Friday, May 16, 2014

Percutian Ke Busan & Jeju Day 1

Day 1: KL - Busan

Pukul 5.30 kami dah bangkit todoq sebab Abang Asri driver Teksi tetap kami akan sampai ambil kami pada pukul 6 pagi. So kami dah plan nk solat subuh di LCCT sahaja. Kali ni kami buat keputusan nk bawak backpack sahaja, x mau bawak beg tarik besar besar lagi, kalau tak cukup beg nak balik nanti beli saja kat sana. Lagi satu kali ni aku dah x bawak DSLR aku yang besar gedabak dulu. Dah cemuih sakit belakang dok kandar body DSLR dengan battery grip,  zoom lens, wide lens, macro lens, external flash, tripod, extension tube dan pelbagai filters. maklumlah ada kemera baru , so kali ni aku bawak 2 Olympus, OMD -em5 &   EP3 sahaja, zoom lens 12-50 cum macro lens, 45mm 1.8, Body cap lens 15mm dan 14-42 kits lens ja... tambah 2 closeup filters for any macro photography & Small flash for OMD. Mudah bawak sling beg ja masuk semua kamera.. kalau dulu mau semua sumbat dalam Backpack Netgeo patah belakang.
ok, sampai LCCT dalam pukul 6.45 terus pi solat subuh. Macam biasa la hingaq bingar kat LCCT penuh dengan orang..Pi surau..sedih bau karpet hapak lembab.. solat subuh and solat sunat hajat sat moga perjalanan selamat. Tunggu Zana makeup jap pastu kami terus pergi boarding sebab dah plan nak breakfast kat Dunkin Donut Ja... Dalam flight boleh makan lagi dah order siap siap .. macam biasa la nasi lemak pak nasir...
Dah sarapan , pi toilet pastu dengar announcement dah boleh masuk gate.. Sampai kat gate ada 3 orang pegawai kesalamatan dok check pasport..nampak terus ada drastic action sebab tragedi MH370..abang polis tu dok tanya.. nk pi mana ni..berapa hari nk pi...dia do perati pasport dua tiga kali.. pastu dok tengok muka nk make sure x pakai pasport curi.. semua kena..yg pakai spek mata , topi semua kena buka.
Dah siap kena check, pi duduk..dah penuh orang.. dalam 15 minit depa dah suruh beratuq..wah jodoh x disangka dari jauh aku nampak students orang Korea aku budak Dip Hospitality doduk kat kerusi depan..x sangka pulak..aku pi tegur dia. "sir what r u doing  here? aku kat nk pi negara hang la... di punyalah tergezut. pastu nk dijadikan cerita lagi kami check tiket tengok tengok dia duduk tepi aku dalam flight...what a coincidence. So wife aku pun syok dok borak dengan Kim Dowoon. Dalam flight aku ambil kesempatan tunjuk kat dia tentative dan plan kat mana nk pi visit, pastu tanya dia nk naik apa..dan yang paling penting sat lagi sampai kat airport aku nk suruh di beli T-Money (macam T&G) untuk naik public transport macam metro, bus atau teksi kat busan...beli barang kat kedai pun boleh.. borak borak borak dengan KIM dan Zana pastu depa terlelap. Aku pulak buka beg keluarkan article baca,,,maklumlah balik dari korean ni ada exam pulak. 



Makan Minun.. pastu makan lagi megi, minum yay dah nak sampai... Dah sampai.. Landed..pengumunan dibuat suhu hari ini 5 darjah celcius.. arrrrhhh sejuk lagi masalahnya kami x bawak baju tebal. aku sebelum berlepas dah tengok forecast suhu dalam 14 celcius. So zana bawak sweather nike dan aku bawak jacket levis ja.. mampuih....ok dah sampai..lepas immigration ...kim bawak beli T-Money kat 7-e tapi takda jenis tu ada yang lain..sama ja company lain.. so beli ja la. Harga (                 ) so kami beli 2.
Dah beli card ni aku suruh Kim tunjukkan teksi kat aku. Boleh naik bus ke hotel tu tapi memandangkan aku x sanggup nk mengharungi cuaca sejuk berjalan dari stesen bus/subway ke Motel tambahan pulak masa kami kuar dari airport tu hujan. so kat kuar airport tu ada berderet teksi. Nampak satu teksi warna hitam aku suruh pi tanya..boleh tak hantar kami pr Busan Blue Backpackers Hostel. Pakcik driver to angguk ja.. tanya harga berapa dalam 27000 Won... so kami malas nk pikir terus naik ja.. buka pintu teksi baru perasan tu adalah LIMO panjang ...la patutpun mahal, takpa la naik ja.. aku pun malas nk susahkan KIM tanya teksi lain sebab di nampak rushing nk cari  Bus balik rumah dia yang katanya dalam sejam lagi perjalanan dari Aiport Busan GImhee.
Best teksi limo ni..luas bagai.. boleh juloq kaki panjang panjang. aku tengok pakcik teksi ni do check GPS macam mana nk pg hotel...jauh jugak, sepanjang jalan aku dok perati belum ada bunga keluar.. masih ranting ranting saja.. bersih sungguh jalan raya.. dan yang pastinnya pemandu disini sangat berhalus tak macam di china bawak keta  atau teksi macam F1 dan bunyikan horn kuat kuat.
Hostel ni kat Sangang so driver ni macam x sure ja kat mana. so aku bagi alamat suruh dia call. dua kali call baru jumpa... patututlah tak jumpa rupanya tersorok jauh belakang bangunan lain..kesian pakcik ni. at the end kena tambang teksi 27000 won bersamaan dengan lebih kurang RM 85.00.. hurm xpa la..first day..esok kena jimat naik subway or bus ja..
sampai di hostel, tengok x dak organg kat receptionist..pastu ada pulak mai minah mat saleh yang dok tengok tv tegur kami. Hello , you want to check in? Ya...Jane is not here... ooo jane ni owner kat sini .. kami dah tau nama dia sebab sebelum sampai sini dah pernah email di.. Pastu minah ni rajin pulak pi naik tingkat atas cari Jane... x dak jugak. pastu aku kata kat minah tu takpa its ok i will call Jane.. so call Jane di kata sat lagi dia mai dia ada kat luar... wow depa kat sini boleh main tinggal tingal ja... kalau kat kita alamatnya habih semua lesap. Buadak mat saleh tu tanya mai mana,, aku kata malaysia.. dia orang switzerland...ok pastu kami lepak la kat sofa tunggu jane sambil selfie...comel hostel ni..kemaih ja.
masuk bilik, baring rehatkan badan, mandi manda...siap siap jap lagi nak kuar pergi makan. tapi sebelum tu pekena meggi kari dengan nescafe sedapnya musim sejuk sejuk ni. Bilik kami x ada tv. kalau nak tengok kena pergi living hall..depan bilik kami ja. Takpa internet wifi laju. layan tv malaysia pun boleh. aku dok sibuk bukak RTM online nak tahu pasal cerita MH370.
pukul 6 dah gelap. kami nak kuar makan berpansukan peta jane bagi misi nk cari kedai sup ikan...sesat barat..pusing sana pusing sini last last ada sorang minah ni tolong bawak tunjukkan kedai..jauh jalan dia bawak. masuk dalam kedai x tahu nk order apa. aku tunjuk apa yang jane tulis kat kertas tu.. makcik tu baca pastu panggil aku ingatkan nk tunjukan ikan..rupanya dia bawak aku pi kedai sebelah yang jual sup kepala ikan..wow bagusnya depan ni. Masuk kedai sup kepala ikan sorang 8000 won. aku mintak satu ja . tapi depa kata x boleh order 1 kena 2 untuk 2 orang. pelik betul . order ja la....lapar. mintak nasi 2 mangkuk...nasi free... Mai kepala ikan sup 2 manguk dengan pelbagai side dishes dia.. x sedap pun...makan bayar kami kuar balik bilik..sejuk kemain. otw ke  hostel singgah beli jajan and buah limau. wow baru kami sedar barang kat sini mahallllll. end day one




















No comments: