kalau tuaian sederhana boleh dapat dalam 5 - 6 tan sahaja X RM 600 = RM 3600.00 bagi 15 hari ditolak dengan upah pekerja menuai dan lori dalam RM 50 per tan, maka pendapatan bersih melebihi RM 3000.00. X 2 pusingan sebulan = RM 6000.00 Bagi bapaku yang dah tak larat buat kerja untuk menuai kelapa sawit pendapatan sebayak ini dengan duduk goyang kaki di rumah cukup disyukuri. Mengimbau bagaimana kisah sewaktu mula menapak ke tanah Felda dahulu, orang kata macam macam jadi peneroka susah nak hidup, susah nak makan dan sebagainya kini terjawab sudah. Tanah 10 ekar dan juga rumah kini sudah jadi milik.
Namun aku melihat harga pasaran ini lazimnya akan bergantung juga kepada keadaan dalam negara selain permintaan antarabangsa, kalau dekat pilihanraya harga pasti baik sekali namun selepas itu akan susut dan surut sedikit demi sedikit. Maka kepada peneroka semua beringatlah di waktu senang dan juga mewah ini untuk menyimpan. Gunakan hasil yang ada sebaik mungkin kerna kalau hari ini kita enak melayan selera nafsu esok lusa mungkin kita kembali derita. Beringatlah tentang kesusahan yang pernah kita alami dulu.