Monday, October 26, 2009

Updates

Hampir sebulan tanpa sebarang post ke blog ini disebapkan terlalu banyak urusan.

1. Alhamdullilah kelas aku untuk semester ini sudah habis. Dua subject (Customer Services & Information Management for Organization) tidaklah terlalu sukar. Hujung minggu ni student akan mula exam. sekarang aku tengah marking assgn & coursework mereka.

2. Pindah rumah pun sudah selesai semuanya. Aku kesunyian di rumah baru. Jiran sebelah menyebelah pun belum ada lagi. So takda kawan untuk diajak berborak. Ramai lagi yang masih belum berpindah. Cuma sekarang jauh sedikit dari tempat kerja, kena turun awal sedikit untuk elak kesesakan.

3. Study aku kurang progress sikit, minggu lepas jumpa Dr. Laili, sekali lagi kami membuat keputusan tajuk aku perlu di ubah kerana tajuk yang dicadangkan sebelum ini agak luas dah tidak fokus. So sekali lagi aku akan terpaksa memerah fikiran ini untuk tajuk baru. Aku dah mula nervous ni..sem satu dah nak abis..

4. China: Insyaallah kurang 3 minggu lagi aku akan ke China sekali lagi, kali ini lebih lama, akan akau habiskan cuti semester bersama zana disana. Zana dah merangcang untuk bawa aku berjalan disana. Aku ikut ja..

5. Nampaknya sem depan aku kena mengajar 3 Subjek, 1 subjek lama, 2 subjek baru, pening ni nak siapkan lecture notes..kena mintak ihsan senior lecturer manalah tahu diaorang pernah ajar subjek ni dulu...

bye

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI

Selamat menyambut aidilfitri buat semua sahabat dan taulan. Maaf zahir dan batin atas segala kesilapan jua kesalahan.

Thursday, September 10, 2009

Wuxi - China

Beli air untuk berbuka di Shanghai Pudong airport

Bandar Wuxi


Bandar Wuxi

Tengah tunggu Bus ke Univ

at Wuxi bus station

1st day after registration at International Office

at Shanghai Pudong airport
Pemandangan Jiangnan Univ. yang cukup mendamaikan




Penat kayuh basikal di bulan puasa, lepak sekejap di tepi tasik

South Gate - Pintu masuk ke Univ yang tersergam indah


hehe...aku kecik ja

Bergaya dengan basikal yang baru dibeli

di hadapan Library yang cukup besar


Berkayuh sambil menikmati udara nyaman sekitar kampus


Zana di hadapan fakultinya - Food Science

Bunga -bunga mekar indah




Kesejukan di Bandar Wuxi

Hampir seminggu sudah aku kembali dari Wuxi China, terlalu sibuk dengan urusan peribadi dan lecture notes dan juga 4 set soalan exam yang terpaksa aku siapkan. Alhamdullilah perjalanan kami ke China dan urusan pendaftaran Zana di sana berjalan dengan lancar walaupun kami berdua menghadapi masalah utama untuk berkomunikasi dengan mereka. Terima kasih untuk beberapa individu yang telah membantu kami berdua terutamanya Ms. Yu Wen dari International Office Jiangnan University yang tidak jemu membalas setiap pertanyaan kami melalui email sebelum berangkat ke sana. Beliau terharu apabila kami bawakan buah tangan dari Malaysia untuknya. Aku jatuh hati dengan suasana di sana sejuk, bersih dan nyaman sekali, 3 hari sangat singkat buat aku untuk berjalan jalan di bandar wuxi, cuma sempat berbasikal di sekitar universiti dengan basikal yang aku belikan untuk Zana bagi memudahkanya ke Lab dan juga kelas (400 Yuen) lebih kurang RM 200. Di sini tidak janggal berbasikal, 90% studentnya naik basikal dan selebihnya naik skuter eletrik (motor menggunkan petrol tidak dibenarkan di bandar wuxi) - kagum dengan kesedaran mereka tentang penjagaan alam sekitar. Sungai-sungai di sekitar bandar cukup bersih tanpa sampah sarap jauh sekali kalau dibandingkan dengan negara kita. Masalah utama disana adalah makanan. Sukar mencari makan muslim disekitar kampus, Kami hanya mampu beli telor dan sayur sahaja. Makanan yang lain kami was was status halalnya. Hujung bulan depan aku akan kesana lagi. Baru seminggu sudah rindu dengan isteri tersayang, tambahan lagi hari raya yang bakal menjelang tiba ni..... ishk ....ishkk






Friday, August 28, 2009

Esok

Akhirnya semua urusan sudah berjaya diselesaikan, pagi esok kami akan berangkat ke China…..

Sunday, August 23, 2009

Sendiri


Kurang seminggu dari sekarang Zana akan berangkat ke China setelah menerima anugerah biasiswa UNESCO China Great Wall Fellowship untuk reserch project selama setahun di Jiangnan University Wuxi, China. Keputusan yang berat baginya untuk kesana memandangkan terpaksa meninggalkan aku, namun peluang sebegini hanya sekali seumur hidup. Sukar aku membayangkan bagaimana aku hendak menguruskan segalanya seorang diri disini lebih lebih lagi kepergiannya dalam bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelang tiba. Aku terpaksa cuba mengadaptasikan kembali rutin hidup bujang aku, menyiapkan pakai dan minum seorang diri. Kesunyian yang pasti menyinap dalam diri akan aku penuhi dengan menyibukkan diri menyiapkan reserch proposal phd aku, lagipun tajuk research pun sudah confirm.....Sabtu ini zana akan berangkat...aku hanya kesana menemaninya barang sehari dua...cuti takda..lecture dah nak start....semester baru dah bermula....

Ulangtahun Ke-2

Tanpa disedari kami berdua terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami lantaran kesibukan yang tidak boleh dielak. Biarpun sehari terlewat, sambutan ringkas sudah cukup buat kami berdua. Doakan kami terus kekal hingga ke ahir hayat.

Friday, August 21, 2009

Ramadhan

Selamat menyambut ketibaan Ramadan Al-Mubarak, Selamat menjalankan ibadah puasa buat semua rakan dan taulan.

Thursday, August 6, 2009

Home sweet home






Dah dapat kunci rumah, CF pun dah ok, so aku akan siapkan dan pasang apa yang patut sebelum berpindah.

Sunday, July 26, 2009

Kerja

Confirmed aku akan meninggalkan kerja aku di student affairs office dan transfer sebagai lecturer sepenuh masa di school of business, selepas hampir sebulan dengan pelbagai masalah dan cerita akhirnya aku di tawarkan untuk bertukar department. Alhamdulillah semuanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Thursday, July 23, 2009

INTIBALL 2009

Committees
Hunks
Best Dress F & M
Best Charity Project 2009 - Stact Club
Felicia - Band Perfomance
Finalist - Best dress
U-Tee and Gang
PoG & Fred
Xin & Nat
Celine & PoG