Location: Shah Alam
Everything about my daily life, pet , friends, works, debate, hobbies, family. Malaysian in english countryside.
Wednesday, December 22, 2010
Saturday, December 11, 2010
Tuesday, November 9, 2010
Facebook Vs. Blog
keterlibatan aku dengan facebook buatkan aku mula malas untuk berblog lagi..terlalu sedikit entri dibuat...facebook lebih cepat & ringkas postingnya...gambar pun boleh di upload dengan mudah dan banyak ..mungkin platformnya berbeda...aku berazam untuk terus tidak mengabaikan blog ini..insyaallah kalau ada kelapangan banyak cerita mahu dikongsi bersama dilaman ini.
Ada sebilangan diantara mereka
Ada sebilangan diantara mereka yang tidak tahu masalah dan potensi diri mereka. Merasakan mereka betul dalam setiap tingkah laku, tidak peduli pada sindiran jua teguran. Suka persoalkan hukuman dan tindakan atas kesilapan mereka sendiri. Mereka lupa apa tugas mereka disini, habiskan masa dengan lepak...malas siapkan tugasan...penuh dengan alasan...kerja bertangguh dll. Sampai harinya...sir takda tips ka for finall...itu sahaja yang sebilangan diantara mereka tahu..ntahla...namun ramai juga dikalangan mereka yang rajin..aku tidak nafikan..semoga sebilangan mereka ini akan sedar..kalau dengan cara ini mereka tidak akan kemana..tunggulah bila masa anda tiba bila anda patut sedar siapa diri anda sebenarnya...ntahla...
Thursday, September 9, 2010
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum WM. Salam aidilfitri..maaf zahir dan jua batin buat semua sanak saudara dan juga sahabat handai yang dekat mahupun jauh di mata. Semoga lebaran dan syawal ini akan membawa seribu kebahagian buat kita semua. Kalau senang jemput la ke rumah.. tahun ini raya di Kedah terlebih dahulu sebelum pulang ke kuantan. Selamat Hari Raya..TC
Sunday, July 11, 2010
From Shanghai
Post dari Shanghai...hari ini amatlah penat, lenguh kelmarin berjalan hampir 6 jam dan entah berapa kilometer di Shangahai World Expo masih lagi belum hilang ( di sebapkan kepenatan jugalah aku tidak sempat melihat perlawanan diantara Urugway vs Germany semalam)..nanti post mengenai world expo akan aku utuskan ke blog ini. Pagi ini bangkit seawal mungkin untuk ke Nanjing Road & juga Zoo Shanghai. Dengan taksi kami ke Nanjing Road..ala ala Petaling Street tapi di sini lebih panjang dan luas, kedai kedai dengan reka bentuk tradisional dan warna warni tanglung digantung sepanjang jalan menarik hati..Kami bersarapan mee sup disebuah restoran muslim..boleh la..10 Yuen semangkuk (RM 5). Cuaca kurang menyebelahi kami pabila gerimis kemudian diikuti dengan hujan renyai renyai yang berterusan..kami ambil keputusan untuk membeli belah didalam pasaraya sahaja..sempat juga kami membeli cenderahati dikedai kedai sepanjang jalan...pada ketika ini...barang barang cenderahati sempena World Expo amat popular sekali...semalam ketika di World Expo aku hanya beli sekor je maskot...hari ni boleh le beli banyak sikit untuk student kesayangan aku...selesai di Nanjing Road kami meredah hujan renyai untuk mendapatkan teksi ke zoo...aku mula risaukan kamera ku yang terdedah kepada hujan...tidak lah sukar untuk medapatkan teksi namun kena berebut sedikit...naik teksi..hujan terus mencurah....kami tiba di zoo yang perjalananya hampir 20 minit dari Nanjing Road..tiket lebih kurang zoo di Malaysia sahaja 40 Yuen seorang...hujan mebataskan pergerakan kami di zoo..dengan payung ditangan..amatlah sukar untuk aku snap photo photo yang menarik dan banyak haiwan berada didalam kurungan mengelakkan diri dari hujan...Zana nak tengok Panda...berjalanlah kami meredah hujan menuju ke pusat panda... ada la sekor dua..tapi menatang ni tidoq pulak..lepas tengok panda kami patah balik la..dah basah lencun..ambik teksi pulang ke Pudong airport (hotel kami terletak bersebelah airport).teksi mahal hampir RM 90 (180 Yuen)...sampai di pudong..beli nasi goreng seafood dan piza vege...yang lain tak halal...Malam ni nk tengok Holland vs. Spain.....go Holland...aku tak sokong Spain ...coz bengang Spain kalahkan Germany...esok kami balik ke bandar WUXI...
Wednesday, July 7, 2010
Balik Kelantan / Kelate
Dua minggu yang sudah aku berkesempatan pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang / Kelantan / Kelate negeri asal kedua orang tuaku atas urusan keluarga . Di kesempatan itu aku menjengah seketika ke Pasar Siti Khadijah Kota Baharu Kelantan semantara menunggu waktu melawat untuk menziarahi ibu saudara di HUSM Kuban Kerian. Pertama kali memandu ke bandar Kota Baharu mencari Pasar tersebut agak sedikit sukar memandangkan kesesakan jalan diwaktu puncak "lunch hour" amat menyesakkan ditambah dengan pemandu pelancung "bapaku" yang kurang pasti hala yang nak dituju "katanya sudah 40 tahun dia tinggalkan Kota Baharu, mana nak ingat lagi jalan disitu". Aku gagahi untuk kesana demi mendapatkan sedikit buah tangan untuk isteriku yang awal awal lagi pesan untuk beli sesuatu bila ke kelantan. Papan tanda membantu aku sampai kesana walaupun hampir dua kali membuat pusingan mencari tempat letak kereta. Makanan tengah hari di Pasar Siti Khadijah sungguh menyelerakan ..hidangan udang dan sotong besar sungguh la sedap...harga...boleh la..nanti kalau ada kelapangan ingin sekali aku pulang ke sana lagi terutamanya Zana yang belum pernah menziarahi dan juga mengenali kaum keluarga kami dikelantan. BTW lusa aku akan ke china..bye
Friday, July 2, 2010
Dah Nak Balik Dah
Lantaran disebabkan oleh kesibukan yang amat sangat terutamanya untuk marking assgn student dan juga hal study aku , keghairahan untuk ke china jumaat ini tak aku rasakan. Memikirkan kelas ganti sebanyak 12 jam yang aku kena langsaikan membuakan aku kurang seronok. Mujur jugak Dean bagi pelepasan untuk tangguhkan kelas..kalau tak..jawabnya bapa mertuaku kena pergi sorang sorang la jumpa Anak dia kat sana..setahun sudah berlalu..cepat sahaja..research zana di jiangnan universiti dah abis.. 15hb ni baliklah dia...maka semuanya akan kembali kepada normal dan asal...aku takpayah basuh baju..kemas rumah sendiri lagi..ha haha..biar dia pulak uruskan rumahtangga..Trip kali ini mungkin kami ke shanghai dulu...zana dah bookingkan hotel disana..kemudian baru kami ke wuxi... aku - nak pg world expo..tp kata zana orang macam semut ramainya (zana dah pergi minggu lalu dengan rombongan universiti, tiket pun bayar murah ja)....bye
Sunday, June 20, 2010
Good Luck
Post ini di dedikasikan untuk isteriku Zana yang nk present research project nya kat Shanghai lusa. aku doakan semoga berjaya.. jangan ketaq sudah la..
Thursday, June 10, 2010
Thursday, May 27, 2010
Post Takda Title
Semester ini aku ditugaskan mengajar 3 subjek pada asalnya (Customer service - Cert in Business, Profesional & personal development & sociology of work - Degree). = 16 hrs seminggu. namun minggu lepas subject sociology ditutup lantaran bilangan pelajar yang mendaftar cuma 5 orang sahaja - requirement by academic office sekurang kurangnya ada 20 orang students. maknanya load aku sudah berkurangan dan tak perlu lagi peningkan kepala dengan nota dan assgn untuk subject tu..soo happy....masa luang agak banyak memandangkan aku hanya ada satu kelas setiap hari kecuali rabu ada 2 kelas...masa ni bolehlah digunakan untuk study aku yang tengah kelam kabut jugak buat masa sekarang....sekarang baru aku tahu betapa susahnya buat research kalau secara part time...dulu masa buat master walaupun part time modenya coursework..jadi tak terasa sangatlah peritnya....membuat research sendiri tanpa ada geng atau classmate memang sukar...semuanya bergantung pada diri sendiri...coz takda persaingan..dulu kalau kawan dah siap assgn...kita pun pakat buat jugalah bersungguh sungguh nak siapkan....ni sekarang....maleh jo...jumpa supervisor pun jarang-jarang sangat...rasanya macam nk berhenti korja dan fokuskan pada PHD aku...tapi apakan daya...zana pun masih belum habih phd nya...mana nak cari duit........BTW lebih kurang 40 hari sahaja lagi zana akan balik ke Malaysia...researchnya di china dah nak siap....setahun rupanya sekejap saja berlalu...lepas ni...aku pulak nak gi belajar jauh jauh tinggalkan dia pulak....biar padan muka dia...heh heh he....bye
Sunday, April 25, 2010
Wednesday, April 14, 2010
Malas
Malas untuk berblog, sudah sebulan lebih tanpa sebarang post. Kurang kelapangan dikala ini, Tunggu lah semester abis dulu. Sekarang sibuk dengan musim exam, marking paper, exam board meeting. Aku juga sibuk menyiapkan 60 m/s proposal aku yang kalau boleh nk di hantar secepat mungkin..nanti kalau ada kelapangan cerita lg.. Good luck to my HRM 236 stdn - exam esok, pg baca nota ya.
Friday, February 19, 2010
Sunday, January 24, 2010
10 days and counting.....
Sepuluh hari lagi zana akan balik bercuti selama sebulan di malaysia setelah hampir 5 bulan di wuxi, china... sekejap sahaja masa berlalu..aku sudah tempah tiket balik ke kedah pada 5-7 hb pastu balik pahang pulak sempena CNY... bagus nanti ada orang nk tolong aku kemas rumah.....he he.
Subscribe to:
Posts (Atom)