Wednesday, July 30, 2008

Debat Komuniti Bestari 2008 - Zon

Ahad dan Isnin ini akan berlangsung pertandingan separuh akhir dan akhir debat komuniti bestari peringkat zon tengah yang akan diadakan di kedah. Pasukan Komuniti Bestari Putrajaya yang mewakili Wilayah akan menentang pasukan tuan rumah di peringkat separuh akhir menjadi pencadang kepada tajuk "Belia masa kini gagal memenuhi aspirasi negara" dan sekiranya ke pertandingan akhir akan menjadi pembangkang kepada tajuk "blog membawa keburukan" . Aku belum pasti lagi akan mengiringi mereka atau tidak ke kedah nanti lantaran dari hambatan kerja yang menimbun.