Friday, November 9, 2007

Debat Di Raja 2007

Alhamdulillah nampaknya kalendar debat Intervarsiti tahun ini berada di pengakhiran dengan bakal munculnya pertandingan yang paling di nantikan dan berprestij akan berlangsung dua minggu lagi. Ini adalah penganjuran kedua UiTM Shah Alam. Bila berbicara tentang Debat Diraja aku suka untuk mengimbau kenangan dan dan pengalaman yang aku kutip dalam pertindingan ini.

Kali pertama penyertaan aku dalam debat diraja adalah pada tahun 2001 di UUM. Ulung kalinya mewakili pasukan muda UiTM ke UUM membuatkan aku gugup. Bersama ahli pasukanku pada waktu itu Diyana Sulainman, Wari dan Syam kami mula menimba ilmu bagaimana hendaknya kalau terpaksa bertemu dengan pasukan utama IPT lain. Untuk rekod daripada 6 perlawanan pasukan aku hanya menang 2 kali sahaja, berjaya menewaskan KUSTEM dan UTM yang lain aku tewas kepada UKM,UPM yang lain aku tak ingat. Ini pengalaman pertama aku, pada kali ini juga pasukan utama UiTM tewas kepada UIA pada pusingan separuh akhir.

Penyertaan kali kedua adalah pada tahun 2002 di UTM KL, kali ini aku mewakili UiTM berada dalam pasukan palinh utama bersama Meor, Bed, Acoi. Nampaknya dalam pasukan utama aku lebih bertindak sebagai simpanan sahaja. Walaupun anganku kali ini pasukan kami kan melangkah belih jauh setidaknya pusingan separuh akhir tetapi nyata meleset. Pasukan kami tidak pun berjaya untuk ke pusingan akhir. Sekali lagi aku berputih mata. Johan pada tahun tersebut adalah tuan rumah UTM.

Penyertaan ketiga dan juga yang terakhir adalah pada 2003 kali ini pertandingan diadakan di UPSI. Malang sekali sewaktu pertandingan diadakan pelajar UiTM masih ada peperiksaan akhir. Jadi terpaksalah mengumpul pelajar pelajar yang habis paper awal untuk mewakili UiTM . Maka aku terpaksa memikul tanggungjawab menjadi ketua pasukan membawa pendebat junior dalam pasukan aku. Pada tahun tersebut ada sedikit kelainan debat pusingan awal di upsi hanya diadakan sebanyak 4 pusingan sahaja, seingat aku pasukan aku tewas kepada UIA dan UM menang kepada pasukan UPSI dan UPM. Namun sekalil lagi gagal ke pusingan suku akhir. Nampaknya gagal lagi tahun ini.

Maka kesimpulanya pasukan aku tidak pernah layak ke pusingan suku akhir bagi semua pertandingan debat di raja yang aku sertai walaupun pada ketikanya aku berada dalam pasukan yang ku rasakan kuat dan utama.Tak sabar rasanya untuk menunggu debat diraja dua minggu lagi, pasti menjadi gelanggang pendebat muda dan utama mempamerkan seni debat mereka dan yang pastinya malam anugerah debat pasti mengujakan. Siapakah yang bakal di nobatkan sebagai pasukan terbaik tahun 2007.

No comments: