Saturday, August 30, 2008

Mencari Wira

Ini adalah antara sajak yang paling aku gemari, hebat sekali penulisnya menitipkan bait-bait indah, dipetik dari AKSARA MERDEKA

MENCARI WIRA

Berkurun kita berburu mencari makna kata
Berkurun kita keliru mengenal makna wira:
Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?

Lemas kita dilanda curiga
antara setia dengan pembela.
Selamanya wira dinilai oleh masa
selaman wira dicanai kuasa
selamanya wira dinobat oleh harta.
Akhirnya wira entah dimana
didepan kita pengkhianat bangsa.

Bangunlah dari lena khayali
kita kembalikan kata pada lidah
kita pulangakan pandang pada akal
ita keringkan rajuk pada tindak.

Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagah
tapi selamanya kita mematikan akal
kerana akal membijaksanakan manusia
dan si bijak tidak perlu hidup
seperti wajarnya budak ditikam
atas kebijaksanaan yang mengancam.
(ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)

Marilah kita didihkan akal
mentafsir kata dengan sempurna
- ada waktunya berontak itu keji
- ada waktunya berontak itu suci
- ada waktunya berontak itu cemar
- ada waktunya berontak itu samara
berubah musim beralih sikap
bertukar pimpin bersalin harap
tapi pejuang tidak pernah terpuja
tika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta
tanganya diikat waja kakinya dirantai sula
dan kita mengulang keanehan
berebut menabur bunga dan pandan
didada mereka setelah kematian

Sesal hanya datang sekali
tapi seksanya sepanjang hayat
lukanya berparut berabad-abad

Karya:Mohamad Saleeh Rahamad
AKSARA MERDEKA

Orientation Day

Seperti biasa awal semester hari orentasi akan diadakan, bezanya kali ini aku menguruskan seorang diri. Takpa dah biasa, lagipun setengah hari sahaja dan intake untuk Sept tak seramai May.

Selamat & Selamat

Selamat menyambut ketibaan hari kemerdekaan Malaysia ke 51 esok dan juga selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga sebulan Ramadhan yang mendatang bakal membawakan keberkatan kepada kita semua. Tengah hari ini aku akan pulang ke Pahang untuk bercuti bersama keluarga.

Monday, August 25, 2008

Mengapa Suram Sahaja

Kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51, namun aku rasakanya bahang kemeriahannya suram sahaja. Mengapa, adakah dek kerana bajet sambutan tahun ini yang dikurangkan ke RM20 juta berbanding RM40 juta sebelum ini. Perbelanjaan tahun ini dikurangkan atas dasar menyahut kempen jimat cermat. Antara aktiviti yang tidak adakan pada tahun ini ialah pertunjukan bunga api yang menjadi acara kemuncak pada setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan. Ramai la yang ke Dataran Merdeka akan terasa hambarnya, lepas countdown boleh terus balik rumah, tahun ini takda bunga api. Adakah iklim politik dan ekonomi semasa jua mempengaruhi keghairahan rakyat untuk menyambut tanggal 31 Ogos atau rakyat lebih tertarik memfokuskan kepada isu: Lompat Parti, Sumpah, Permatang Pauh, Tanah di Pulau Pinang, Petrol, Kouta UiTM, Bar Council, Exco di Perak dll. Terpulanglah kepada kita semua untuk menilai erti sebenar kemerdekaan yang kita sudah kecapi.

Thursday, August 21, 2008

Setahun Sudah Berlalu



18 August 2008 genaplah setahun usia perkahwinan kami. Sambutan ringkas buat kami berdua sahaja.

MAHA 2008

Ahad yang lalu aku sempat ke MAHA 2008. Banyak sekali hasil-hasil bidang pertanian dan ternakan yang dipamerkan, sampai tak larat nak jenguk semua di tambah dengan cuaca yang sangat panas dan terik. Tahniah atas kejayaan pihak penganjur yang paling tidak mampu memberikan maklumat asas dalam bidang pertanian. Kebetulan pula pada hari tersebut di adakan juga pertandingan kucing, jadi masa aku di tempat pertandingan kucing lebih lama dari tempat tempat lain la. Zana suruh bawa emong bertanding next time, he he.
Penuh sesak tempat parking
Kanak kanak ambil peluang dekati haiwan
Baka lembu import milik penternak tempatan
Kuda pun ada dari DBKL
Unta dari Melaka
Kambing sedia di lelong

Si comel kehausan menunggu di adili hakim

Kucing tiada bulu, macam anak tikus je

Thursday, August 14, 2008

Kadar Caj Perkhidmatan PTPTN

Berita baik kepada semua peminjam dan bakal peminjam PTPTN, caj perkhidmatan hanya 1% akan di kenakan bermula dari Jun 2008. Kalau sebelum ini caj 3% dikenakan , ramai yang tidak berpuas hati dan meminta kerajaan mengkaji semula caj yang dikenakan sehingga ada yang mengaitkan dengan unsur riba dan sebagainya. Kini hampir 1.04 juta peminjam PTPTN akan gembira dapat membuat pembayaran yang lebih rendah. tq

Tuesday, August 12, 2008

UiTM Dihatiku

Semalam Menteri Besar Selangor bagi cadangan bernas dari fikiran beliau agar 10% kuota kemasukan pelajar ke UiTM dihatiku dibuka kepada bukan bumiputera dan pelajar asing atas dasar mahu meningkatkan persaingan. Semalam ada ulasan sifatkan cadangan ini biadap kepada hak keistimewaan orang bumiputra dan MB Selangor ini tidak melihat kebelakang bagaimana peritnya pemimpin terdahulu mempertahankan dan membangunkan UiTM. Utusan Malaysia pagi ini pula melaporkan Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera. Pandangan peribadi aku, Aku tidak setuju. Adakah cadangan ini cukup ikhlas dari MB Selangor ataupun cadangan dari rasa terpaksa dek memenuhi hati rakan pakatan rakyat yang lain?Apa komen anda.


Rujukan: Utusan Malaysia Online 12 August

Wednesday, August 6, 2008

Minggu Lalu

Minggu yang lalu ada beberapa perkara dan aktiviti yang berlangsung di opis tempat kerja

Rabu
- Scholarship presentation, aku bantu menguruskan sessi foto untuk penerima biasiswa
- Ferewell party untuk Ms Chang. Member aku bahagian student affairs yang resign. So tinggal sorang la sekarang menguruskan bahagian hal ehwal pelajar.

Khamis
-Birthday party untuk Ms Lee

Jumaat
- INTI New building Launching , aku terlibat secara langsung menguruskan international students dalam perarakan menyambut tetamu vip yang hadir , Timbalan menteri pengajian tinggi hadir merasmikan bangunan baru ini. sedikit foto untuk tatapan.

Happy Birthday Ms Lee

New INTIMA President and Vp
Bunga - Bunga api
Semua dalam pakaian tradisional

Aku dengan baju pinjam
Next to me, Mrs Yuen ICSJ Principal
A few minutes before official launchingNew building di simbahi lampu pelbagai warna

Tuesday, August 5, 2008

Debat Merdeka Komuniti Bestari - Zon 1

Alhamdullilah khabar gembira aku terima dari Kedah petang semalam. Pasukan Debat Putrajaya berjaya merangkul kejuaraan pertandingan debat komuniti bestari zon 1 dengan mengalahkan pasukan debat yang mewakili selangor di pertandingan akhir dan sebelum itu pasukan tuan rumah kedah dalam pertandingan separuh akhir. Pasukan Putrajaya telah layak ke pertandingan akhir kebangsaan yang akan di adakan di terengganu. Antara pasukan lain yang telah layak ke pertandingan akhir nanti ialah pasukan Negeri 9, Pulau Pinang dan satu pasukan lagi yang aku kurang pasti. Kemenangan semalam tambah manis bila saudara hidayat di umumkan sebagai pendebat terbaik. Tahniah buat Mazuan, hafizi, Hidayat, Patma, bed serta fila dan juga seluruh pihak pengurusan komuniti bestri P8 Putrajaya