Wednesday, November 28, 2007

My Birthday Party

My Birthday Cake

My Sweetheart

Nyum Nyum

Kelmarin isteriku buat sambutan ringkas hari lahirku di KFC, Thanks sarah, mbeng, yan dan mail mus yang sudi bersama menyambut hari lahir pakcik yang sudah tua ini. Tq jugak for lovelly t shirt.

Tuesday, November 27, 2007

Debat DiRaja 2007

Sekalung tahniah buat pasukan muda UiTM yang layak ke pertandingan akhir debat di raja kategori muda esok. Jutaan tahniah juga kepada kedua dua pasukan utama yang telah melangkahkan diri ke peringkat separuh akhir petang tadi. Terjawablah teka teki UIA akan bertemu UM di pertandingan akhir debat paling berprestij di negara. Pertembungan yang aku jangkakan sengit membariskan pendebat-pendebat yang tidak asing lagi. Hari pertama aku berkesempatan menjadi hakim 3 pusingan awal. Aku rasakan banyak kelainan pertandingan kali ini. Seronok dapat bertemu rakan taulan yang sudah lama meninggalkan dunia debat. Aku doakan ukhwah sesama pendebat akan terus berkekalan. Buat UiTM selamat maju jaya.

Monday, November 26, 2007

Happy Birthday to Me

Alhamdulillah Syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi hari ini aku masih menghela nafas di alam maya indah ini, hari ini genap 28 tahun umurku. Satu perjalanan panjang yang telah mendewasakan aku. Walau penuh onak duri, bahagia dan duka kembara ini aku jadikan panduan menempuh hari mendatang. Nyata sedar atau tidak aku bukan lagi anak remaja yang penuh ceria gelak ketawa meredah dunia tapi aku kini seorang suami yang punya tanggungjawab kepada isteri dan juga keluarga. Doaku moga aku terus tabah untuk melakar hidup ini moga segala apa yang aku citakan akan berjaya. Azam aku untuk tamatkan pengajian tahun ini dan terus mencipta kejayaan dalam hidup.

Friday, November 23, 2007

ICSJ Staff Camp

Semalam 22/11/2007 telah berlangsung ICSJ staff camp di Nilai Spring. Camp ini adalah aktiviti training tahunan yang dijalankan oleh pihak pengurusan INTI College. Aktivitinya menarik namun pengisian setiap slot terlalu memboringkan dan ringan. Sessi pertama menyentuh tentang personal communication, taklah aku pandai sangai tentang communication tapi lazimnya bila aku dah tahu tentang perkara tersebut, untuk memberikan tumpuan aku ada sedikit masalah. Slide presentation pun kurang menarik membuatkan aku terus boring. Slot kedua tentang human Values, agak menarik kerana kami di ajar teknik Yoga, bagaimana mencari fokus dan mengawal minda. Lazimnya minda yang akan mengwal kita, tapi dengan teknik ini kita akan mengawal dan mengarahkan minda. Bagus juga belajar yoga ini sesuai digunakan bila kita sakit kepala serabut dengan masalah-masalah harian. Sessi ketiga adalah tentang group communication, sekali lagi buat aku mengantuk, aktiviti pun yang dah biasa kau buat kepada pelajar sekolah bagaimana nak sampaikan mesej dari seorang kepada orang yang lain sampai lah kepada orang yang terakhir. Aku rasakan dalam staff camp tahun hadapan perlu ada sedikit kelainan dan buat je outdoor activity yang kau rasakan lebih menarik dan sangat sesuai untuk membentuk team work.

Peneroka FELDA terima bonus

lagi berita menarik tentang peneroka FELDA, kalau dalam post terdahulu aku ceritakan tentang peneroka FELDA yang mampu meraih RM 6000 sebulan hasil kelapa sawit, hari ini aku gembira mendengar berita Pak Najib bahawa FELDA akan bayar bonus kepada peneroka FELDA berjumlah RM146 juta. Ini adalah bonus insentif produktiviti yang kan dibayar kepada hampir 90322 peneroka di seluruh negara pada bulan depan. Menariknya isentif ini akan diberikan dalam bentuk wang tunai dan juga saham Koperasi Permodalan FELDA berhad. Jumlah keseluruhan bonus yang diberikan juga meningkat berbanding tahun 2006 yang lalu. Pemberian insentif ini adalah lanjutan daripada kenaikan harga komoditi ini di tahap yang cukup baik. Sekali lagi la peneroka dapat durian runtuh, kalau tak silap aku menjelang bulan syawal yang lepas pun mereka ada terima insenti jugak, jadi beringatlah dapat wang imbuhan jangan sibuk nak tukar kerusi meja rumah yang baru, bulan Januari nanti anak-nak nak masuk sekolah banyak persiapan yang perlu dilakukan. Berjimatlah belanja gunakan kejalan yang baik. Sudah sampai masanya warga peneroka mengakat taraf mereka. Kita tak mahu lagi dilabel sebagai pusat melahirkan mat rempit, kaki judi dan juga doktor gian.

Wednesday, November 21, 2007

Council Camp 1 - Photo

see my tummy after 3 days camp

We love green

Group photo, can u spot me

With my team

Makan yang sangat menyelerakan

eh, aku terpejam pulak with my office mate and students


Ini adalah sedikit gambar yang aku berjaya upload, yang lain semua tak boleh, error on page ja tak tahulah kenapa, nanti aku cuba upload lagi.

Lambaian Kaabah

Semalam, buat kali pertamanya aku ke kompleks tabung haji di Kelana Jaya, menghantar abang ipar aku yang akan berangkat ke tanah suci mekah sebagai petugas tabung haji bagi menjaga dan menyelia pasukan yang akan menyediakan makanan dan minuman kepada jemaah haji. Untung sekali beliau dalam usia yang agak muda dapat ke sana bertugas sambil mengerjakan haji secara percuma. Semalam, dari pemerhatian aku keadaan di komplekas tabung haji agak sesak dan panas, kurang sekali kerusi dan bangku yang disediakan kepada jemaah haji untuk duduk menghilang lenguh sementara menunggu giliran kumpulan mereka berangkat. Tandas sangatlah kotor dengan macam macam sisa yang ditinggalkan. Kawasan parking seperti biasanya sesak dan padat tapi bayaran RM 3.00 ku rasakan agak berbaloi. Doa kami iringkan buat Abang Lan, semoga selamat pergi dan kembali.

Monday, November 19, 2007

Debat Naib Canselor UiTM (ii)

Sekalung tahniah kepada pasukan UiTM Shah Alam yang mampu mengembalikan piala pusingan kepada Shah Alam, lebih menarik pertandingan akhir semalam menemukan pasukan Shah Alam (B) dan Shah Alam (A). Banyak menariknya kejohanan kali yang agak berbeza degan tahun tahun sebelumnya. Tahniah juga kepada Mont sekalu pengarah program pertandingan ini. Seronok sekali dapat berkumpul dan bersama dengan rakan alumni dan juga junior-junior debat UiTM. Tapi kali ini tak ramai pendebat Universiti lain yang turun ada Vaa (upsi) sorang je rasanya. mungkin depa semua tunggu nak datang royal debate kot. bye

Friday, November 16, 2007

Info Debat Merdeka Komuniti Bestari 2007

Semalam aku terima panggilan dari Jabatan Penerangan, undian untuk Pertandingan akhir Debat Merdeka Komuniti Bestari 2007 (4-6 Dec 2007) telah di jalankan. Bagi pusingan separuh akhir pasukan kami (w/p) akan bertemu pasukan Terengganu. Pihak kami akan bertindak sebagai pembangkang kepada usul: "insititusi keluarga asas pembentukan budaya berbudi bahasa". Perlawanan separuh akhir kedua pula menemukan Pahang dan Serawak. Andainya layak ke final kami akan bertindak sebagai pencadang bagi usul: "50 tahun merdeka terbilangkah kita". Venue separuh akhir akan di adakan di Wangsa Maju.

Thursday, November 15, 2007

Hip Hop in The House

Entri ini khas aku tujukan buat akan buah aku Eri aka Syko Breakers Crew yang terlalu meminati hip hop. Walaupun kadang kala pening melihat aksi kaki ke atas kepala kebawah, pujian aku berikan jaga kerana mampu dan telah memenangi beberapa pertandingan hip hop yang diadakan di Kuantan dan juga KL. Aksi dan gelagatnya menjadi penghibur kami sekeluarga pabila berkumpul bersama, nick name aku berikan untuknya "the monkey boyz" sebab selau sangat terlompat lompat. Tengoklah aksinya di sini.

Wednesday, November 14, 2007

Kunjungan Ke Taman Pertanian Malaysia

Baik aku lari sebelum di pagut sang kasawari

Nice smile la

Kapal yang sudah karam

Pose lagi

Sahabat lama yang kini semakin akrab

Sebelum berkayuh, semuanya senyum je

Sedih sungguh kuda ini, kurus melengkung kurang makan

Aksi tolak basikal

Snowman di Malaysia, tak cair pulak tu

Wooooo, lajunya

Ahad lalu aku, zana, Mbeng, sarah dan juga azmeer buat kunjungan untuk berbasikal di Bukit Cerakah. Seronok sekali menghabiskan masa hampir empat jam berbasikal di sana. Walaupun cukup penat dan tegang rasanya urat keting mengayuh pedal basikal yang kami sewa, namun kami rasa cukup gembira. Pukul 9 pagi seawal pintu masuk di buka kami sudah terpacak di sana. Mula dengan sarapan nasi lemak masakan isteriku yang di bungkus, kami memulakan kayuhan ke taman haiwan, cukup comel burung kakak tua yang menyambut dengan ucapan "hello". Kami teruskan ke taman arnab yang yang sudah ditutup dan kemudian ke Danau Perikanan yang cukup menyedihkan keadaaanya. Kemudian kami ke rumah empat musim, malang sekali sekarang adalah musim peralihan ke musim sejuk, jadi tiada apa yang dapat dilihat, dijangkakan minggu depan baru bermula musim sejuk. kami teruskan lagi ke menara tinjau yang cukup menyeronokkan kami memanjat anak tangga menuju ke puncak menara. Kami merehatkan diri sambil menikmati roti sandwich yang dibikin sarah sambil membasah tekak dengan minuman isotonik 100 +.

Kering peluh kami menuju pula ke taman herba, siksanya jalan naik bukit, jadi kami semua lebih banyak menolak dari mengayuh basikal. Sempat aku merasa pucuk pokok asam gelugur yang masam masam manis. Kami terus ke perkampungan budaya yang di tutup maka kami kembali menuju ke laman seni, satu lagi kesan yang menunjukkan Bukit Cerakah idea mantan menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid sudah hambar sambutannya. Laman seni dengan pentas mula roboh dan bangku penonton yang di bina di celah-celah pepohon besar telah semak samun.

Terus mengayuh kami menuju taman paku pakis, teruja melihat anak sungai yang cukup jernih mengalir kami semua berhenti seketika, sambil membasuh kaki, tabing dan sarah tak lepas peluang menangkap anak-anak udang yang meriah menghurung kakinya, dapat la se ekor dua anak udang di isi kedalam bekas minum kami.

Menuju jalan pulang kami lebih banyak mengayuh kerna jalanya landai dan menuruni bukit, senok sekali meluncur laju. Basikal yang kami sewa untuk 4 jam hanya RM 6 sahaja, murah dan memuaskan. Aku cadangankan kepada sesiapa yang nak keluar peluh pergilah berbasikal di Bukit Cerakah, tapi kalau nak lihat benda lain kuranglah sedikit kerana banyak yang sudah terbiar, tidak di jaga dan ada juga yang sudah di tutup terus.

Tuesday, November 13, 2007

Peneroka Felda raih RM 6000 sebulan

Itulah rezeki seorang peneroka, untuk rekod inilah kali pertama harga kelapa sawit melambung tinggi mencecah paras RM 600 satu tan. Kalau seingat aku yang merupakan anak peneroka Felda Bukit Goh Kuantan, harga kelapa sawit tak pernah mencecah setinggi ini. Biasa harga RM 280 atau RM 300 sudah dianggap mahal dan peneroka sudah berpuas hati dengan harga tersebut. Sebenarnya harga kelapa sawit di tentukan olah harga pasaran dunia. Allhamdulillah kini ia berada pada paras terbaik yang bagi aku memberikan kesenangan kepada peneroka Felda. Orang tua ku sudah hampir 37 tahun menjadi peneroka felda tak pernah termimpi untuk menerima pendapatan sebulan hampir RM 6000.00 kini. Lazimya sebulan buah kelapa sawit akan di ambil sebanyak 2 pusingan, kalau tuaian sederhana boleh dapat dalam 5 - 6 tan sahaja X RM 600 = RM 3600.00 bagi 15 hari ditolak dengan upah pekerja menuai dan lori dalam RM 50 per tan, maka pendapatan bersih melebihi RM 3000.00. X 2 pusingan sebulan = RM 6000.00 Bagi bapaku yang dah tak larat buat kerja untuk menuai kelapa sawit pendapatan sebayak ini dengan duduk goyang kaki di rumah cukup disyukuri. Mengimbau bagaimana kisah sewaktu mula menapak ke tanah Felda dahulu, orang kata macam macam jadi peneroka susah nak hidup, susah nak makan dan sebagainya kini terjawab sudah. Tanah 10 ekar dan juga rumah kini sudah jadi milik.

Namun aku melihat harga pasaran ini lazimnya akan bergantung juga kepada keadaan dalam negara selain permintaan antarabangsa, kalau dekat pilihanraya harga pasti baik sekali namun selepas itu akan susut dan surut sedikit demi sedikit. Maka kepada peneroka semua beringatlah di waktu senang dan juga mewah ini untuk menyimpan. Gunakan hasil yang ada sebaik mungkin kerna kalau hari ini kita enak melayan selera nafsu esok lusa mungkin kita kembali derita. Beringatlah tentang kesusahan yang pernah kita alami dulu.

Monday, November 12, 2007

Frontline for Cat


Gambar terbaru emong
Ubat kutu frontline

Petang tadi aku bawa emong ke Vet di Seksyen 13 Shah Alam, bukannya sakit tapi perlu dapatkan rawatan untuk ubat kutu. Maklumlah dah dekat tiga bulan tak di letak ubat kutu, lazimnya ubat kutu diletak sebulan sekali atau dua bulan. Terbaru baru ku tahu Dr Vet di Klinik tersebut rupanya sepupu aku. selama ini aku tak pernah tahu pun dia kerja disitu walaupun ada sekali dua aku beli makanan emong di situ. Dia cadangkan agar emong di mandulkan sebab dah 2 tahun umurnya, kesian tak dapat cari betina. Normally sepatutnya kalau umur 2 tahun dah patut mengawan. Entahlah nak di mandulkan kesian pulak emong, tapi nak carikan pasangan susah pulak nak jaga tak larat nak beli makanan pulak. Sabarlah emong ye, nanti kita pujuk mummy dulu ye.

Latihan Debat Komuniti Bestari

Sabtu yang lalu, perbincangan tajuk separuh akhir dan akhir debat komuniti bestari telah di adakan. HEP UiTM jadi pilihan untuk kami semua berkumpul dan memerah otak untuk mencari fakta dan juga maklumat penting yang boleh di jadikan bahan debat. Faizal tak dapat datang kerana ada kelas maka aku, bed, fila dan juga zana yang ada. Kebetulan pula budak budak debat UITM tengah buat persedian untuk VC Cup dan Royal maka sempat jugalah jumpa si Mont, Nizam, Yasmin dan Sherry pada hari tersebut. Perlawanan dah makin dekat, Persediaan rasanya masih lagi kurang, banyak yang perlu di baca lagi ni. Pasukan mana yang akan kami lawan di peringkat separuh akhir tak tahu lagilah ni.

Friday, November 9, 2007

Debat Di Raja 2007

Alhamdulillah nampaknya kalendar debat Intervarsiti tahun ini berada di pengakhiran dengan bakal munculnya pertandingan yang paling di nantikan dan berprestij akan berlangsung dua minggu lagi. Ini adalah penganjuran kedua UiTM Shah Alam. Bila berbicara tentang Debat Diraja aku suka untuk mengimbau kenangan dan dan pengalaman yang aku kutip dalam pertindingan ini.

Kali pertama penyertaan aku dalam debat diraja adalah pada tahun 2001 di UUM. Ulung kalinya mewakili pasukan muda UiTM ke UUM membuatkan aku gugup. Bersama ahli pasukanku pada waktu itu Diyana Sulainman, Wari dan Syam kami mula menimba ilmu bagaimana hendaknya kalau terpaksa bertemu dengan pasukan utama IPT lain. Untuk rekod daripada 6 perlawanan pasukan aku hanya menang 2 kali sahaja, berjaya menewaskan KUSTEM dan UTM yang lain aku tewas kepada UKM,UPM yang lain aku tak ingat. Ini pengalaman pertama aku, pada kali ini juga pasukan utama UiTM tewas kepada UIA pada pusingan separuh akhir.

Penyertaan kali kedua adalah pada tahun 2002 di UTM KL, kali ini aku mewakili UiTM berada dalam pasukan palinh utama bersama Meor, Bed, Acoi. Nampaknya dalam pasukan utama aku lebih bertindak sebagai simpanan sahaja. Walaupun anganku kali ini pasukan kami kan melangkah belih jauh setidaknya pusingan separuh akhir tetapi nyata meleset. Pasukan kami tidak pun berjaya untuk ke pusingan akhir. Sekali lagi aku berputih mata. Johan pada tahun tersebut adalah tuan rumah UTM.

Penyertaan ketiga dan juga yang terakhir adalah pada 2003 kali ini pertandingan diadakan di UPSI. Malang sekali sewaktu pertandingan diadakan pelajar UiTM masih ada peperiksaan akhir. Jadi terpaksalah mengumpul pelajar pelajar yang habis paper awal untuk mewakili UiTM . Maka aku terpaksa memikul tanggungjawab menjadi ketua pasukan membawa pendebat junior dalam pasukan aku. Pada tahun tersebut ada sedikit kelainan debat pusingan awal di upsi hanya diadakan sebanyak 4 pusingan sahaja, seingat aku pasukan aku tewas kepada UIA dan UM menang kepada pasukan UPSI dan UPM. Namun sekalil lagi gagal ke pusingan suku akhir. Nampaknya gagal lagi tahun ini.

Maka kesimpulanya pasukan aku tidak pernah layak ke pusingan suku akhir bagi semua pertandingan debat di raja yang aku sertai walaupun pada ketikanya aku berada dalam pasukan yang ku rasakan kuat dan utama.Tak sabar rasanya untuk menunggu debat diraja dua minggu lagi, pasti menjadi gelanggang pendebat muda dan utama mempamerkan seni debat mereka dan yang pastinya malam anugerah debat pasti mengujakan. Siapakah yang bakal di nobatkan sebagai pasukan terbaik tahun 2007.

Debat Naib Canselor UiTM

Khabarnya minggu depan akan berlangsung Pertandingan Debat Naib Canselor UiTM di Shah Alam. Nampaknya ada lah aganda untuk aku isi ke dalam diari hujung minggu hadapan. Bila bercerita tentang Debat Naib Canselor ini suka aku untuk berkongsi sedikit pengalaman tentangnya. Sebenarnya Debat Naib Canselor UiTM ini dulunya di kenali sebagai Debat Piala Rektor. Maklumlah dulu UiTM dikanali sebagai Institut sahaja maka tiada jawatan Naib Canselor. Selepas UiTM di naik taraf kepada Universiti oleh mantan Perdana Menteri kita DR M barulah nama pertandingan ini ditukar kepada Pertandingan Debat Naib Canselor. Pertandingan Debat Naib Canselor telah melalui beberapa evolusi perubahan yang ketara dari dulu sehingga sekarang. Kalau boleh aku senaraikan sedikit:

1. Nama Pertandingan pastinya dari Debat Piala Rektor - Debat Naib Canselor

2. Penganjuran - Kalau dulu penganjuran akan di lakukan secara bergilir antara kampus cawangan UiTM, tetapi dua tiga tahun kebelakangan ini nampankya hak penganjuran jatuh mandatori kepada UiTM Shah Alam, aku tak tahu mengapa, tetapi ada cakap cakap dibelakangnya yang aku tak perlu ceritakan. Sebagai seorang pendebat yang pernah mewakili UiTM cawangan dan juga UiTM Shah Alam, aku rasa ada betul dan salah juga cakap-cakap itu. Biarlah.

3.Sistem pertandingan - Kalau dulu sistem liga dijalankan, lazimnya ada 4 atu 3 pasukan dalam satu kumpulan. Sesiapa yang kena kumpulan dengan UiTM Shah Alam pasti merungut sakan. Pengalaman aku sendiri kena lawan pasukan utama UiTM Shah Alam. Pernah sekali sewaktu penganjuran di UiTM Arau pertandingan di jalankan mengikut format British parlimentary yang mana setiap pasukan diwakili 2 pendebat sahaja. Menarik tetapi tidak di teruskan untuk penganjuran tahun seterusnya. Sekarang sistem pertandingan mengadaptasi power match sistem yang di gunakan seperti mana dalam royal debate,kalau tak silap aku ianya di perkenalkan kedalam debat NC sewaktu pertandingan di Arau.

4.Penyertaan - Dulu penyertaan di syaratkan bahawa setiap kampus cawangan hanya boleh menghantar 1 pasukan sahaja dan Kampus Shah Alam boleh hantar 3 pasukan. Wah bila dah macam ni banyak la yang melahirkan rungutan dan ketidakpuasan hati di kalangan pendebat cawangan termasuklah aku pada waktu itu. Logiknya ratio pelajar di UiTM Shah Alam amatlah berganda ramainya berbanding dengan cawangan yang aku rasakan nak cari pendebat matlah susah. Kini juga ada penyertaan dari UiTM INTEC kalau tak salah aku la rasanya. Sekarang cawangan boleh hantar lebih dari satu begitu jugak Shah Alam kalu tak silap dalam penyertaan aku yang terakhir dalam Debat NC pada 2003 Shah Alam hantar 4 team cawangan ada yang hantar lebih dari satu rasanya.

5.Tajuk - Aku yakin dan pasti tajuk tajuk yang dipilih buakan lagi tajuk skema, tajuk lebih variasi ada ekonomi, politik, sosial, humor dan sebagainya. Dulu tajuk cukup skima la.

6.Pemenang - Dulu saban tahun pemenangnya adalah Shah Alam terutama bagi kategori bahasa Inggeris. Bahasa Melayu pula ada sekali dua pasukan cawangan menyelit seperti Serawak satu ketika dulu, Pahang di era KG. Kini kekuatan pasukan agak seimbang lantaran keterbukaan UiTM Shah Alam bersama berlatih, Kem dan sebagainya. Bagi aku, aku bangga dengan kejayaan menganjuran Kem Debat Mega pertama UiTM pada 2003 yang aku rasakan menjadi pencetus kepada keterbukaan Shah Alam bersama berkongsi ilmu debat dengan UiTM cawangan. Dulu aku pesan kepada junior agar program ini diteruskan tapi entahlah...

7. Hakim - Maaflah kalau aku terlalu prejudis dan sangsi kepada hakim hakim dulu yang terdiri daripada pegawai pengiring pasukan yang aku rasakan ilmu debatnya kosong tetapi terpaksa menjadi wakil sebagai hakim, setiap cawangan kena hantar hakim. Aku masih ingat seorang hakim menempelak aku yang bercerita isu kemiskinan dengan mengatakan tak boleh bawa isu tersebut kerana isu sensitif, apala tajuk tentang ekonomi habis tu nak cerita tentang apa. Kini hakim aku rasakan cukup baik, ramai sekali pendebat IPT dan IPTS yang dijemput menjadi hakim. Aku rasakan mereka mereka ini cukup rasional dan waras dalam menghakimi pertandingan dek penuhnya ilmu dan pengalaman yang mereka kutip dalam pertandingan diperingkat intervarsiti.

8.Kematangan - Hujah dan bawakan usul sudah melalui transformasi kalau dulu rata ratanya pendebat cawangan tak tahu ape iti konsep debat, definasi literal, definasi konsep, kayu ukur analogi dan sebagai. Namun hari ini semunya sudah bisa bisa bawaan hujah mereka.

Itulah sedikit sebanyak yang aku rasakan rencah dan juga rasa transformasi Debat Naib Canselor UiTM. Sekarang aku kongsikan pula pengalaman aku dalam pertandingan ini.

Penyertaan sulung aku bermula pada 1998 di UiTM Sri Iskandar Perak. Buat kali pertamanya dalam hidup aku mewakili UiTM Segamat ke pertandingan, penyertaan aku dipilih berdasarkan kemenangan pasukan dalam debat Inter Kolej. Penyertaan kali pertama membuka mata tentang apa itu debat intervarsiti. Pasukan aku diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan pasukan Shah Alam 1 (Acoi, Eji, Bulat)Pasukan Dungun (Gajet, Kaza, Suri dan Sham)dan pasukan Perlis (Awi, Lan dan Shiek)pasukan aku hanya menang sekali sahaja dari 3 perlawanan ni. Malu tapi itulah pengalaman, pasukan aku (Faizal, Along dan Umi)johan tahun tersebut pasukan Meor,Bed, Yus, Izani.

Penyertaan kedua aku tahun 1999 di UiTM Machang - Dengan azam membara kami bertolak ke UiTM Machang dari Segamat dengan Van UiTM yang uzur, perjalanan mengambil masa 12 jam cukup melesukan. Sekali lagi pasukan aku diletakan dalam kumpulan yang sama dengan UiTM Shah Alam (Acoi, Saiful Ambar, Ain) dan juga UiTM Dungun (Suri, Kaza dan Asrol) sekali lagi tumbang kepada Shah Alam dan hanya menang kepada dungun. Tahun ini keputusan mengejutkan Shah Alam tumbang kepada UiTM Pahang.

Penyertaan ketiga dan terakhir 2003 kali ini aku mewakili Shah Alam, berbekalkan reputasi, aku di selitkan dalam psukan paling utama UiTM Shah Alam. Pasukan aku Diana Sulaiman aka Dewi debat, Hafiezi dan Apek. Berada dalam pasukan terkuat aku rasakan peluang untuk menang amat cerah. Kami menyapu bersih kemenangan sepanjang pusingan saringan dan suku akhir. Entahlah mungkin sudah ditakdikan tiada rezeki aku untuk mencatat sebarang kejayaan dalam debat NC akhirnya pasukan aku di tewaskan oleh pasukan 2 UiTM Shah Alam sendiri. Sedih, pilu bila alu akhiri debat NC tanpa sebarang kejayan gemilang. Johan pada tahun tersebuat UiTM 2 (Faizal, Faizal Ayob dan Salmi)

Itulah sedikit dan secubit pengalaman aku, semoga berjaya semua pendebat yang bakal berkampung di Shah Alam minggu depan. Pastinya aku ke sana menyaksikan dan kalau dapat jadi hakim seronok juga.

Wednesday, November 7, 2007

Happy Deepavali


Wish all of you and your loved ones a very happy, prosperous and safe Deepavali!

Special to:

Kumar
Dr Snighda
Dr PK
Dr Senthil
Vishnu
Siva - Inso
Murali - INSo
Dr Pallavi Jayavanth

Council Camp 1

Tiga hari di Council Camp membuatkan aku terasing dari dunia ku, tiada suratkhabar, radio, TV dan jua Internet. 3 hari kepalaku bebas dari seribu satu persoalan masalah yang lazimnya membelit akal mindaku. Cukup tenang dan lapang rasanya di sana walaupun penat jua penuh tegang. Nanti akan ku ceritakan secara detail apa yang berlaku di sana. Hari ini aku kembali berkerja walupun sengal badan dan sakit urat masih sangat terasa. Alhamdulillah kakak ku selamat menjalani operation melahirkan seorang bayi lelaki pada 5 November 2007. Petang ni aku akan ke sana melawatnya.

Saturday, November 3, 2007

Semoga Selamat

Esok kakak ku akan dimasukkan ke hospital Seremban untuk menjalani pembedahan cesarean buat kali ketiga melahirkan anaknya dan pastinya yang terakhir. Doaku semoga beliau tabah, sabar dan selamat menjalani pembedahan itu. Aku tak mampu untuk besama memberi semangat lantaran terpaksa menghadiri Council Camp untuk INTIMA di Port Dickson. Sekejap lagi Ibu dan Ayah akan berlepas dari Kuantan ke KLIA untuk bersama sama dengannya ketika beliau memerlukan sesorang di sisinya menghadap perjuangan melahirkan seorang lagi anak adam ke bumi bertuah ini. Semoga semuanya selamat.

Friday, November 2, 2007

ISU PTPTN

Di sebapkan sekarang ni aku membantu scholarship unit ada sedikit peraturan baru PTPTN yang menjadi isu:

Bermula 1 Januari 2008, ibu bapa kepada pemohon PTPTN dimestikan membuka akaun SSPN(skim simpanan pendidikan nasional)untuk melayakkan pemohanan anak anak mereka. Syarat tambahan untuk ibu bapa berpendapatan RM 2000 keatas mereka harus mempunyai simpanan minima RM 3000 di dalam akaun SSPN dan bagi yang berpendapatan bulanan kurang RM 2000 mereka harus mempunyai simpanan minima RM 500 di dalam SSPN. Persoalanya adakan perkara ini mampu di laksanakan oleh ibubapa. Rata rata ibu bapa berpendapatan melebihi RM 2000 namun tidak mampu untuk mempunyai simpanan sekaligus sebnayak RM 3000. Rungutan daripada ibu bapa katanya yang masuk ipt memang sorang tetapi yang masih bersekolah banyak lagi macam mana nak menyimpan sebanyak itu kedalam akaun .Entahlah apa kewajaranya perkara ini dilaksanakan oleh PTPTN.

Thursday, November 1, 2007

Kerja

Nampaknya kerja aku mula bertambah minggu ini di sebapkan seorang Admin Assistant di office aku berhenti 24 jam walaupun baru berkerja 2 bulan je. Di sebapkan oleh keperluan yang mendesak di unit biasiswa aku terpaksa membantu Ms Yeo untuk memeriksa borang PTPTN yang kelam kabut. Maksud aku awal tahun hari itu PTPTN kata pemohonan secara online, maka berbondong-bondonglah pelajar yang mengharapkan duit kerajaan membuat pemohonan, namun setelah habis ink printer mencetak borang dan juga segala macam dokument tiba tiba terbaru datang pula arahan pelajar kena isi borang OMR pulak balik kepada manual. Maka terpaksalah sekali lagi dirahkan pelajar pelajar ini mengisi borang dan pastinya banyak sekali kesilapan. Dengan cermat dan penuh telitinya aku memeriksa setiap butiran yang di isikan kedalam borang, apa yang di hitamkan dalam borang OMR semuanya betul dan tepat, bertambalah kerja aku.