Tuesday, June 26, 2012

Khabar Gembira

Khabar gembira baru diterima dari negara bertembok besar. Mereka berdua akan kemari dalam sepurnama lagi. Kami berdua teruja untuk menyambut teman dari wuxi. Khabarnya mereka akan menghabiskan masa cuti musim panas mereka disini. Indahnya mohd akan turut mengikut kami pulang menyambut hari raya aidilfitri di kedah. Patriot akan pulang dahulu memandangkan kekangan tugasan kerjanya. Cuma sedikit cabaran buat kami memandangkan lawatan mereka adalah pada bualan ramadhan, agak sedikit sukar untuk berjalan kesana sini. :-)

Saturday, June 16, 2012

Belum pasti

Untuk kesekian kalinya lawatan ke ruang pameran masih belum mampu membuat keputusan samada ia ataupun tidak, apa jenisnya sudah dikecilkan kepada hanya dua, moga sesuatu yg mengembirakan akan terbit minggu mendatang.

Tuesday, June 5, 2012

2nd surgery

Amat memeranjatkan aku pabila keputusan MRI yang dijalankan doktor mengesahkan berulangnya masalah slipped dics di L5 buat kali kedua, kali ini hasil imbasan MRI menunjukkan slipped disc yang lagi serius berbanding dengan kali pertama. Aku terkasima bila doktor menyatakan perlu dilakukan pembedahan kali kedua untuk mengeluarkan sepenuhnya disc tersebut, digantikan dengan disc artificial dan sedikit tulang di sekitar L5 juga perlu dibuang dan kemudianya implan besi akan diletakkan bagi menyokong tulang tersebut. Ini permbedahan major kata doktor, kosnya dua kali ganda dari yang terdahulu. pilihan kedua adalan suntikan steriod kedalam kawasan saraf disekitar L5, ini merupakan penyelesaian sementara unyuk menghilangkan rasa sakit, kosnya lebih kurang 800 ringgit. Buat masa kini aku masih tidak ada keputusan yang konkrit dalam membuat keputusan, sementara ini masih bergantung kepada ubat penahan sakit celebrex, lyrica and arcoxia... Pasrah... Doakan aku semua.