Everything about my daily life, pet , friends, works, debate, hobbies, family. Malaysian in english countryside.
Friday, October 5, 2007
Ayah & Ibu
Petang semalam dalam perjalanan pulang kerumah selepas kerja aku menghubungi ibu ku bertanya khabar, apa juadah masakan lauk berbuka puasa nya hari ini. katanya biasa saja nasi goreng dengan ikan percik. Wow itu lauk kegemaran ku, diteruskan perbualan ibu ku khabarkan berita gembira surat dari tabung haji sudah mengesahkan pemergiannya bersama ayah ke tanah suci mekah pada bulan Disember ini, penerbangan dijangkakan pada 12 Disember lebih kurang seminggu sebelum umat islam menyambul Aidil Adha. Alhamdulillah syukur apa yang di cita-citakan oleh ibu dan ayahku tercapai jua akhirnya. Syukur juga kupanjatkan bila ibuku jelaskan bapa saudara dan ibu saudaraku akan berada dalam penerbangan dan kumpulan yang sama berangkat ke tanah suci nanti. Jauh di sudut hati sedih juga bila ku kenangkan Aidil Adha nanti tanpa mereka berdua. Pasti tiada orang yang akan menyediakan tapai, rendang serta juadah pembuka selera di pagi raya. Doaku semoga ibu dan ayah di panjangkan umur di kurniakan kesihatan untuk menunaikan rukun islam kelima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sebaik-baiknya untuk anda masa kini, tunjukkan kasih dan sayang kepada kedua-dua ibu dan ayah. doakan kesejahteraan mereka semoga mereka mendapat haji yang mabrur dalam keadaan sihat dan sejahtera sewaktu berada di sana.
Post a Comment