Everything about my daily life, pet , friends, works, debate, hobbies, family. Malaysian in english countryside.
Wednesday, April 30, 2008
Emong visit Vet
Petang semalam lepas pulang dari opis kami decided untuk hantar emong ke klinik Vet di Sek 13 Shah Alam untuk di vaksin dan makan ubat cacing. Sebenarnya aku dah terlewat beberapa bulan dari tarikh sepatutnya untuk di vaksin, kerana seingat aku kali terakhir emong di vaksin adalah awal tahun lepas semasa aku baru bertukar ke INTI-UC. Dah lewat, takut jugak nanti dia mudah kena penyakit. ikut kata Dr Vet emong sihat cuma kurus sedikit dan di cadangkan tukar makanan kitten yang lebih garing dan berprotien. So nampaknya tambah lagi la expenses bulan ni, nak wat macam mana sayang kucing.
Friday, April 25, 2008
Debate Workshop
Tadi aku ke meeting dengan marketing department, proposal aku untuk anjurkan kem debat di INTI Subang Jaya dah dipersetujui. Workshop ini akan diadakan pada 2-3 Jun 2008 dan terbuka kepada sekolah sekolah disekitar Subang Jaya. Hanya seramai 20 orang peserta dihadkan, maknanya hanya 5 buah sekolah sahaja. ok la first time ni. Budget pun tak banyak. Takpa la dan yang mungkin pening sebab aku kena handle workshop selama dua hari ini seorang diri, akulah fc akulah organizer, ada sesiapa nak tolong?
EURO 2008
Monday, April 21, 2008
Exam dah abis
Setelah selesai exam pagi semalam barulah semuanya terasa lapang. Dah tak perlu lagi petang masa selepas pulang kerja dihabiskan dengan group discussion dan assign. Hujung minggu sudah boleh merangcang aktiviti riadah. rilex se rilexnya. Kawan - kawan di UiTM dan mula exam ka?
Tuesday, April 15, 2008
Exam Lagi
Hari sabtu dan ahad ni exam lagi, aku sudah penat dengan kerja yang banyak sem ini. Dah tak sabar nak habiskan sem ni secepat mungkin. Letih dah dengan project paper, critical review dll. Aku nak rehat, bulan 7 sem baru mula - final sem, ada cuti 3 bulan . seronoknya. Aku doakan semua pelajar UiTM berjaya dengan exam kali ini. Selamat maju jaya.
Thursday, April 10, 2008
Friday, April 4, 2008
Tuesday, April 1, 2008
Rosak
Laptop rosak, kali ini parah, tak boleh nak on , power supply dah tak boleh guna. Nak kena nak kena beli baru ni , assignment tengah banyak nak disiapkan, due date dah semakin hampir...
Subscribe to:
Posts (Atom)