Tuesday, June 24, 2008

Debat Komuniti Bestari 2008 - 1

Alhamdulillah pasukan Komuniti Bestari Presint 8 berjaya melayakan diri ke pertandingan akhir Debat Komuniti Bestari Wilayah hujung minggu ini. Kelmarin semasa saringan cukup sengit ada 8 pasukan, dua yang terbaik sahaja dipilih ke final. Ramai pendebat universiti yang ambil bahagian terutamanya dari UIAM dan UiTM. Ibarat pertembungan debat intervarsiti pulak . Aku cukup gembira dengan kejayaaan pasukan ini, paling tidak mencerahkan peluang pasukan Presint 8 mempertahankan kejuaraan tahun lalu. Syabas dan tahniah juga untuk satu lagi pasukan yang aku bawa dari Presint 16, walaupun tidak berjaya, namun aku melihat persembahan mereka cukup matang dan hebat sekali, bahkan ramai yang terpesona dengan kehebatan hujah mereka. 29 ini pasukan P8 akan menentang pasukan Komuniti Bestari Bandar Baru Sentul Perdana, sayang sekali aku tidak dapat bersama mereka kerna di Kedah pulang bercuti. Aku doakan mereka semua berjaya. Fizi, Mahzuan, Fathma dan Hidayat - good luck.