Subuh ini sayup sayup dihujung sana
Suara lunak lagi mendayu
Rasa tafakur, syukur tulus suci
Takbir memuji pada yang maha esa
Alhamdulillah
Rasa syukur atas keberkatan limpahan rahmatnya
Sebulan kita lalui dengan jaya
Buat sang penghasut terasa bahangnya
Setahun kau pergi
Membuat rasa rindu jiwa meratah
Suasana bahagia yang sering tak ku lupa
Kini kembali bertemu jua
Pagi ini akan berduyun duyun lah mereka
Ke rumah ALLAH dengan rasa rendah seorang hamba
Namun hatinya penuh ceria
Tanda kemenagan atas sebulan perjuangan
Yang entahkan sempat lagi kita lalui di musim yang mendatang
Air mata mengalir lesu membasihi pipi
Takkala lidah mengiringi takbir
Terkenang akan dosa semusim, terkenang ayah bonda yang sudah pergi
Solat , khutbah jadi pelengkap dipagi indah penuh rahmat
Salam kemaafan terus dihulurkan
Jadi penyatu kebahagian insan
Kita lupakan kisah semalam jadikan hari mendatang terus riang
Inilah hari kemenangan
Atas sebuah pengorbanan
Lapar dan dahaga di bulan Ramadhan penuh keberkatan
Hawa nafsu yang berjaya kita lupakan
Inilah buktinya kita umat yang bertuah
Limpah pahala yang kita kutip
Buat jiwa ini lebih tulus jua tenang
Diwajah ayah terpancar cahaya
Bila anaknya yang sepurnama entah kemana
Tiba tiba muncul dipintu tangga
Diwajah nenek tua terpancar jua gembira
Mulutnya tenganga diagah cucunya
Yang baru pertama kali pulang beraya
Dikampung halaman diceruk desa
Ahh gembiranya rasa
Juadah pelengkap penyeri suasana
Tetapi jangan pula membazir kita
Nanti menjadi sahabat kepada yang disana
Yang sudah pergi jangan kita lupa
Lambat laun kita akan meneman mereka jua
Air mawar, yasin serta sepotong doa
Tanda kasih pada yang tiada
Sebulan puasa bukanlah alasan
untuk kita melepas dendam
Kerana kita perlu mengerti
Hidup ini adalah perjuangan
Kurniaan ilahi buat semua penghuni alam
Andai kita berjaya
Kitalah insan yang menang
Aidilfitri hari mulia
penuh bahagia
Buat kita mengampun dosa
Namun jangan alpa untuk merebut fadhilatnya
Sebelum ia kembali meninggalkan kita
Bilakah rasa rindu jua gembira ini akan kembali lagi
Sedangkan waktu terus menggulung hari
Perjalanan ini semakin menghampiri
Sebuah destinasi yang pastinya tiada jalan kembali
Marilah kita semarakan sebulan aidilfitri dengan
Rasa syukur jua tafakur
Atas kejayaan jua kemenangan
Sebelum kita kembali alpa sehinggalah kembali musim yang mendatang