Thursday, March 27, 2008

Pemilihan UMNO

Ada yang mahu tangguh ada yang mahu terus , macam dah tak sepakat, namum keputusanya petang ini sahaja akan diketahui samada pemilihan MT UMNO diadakan tahun ini atau tidak. Pergerakan Puteri UMNO dan beberapa ahli (MT) parti itu menolak saranan supaya pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan lagi sedangkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib semalam berkata, para pemimpin badan perhubungan UMNO negeri yang bertemu Perdana Menteri, mencadangkan supaya pemilihan parti itu ditunda ketahun depan bagi mengelakkan berlaku ‘malapetaka’ politik negara. Ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga mahu pemilihan UMNO yang dijadualkan pada tahun ini diteruskan demi masa depan parti katanya "kita jangan lari daripada masalah. Kita kena hadapinya. Kita tangguh sampai bila pun, masalahnya akan ada juga.Persoalanya kenapa akan terjadi malapetaka. ramai ka musang berbulu ayam, ramai ke yang nak menendang mereka yang sepatunya ditendang. atau ramai sangat yang dah tak sabar nak memanaskan kerusi MT. Yang kurang prestasi dalam PRU 12 yang lalu mungkin dah terasa suam suam hangat. kemana akan tercampak selepas ini. Tak lagi boleh melebar langkah kuasa. atau ramai lagi secara rela di dalam terpaksa melepas tahta. Bagi muka baru la. Muka baru biar boleh buat kerja biar boleh menerus agenda bukan muka baru yang makin besar temboloknya.

Seminggu dua ini dalam rancangan bicara di TV ramai pak menteri yang di jemput akui kelemahan dan kesilapan mereka, akui salah letak calon, kalau dah tahu calon tak disukai kenapa di letak jua. Akui sistem penyampaian tak betul, sistem betul tapi mungkin penyampai bengkang bengkok. Apa apa pun kenapalah semua perkara ini tidak diatasi sebelum ini, dah rebah baru nak akui ka, kalau kalah sikit sikit mungkin hidung masih tinggi agaknya. Aku doakan bangsaku sedar segera, aku sayang bangsaku.

Wednesday, March 26, 2008

Cuti cuti





Gambar semasa aku pulang kampung 2 minggu yang lalu

Saturday, March 22, 2008

Selepas PRU 12

Setelah ramai yang kecewa dengan keputusan PRU 12 yang berlangsung 2 minggu lalu, episod politik tanah air terus berlangsung dengan pelbagai rencah dan sandiwaranya, aku masih tertunggu tunggu sampai hari ini keputusan menteri besar Terengganu tak diputuskan lagi. Cakap-cakap tentang Anuar mencari ahli parlimen BN yang sudi melompat parti jua hangat kedengaran. Ada yang kata Anuar pergi beli MP, bagi duit suruh masuk BA, Guan Eng cabar kalau betul ada yang sogok duit pergi buat laporan polis segera, Pas pun suruh buat laporan juga. Ada bapak-bapak menteri yang tak terpilih jadi menteri letak jawatan dalam UMNO. Pak Khir jua letak jawatan dalam UMNO selangor, Muhd Taib ambil alih, sesuai la Muhd. Taib kan sekarang ni menteri tentulah lebih berkaliber untuk terajui negeri selangor berbanding bekas MB yang jadi pembangkang di dewan negeri.

DEB dipulau pinang dah dihapuskan , baru la ramai sibuk tunggang langgang, keputusan raja sudah ada yang berani perlekeh, bagus la. Sudah terhantuk baru nak tengadah. Mula la sibuk buat perhimpunan secara aman. Kat Pulau Pinang kat Shah Alam mereka berkumpul, takut hak melayu terus di kikis dan ditepis.

Ramai la yang jadi Hang Tuah dan yang jadi Hang Jebat kali ini. Nanti aku perincikan siapa Tuah dan Jebat.....Nak pergi makan dulu,bye

Monday, March 10, 2008

Pilihan Raya Umum - 12

Suara rakyat, suara keramat. Selepas 50 tahun merdeka kita dilanda gelombang besar arena politik negara. Ketawa atas kebodohan, Sedih atas kedangkalan, kecewa atas pertaruhan serta serba serbi rasa pastinya terzahir selepas keputusanya diumum semalam. Faktor lemahnya kerajaan sendiri atau faktor pembangkang yang lebih memenangi hati semua sudah diketahui. Tak perlu di ulas, aku hanya doakan negara ini terus aman makmur, aku bukan fanatik tapi aku hanya harapkan yang terbaik untuk bangsa aku. BTW tahniah juga kepada makcik Maimun yang dapat lebih 600 undi walau tanpa jentera pilihan raya mahupun kempen ceramah menabur janji.

Friday, March 7, 2008

Kelantan

Berita radio pagi tadi khabarkan, cukai cukai tertunggak di Kelantan dan juga bayaran tertunggak sepeti air akan dihapuskan di Kelantan andaikata Barisan Nasional dapat mandat memerintah. Janji kerajan BN, terpulanglah kepada ore kelate untuk membuat keputusan atas pertimbangan waras dan rasional mereka. Kita tunggu sahaja keputusanya esok samada beralih pimpinan atau bendera PAS terus berkibar di bumi Cik Siti Wan Kembang. Lama dah aku tak balik Kelantan...