Sudah banyak hari nampaknya aku tidak postkan sebarang entri ke dalam blog ini, bukan apa tidak ada isu yang menarik untuk aku kongsi bersama. Hari sabtu lalu telah kami adakan perbincangan khusus untuk tajuk separuh akhir dan akhir debat komuniti bestari yang akan berlangsung esok. Tempatnya di pebabat penerangan wilayah persekutuan jalan sungai besi kl, masalah sangat untuk sampai kesana, bayangkan kami hampir 4 kali sesat di tengah tengah Kl yang cukup sesak dipagi sabtu. Janji dangan pegawai penerangan nak sampai pukul 9.30 pagi tapi pukul 11.30 pagi baru kami sampai di sana, ini lah akibatnya kalau sekali sekala sahaja keluar ke KL. Perbincangan yang aku rasakan agak bagus di samping bantuan bahan yang cukup banyak dari Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan. Terima kasih kepada En Fendi yang telah bersusah payah membawakan bahan bahan koleksi peribadi beliau untuk kami gunakan sepanjang pertandingan ini. Menjelang petang baru kami pulang, sekali lagi menempuh sesat dan sesak Kuala Lumpur.
Semalam, ahad kami adakan latihan sparring dengan beberapa orang adik pendebat uitm, tujuan utama adalah untuk melihat kebarangkalian kupasan konsep dan hujah yang bakal di bawakan oleh pihak lawan dan brainstorming dengan mereka mencari jalan terbaik dalam menganalisa hujah-hujah. Seronok jugak tapi aku pancit kepenatan maklumlah perdebat pertama 10 minit masa diberikan tidak termasuk masa menerima dan menjawab celahan. Banyak input bermanafaat yang dapat kami kongsi dalam latihan ini. Terima kasih daun keladi buat Azemir, Fakri dan Ezly yang sudi meluangkan masa berlatih bersama kami.
Petang ini kami akan berangkat ke KL International Hotel di kampung baru tempat penginapan kami, Pertandingan akan bermula esok pagi. Sebenarnya check ini akan bermula pukul 2.00 petang ini tapi aku minta Fila yang pergi dan uruskan dulu disebabkan aku dan Bed kerja dan Faizal ada kelas hari ini. Malam ini pastinya memenatkan dengan tugasan menyusun hujah yang perlu di lakukan. Doakan kami semua berjaya.