Friday, October 5, 2007

Ketupat Sotong


Ketupat sotong adalah makanan yang paling aku gemari terutamanya pada bulan puasa sebegini. Malangnya di Shah Alam amat sukar mendapatkanya. Pernah sekali 2 tahun lepas aku jumpa di pasar ramadan Kompleks PKNS tapi harganya sangat mahal pastu tak berapa sedap. Sebenarnya ketupat sotong ini asalnya dari pantai timur, rasanya cukup enak. resepinya mudah saja sotong yang di sumbat dengan beras pulut direbus dengan santan dan gula melaka, daun pandan dan serbuk perasa. Walaupun ringkas tapi isteriku tak reti membuatnya, takpa la nanti bila kupulang untuk menyambut hari raya akan ku pinta ibuku sediakan, air tangan ibu pasti lagi enak rasanya.

Ayah & Ibu

Petang semalam dalam perjalanan pulang kerumah selepas kerja aku menghubungi ibu ku bertanya khabar, apa juadah masakan lauk berbuka puasa nya hari ini. katanya biasa saja nasi goreng dengan ikan percik. Wow itu lauk kegemaran ku, diteruskan perbualan ibu ku khabarkan berita gembira surat dari tabung haji sudah mengesahkan pemergiannya bersama ayah ke tanah suci mekah pada bulan Disember ini, penerbangan dijangkakan pada 12 Disember lebih kurang seminggu sebelum umat islam menyambul Aidil Adha. Alhamdulillah syukur apa yang di cita-citakan oleh ibu dan ayahku tercapai jua akhirnya. Syukur juga kupanjatkan bila ibuku jelaskan bapa saudara dan ibu saudaraku akan berada dalam penerbangan dan kumpulan yang sama berangkat ke tanah suci nanti. Jauh di sudut hati sedih juga bila ku kenangkan Aidil Adha nanti tanpa mereka berdua. Pasti tiada orang yang akan menyediakan tapai, rendang serta juadah pembuka selera di pagi raya. Doaku semoga ibu dan ayah di panjangkan umur di kurniakan kesihatan untuk menunaikan rukun islam kelima.