Tuesday, January 22, 2008

Motivation Talk Photo

Pelajar perempuan memang khusyuk mendengar
Yang lelaki mengantuk je mukanya

Promote INTI dulu
Mr Ang - explain about INTI scholarship

He he . Beberapa hari tak post sebarang cerita ke blog ni, ada sedikit kekangan masa yang tak dapat di elakkan. Mujurlah pagi ni bos aku takda kat opis so bolehlah taipkan something kat blog ni. Nak sambung cerita pasal motivation talk yang aku pergi kat raub baru baru ni, lokasinya Sekolah Menengah Datuk Shahbandar Hussin, sekolah dikawasan luar bandar sedikit. Baik sekali sambutan dari guru-gurunya, tak sama dengan sekolah sekolah di KL yang selalunya sambutan dingin, konklusi aku mudah orang luar bandar masih tinggi budinya, pandai hargai orang dan hormat orang. Pelajar yang terlibat dalam program hari tersebut pun baik juga. Rajin mendengar setiap tutur kata yang aku dan Mr Ang sampaikan. Semoga sedikit ilmu yang di sampaikan mampu bantu mereka tingkatkan prestasi pembelajaran mereka. OTW pulang ke Kl Mr Ng belanja roti canai & kari yang terkenal di raub, best jugak.

Thursday, January 17, 2008

Motivation Talk Again - Study Skills

Esok aku akan ke Raub Pahang, ada undangan untuk buat motivation talk lagi, tajuk mudah je "Study Skill". Slide presentation dah siap dan esok kena prepare baik-baik maklumlah pelajar-pelajar semuanya cina. Takut juga mereka tak beri tumpuan, penat aje nanti aku merapu sejam kat depan.

Tuesday, January 15, 2008

Emong - Tidur

he he he, new port la
lets try la
ok la, better than cage
half sleep already
zzzzzz.....
Now, my book shelf become the most comfortable port for emong to lepak every nite. Ok la janji he not making noise anymore.

Sunday, January 13, 2008

Hujung Minggu

Semalam aku mula kelas pertama bagi semester ini, nazaknya dari pukul 9.00 pagi hingga 7.30 malam. 3 subject maka bertimbunlah kerja dan juga tugasan yang telah di amanahkan untuk kami semua siapkan dan bentangkan dalam seminar yang akan datang bulan depan. Seronok juga dah mula semester baru, makna nya ada satu lagi semester untuk di tamatkan, ada juga yang sedihnya bila seorang rakan sekelas tak dapat teruskan pengajian atas sebab sebab tertentu maka semakin kuranglah ahli kelas kami. Selepas kelas aku dan zana terus ke Sungai Buloh, walaupun penat sangat namun aku tetap gagahi diri bawak kereta meredah Guthrie Highway, nak ziarah Abang Lan yang baru pulang dari tanah suci mekah. Aku dapat jubah, tasbih, minyak wangi, Al - Quran, sejadah dan Zana dapat kain tudung, He hehe TQ. Tak sabar nak tunggu Cik dan Ayah aku pulang dari tanah suci, rindu rasanya dengan mereka berdua.

Tadi kami berdua pergi beli digital kamera baru, he he he seronoknya , maklumlah dah hampir 5 bulan kemera aku hilang baru kini mampu di ganti. Aku beli Canon jugak model yang sama dengan yang hilang dulu. Aku janji lepas ini akan aku serikan lagi blog ini dengan pelbagai gambar yang menarik. Petang tadi juga kami dapat satu rak TV yang baru, cantik dan murah berbaloi la nak di beli. Proses modifikasi ruang tamu rumah bertambah meriah la. he he he.

Tadi aku tengok buletin utama, tahniah buat beberapa orang pengasas Akademi Debat yang jadi peguam mewakili peneroka di kelantan, bila mereka menang tuntutan kes saman melawan FELDA. Keep up a good work . Aku anak peneroka jadi any isu tentang peneroka ni aku suka ambil perhati.

Thursday, January 10, 2008

Kenya terus bergolak

Pertempuran antara puak Pro kerajaan dan Pro Pembangkang

Pertelingkahan antara Presiden Kenya, Mwai Kibaki dan pemimpin pembangkang, Raila Odinga telah masuk hari kesepuluh, keganasan sejak 10 hari lalu telah menyebabkan hampir 600 orang terbunuh dan 250,000 penduduk menjadi pelarian. Aku terkenangkan sahabat aku Robert Omole warga kenya yang baru sahaja pulang ke negaranya selepas hampir 6 tahun di Malaysia. Apa cerita beliau disana selamatkah beliau, sesekali teringat ketika sesama ke pasar malam dan menyantap sup sayur di restoran thai di nilai. Aku doakan semoga beliau selamat.

Di Mana Sharlinie


Kini genap 34 jam sudah Sharlinie hilang, Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Mari sama kita doakan agar adik Sharlinie segera di temui, kita tidak mahu ada mangsa seterusnya selepas allahyarham nurin.

Wednesday, January 9, 2008

Awal Muharram 1429 Hijrah

Buat semua umat islam, selamat menyambut ketibaan awal muharram, semoga setahun hijrah yang akan datang terus kita penuhi dengan usaha dan tekad agar kita terus melakar kejayaan dan kemenangan.

Tuesday, January 8, 2008

Senjakala

Aku baru sahaja selesai menghabiskan buku ini. Buku lama yang ku jumpa di rumah bapa mertuaku sewaktu pulang beraya tempoh hari. "Sejakala" karya Baharuddin Kahar terbitan tahun 1987, lama dah mungkin ada sesetengah anda tak lahir lagi. Sedikit ulasan, "Senjakala" adalah catatan kisah kegigihan seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih seratus hari demi mendapatkan sedikit daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Garapan menarik penulis tentang kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan. Tidak lupa jua penulis menyentuh tentang hubungan manusia dengan tuhannya, alam dan sesama manusia. Bagus sekali, kalau sesiapa yang rajin selongkar almari lama dirumah mungkin akan terjumpa novel atau buku buku lama yang pastinya menarik untuk kita jadikan bahan santapan minda.

Monday, January 7, 2008

Agungnya Ciptaan Yang Maha Esa




Agungnya ciptaan ALLAH mencipta pelbagai bentuk dan rupa. Gambar ikan ini di rakamkan oleh Sarah sewaktu kami berempat berkunjung ke Aquarium Shah Alam. Ikan Kelisa yang bercantum di perut buat kami semua teruja. Ikan kembar siam, walaupun pasangan kembarnya yang di bawah agak pasif namun kedua duanya kelihatan sihat. Tokey kedai tak jual ikan ini, just for display, mungkin memikirkan ikan ini istimewa dan susah dicari agaknya.

Saturday, January 5, 2008

Emong

beware of my laser eye
malu - malu kucing
Ngantuk la... zzzzzz...
lapar....
hai ....haiiii

Sekarang ni emong amat susah nak berenggang dengan kami terutamanya waktu malam, kalu kami tidur dalam bilik pasti dia nak ikut sekali, kalau di luar pun ikut tidur diluar juga, dah jadi macam anak kecil. Kalau tak bagi masuk bilik akan bising sepanjang malam.

Friday, January 4, 2008

Bila Semester Baru Bermula

Bila semester baru bermula maka bertambahlah kerja aku, bahang kesibukan dah mula terasa, sibuk dengan budak budak yang tak tahu diam dari buat aktiviti pelajar. Satu budaya yang aku lihat di sini tak sama dengan tempat kita belajar dulu. Bila nak menjalankan aktiviti, pelajar akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan tajaan pihak luar, subsidi yang diberikan oleh kolej sedikit sangat. Maka mereka akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkanya, gagal mendapatkan tajaan maknanya kuranglah aktiviti yang mampu di jalankan. Lain sewaktu kita di IPTA duit banyak di salurkan oleh HEP, pengalaman aku sendiri buat kertas kerja dan hantar ke HEP, kemudian akan dipanggil untuk membentangkan kertas kerja di hadapan TNC HEP maka kebarangkalian untuk di tolak sedikit sekali terutamanya kelab kelab anak emas yang UiTM yang aktif dan banyak menharumkan nama universiti. tak perlu aku sebut kelab apa. Tapi sekarang sistemnya di HEP tak tahulah macam mana. Apa yang cuba aku jelaskan, kebanyakan pelajar di sini terutamanya bangsa cina amatlah rajin dan tekun dalam berusaha menjalankan aktiviti berpersatuan, kurang bergaduh dan berpecah dalam persatuan, tak tikam belakang, berpuak puak dalam persatuan dan sebagainya. Bukan aku merendah bangsa sendiri tapi ini lazimnya kenyataan sewaktu aku belajar dulu dan buktinya disini persatuan pelajar melayu sudah lingkup entah kemana. Sebut semester baru kelas aku akan mula 12 haribulan ni

Wednesday, January 2, 2008

UiTM Postgrad Society Family Day

cheh. ingat kuat sangat la nak lawan team aku
Geng aku semuanya kurus cekeding, aku sorang je besar
Tak ramai yang datang
2 Budak tak cukup umur
Bowling padang guna botol air dan buah kelapa
aku kena jadi MC pulak
Acara yang membuatkan urat peha aku tegang seminggu
Tukang jaga garisan je
Juara makan tembikai, selayaknya jadi milik aku
kami jua juara tarik tali
Sedikit gambar sewaktu sambutan hari keluarga UiTM Postgrad society, aku pada mulanya hanya ikut zana tapi akhirnya terlibat sekali. Seronok juga seharian jadi budak budak berpanas dan berpeluh di padang kolej seroja. Cuma ramai yang mengeluh penglibatan ahli persatuan kurang sangat. Aku harap dalam aktiviti-aktiviti persatuan di masa yang akan datang akan lebih mendapat sambutan.


Tuesday, January 1, 2008

Mat Rempit akan digunakan angkut pengundi

Aku tertarik dengan laporan buletin utama TV3 semalam tentang saranan untuk menggunakan mat rempit untuk mengangkut pengundi-pengundi dalam pilihanraya yang kan datang. terutamanya pengundi yang tinggal dikawasan pendalaman. Idea ini adalah saranan selepas melihat mat rempit berjaya di jinakkan bagi program terjunan di kutub tempoh hari. Daripada undian SMS buletin utama semalam lebih 80 % menolak cadangan ini. Mungkin para makcik dan juga pakcik tak sanggup menjadi pembonceng kepada para penunggang aksi akrobatik whillie dan whikang ni ataupun mereka takut tak sempat sampai ke tempat mengundi menunaikan tanggungjawab kepada negara. Apa apa pun kalau nak tahu berkesan, diterima tau tidak idea ini kita tunggu ajalah pilihanraya nanti. ini pastinya peluang pertama aku untuk mengundi.