Tuesday, December 30, 2008

Kejohanan Trek & Padang IPTS 2008


Early in morning before the event

May Chong received plaque on behalf

Our sprinter for 100m in blue track suit
Sandy from China - 400m, 4 X 100m, 4 X 4oom = All XXX
Rest before running

Joshan dreaming already

Keat without shoes or spike

After 4 X 400m - Kalipan & Keat

Kalipan - Silver medal for 800 M
This sweet girl - Nur, won silver for 400m

Sabtu lalu aku mengiringi Pasukan olahraga INTI College Subang Jaya ke UPM mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Seharian di sana, seronok dengan pelbagai aksi para peserta dari hampir 25 buah IPTS yang mengambil bahagian. Kami hanya berjaya menggondol 2 pingat perak. Tahun depan cuba lagi.

Thursday, December 25, 2008

Emong





Pose terbaru dari Mr Brown @ emong

Saturday, December 20, 2008

TERIMA KASIH

2 hari lepas result exam UiTM dah keluar, alhamdulillah aku dah berstatus tamat untuk program Master aku . Terima kasih daun keladi buat semua lecturer aku di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM, Dr Adnan, En. Abdullah, Dato Ray, Pn Normah, Pn Rusnah, En Sharif, Dr Laili, Dr Suhaimi, En Rashid dan En Zaihan Koordinator Master FLP. Jasa dan ilmu kalian akan aku hargai selamanya.

Friday, December 12, 2008

Buku - Mahathir's Selected Letters to World Leaders

Terbaru dalam koleksi aku "Mahathir's Selected Letters to World Leaders", aku kagum dengan kelantangan dan kepekaan mantan PM menyuarakan pendapat sesama pemimpin antarabangsa yang lain melalui surat-surat yang diutuskannya. 71 surat dalam buku ini utusan Dr M, Bush, Chirac, Blair, Thatcher, Clinton juga Putera Charles tentang isu keganasan antarabangsa, globalisasi, penindasan kepada umat islam di Iraq, Afghanistan serta Bosnia, isu ekonomi dan hubungan antarabangsa. Tahniah kepada pihak yang menerbitkan buku ini, banyak sekali maklumat yang aku kutip dari isi bukunya.

Thursday, November 20, 2008

Study - dah abis dah

Alhamdullilah, isnin lalu aku selesai hantar final year project, maknanya tamatlah study aku. Result aku tak mahu fikir dulu, tunggu la bulan depan. Lega rasanya menamatkan 2 tahun yang penuh menyiksakan ni.

Debat Piala Naib Chancelor UiTM 2008

Pertandingan bermula hari ini hingga 22hb, aku belum tahu sempat kesana atau tidak memandangkan ada urusan penting yang perlu diselesaikan di opis sehari dua ini. Good luck buat semua pendebat dari kampus cawangan. Tunjukkan kebolehan anda, manalah tahu akan terpilih mewakili UiTM ke Royals Debate hujung bulan ni.

Monday, November 17, 2008

Selamat Pengantin Baru

Tahniah buat Faizal & Faz yang telah melangsungkan perkahwinan mereka minggu lalu, semoga kekal bahagia sentiasa sehingga ke akhir hayat mereka.

Monday, November 10, 2008

33rd INTIMA COUNCIL CAMP















3 Hari yang cukup memenatkan bersama dengan intima dan juga excos di Kalumpang Resort Hulu Selangor. Tempatnya agak menarik dengan sungai yang mengalir deras, cuma cuaca kurang menyebelahi kami, asyik hujan sahaja. BTW semua happy.

Tuesday, November 4, 2008

33rd INTIMA COUNCIL CAMP

Esok aku akan ke Hulu Selangor bersama 40 pelajar untuk council camp sehingga jumaat ini, pasti seronok juga memenatkan nanti. Takpa boleh lupa segala kerja di opis, cuma aku risaukan draft thesis yang dihantar sabtu lalu masih belum dikembalikan supervisor, ape jadi ntahla....pasrah.

Rage - Star - Proud Winners


Our story in rage - The Star newspaper today

Wednesday, October 29, 2008

Debat Akhir Komuniti Bestari Kebangsaan 08

Sedih rasanya tidak dapat bersama sama dengan para pendebat yang mewakili Wilayah Persekutuan ke Pertandingan Akhir Debat Komuniti Bestari Akhir peringkat kebangsaan yang akan bermula esok di Kuala Terengganu. Hambatan masa untuk aku menyiapkan tesis menghalang untuk kesana walaupun cuti dah diaturkan. Aku doakan semoga mereka akan berjaya membawa pulang Piala Setia Wawasan buat kali ke 3 sekaligus mencipta hatrik kejayaan pasukan wilayah menjuarai pertandingan ini. Esok mereka akan menentang pasukan Pulau Pinang menjadi pembangkang membahaskan tajuk "Sektor pertanian wajar menjadi tunjang ekonomi negara" manakala tajuk final pula "Subsidi Masih Relevan". good luck

Fly to INDIA





Is dah selamat hampir 3 minggu di INDIA pergi buat Medic. Good luck semoga berjaya pulang dengan segulung Ijazah. Ni gambar sewaktu kami hantar nya di KLIA.

Saturday, October 18, 2008

Sanggar Puisi Nurfitri Antarabangsa 2008







Alhamdullilah puisi ciptaan aku bertajuk "Aidilfitri" p/s:rujuk entri terdahulu. telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Sanggar Puisi Nurfitri Antarabangsa 2008 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari rabu lalu. Yang menariknya pertandingan ini mensyaratkan puisi bertemakan aidilfiti dibaca dalam bahasa melayu oleh gabungan pelajar antrabangsa dan juga tempatan. Pasukan INTI Subang Jaya di wakili Winna - Indonesia, Hoor Al Saidi - Yamen dan juga Qisti Parr Zahari - Malaysia. Nampaknya tak sia sia usaha aku melatih mereka bertutur bahasa melayu. Syabas kepada pihak USIM dalam mengangkat martabat bahasa melayu di persada antarabangsa.

Wednesday, October 8, 2008

Sibuk

Selepas hari raya banyak sangat aktiviti dan kerja yang nak diselesaikan sampai tak kesempatan untuk post sebarang entry. Isnin dan Selasa pindah opis baru.. opis sahaja bukan kerja baru dan terlalu banyak yang perlu diuruskan. Hari ini ada Academic Awards presentation, aku jaga photography session, malam ni kena stay opis sampai pukul 11 ada program students. Sabtu ni ada kelas yang penghabisan, kena siapkan presentation dan juga assign. Tesis aku tak siap lagi, minggu depan dah final exam for final semester. Sikit sahaja lagi nak habis, aku dah tak larat dah tak sabar nak bergraduat.

Friday, September 26, 2008

Salam Hari Raya


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga Syawal penuh dengan kebahagiaan.

Tuesday, September 23, 2008

Aidilfitri

Subuh ini sayup sayup dihujung sana
Suara lunak lagi mendayu
Rasa tafakur, syukur tulus suci
Takbir memuji pada yang maha esa

Alhamdulillah
Rasa syukur atas keberkatan limpahan rahmatnya
Sebulan kita lalui dengan jaya
Buat sang penghasut terasa bahangnya

Setahun kau pergi
Membuat rasa rindu jiwa meratah
Suasana bahagia yang sering tak ku lupa
Kini kembali bertemu jua

Pagi ini akan berduyun duyun lah mereka
Ke rumah ALLAH dengan rasa rendah seorang hamba
Namun hatinya penuh ceria
Tanda kemenagan atas sebulan perjuangan
Yang entahkan sempat lagi kita lalui di musim yang mendatang

Air mata mengalir lesu membasihi pipi
Takkala lidah mengiringi takbir
Terkenang akan dosa semusim, terkenang ayah bonda yang sudah pergi

Solat , khutbah jadi pelengkap dipagi indah penuh rahmat
Salam kemaafan terus dihulurkan
Jadi penyatu kebahagian insan
Kita lupakan kisah semalam jadikan hari mendatang terus riang

Inilah hari kemenangan
Atas sebuah pengorbanan
Lapar dan dahaga di bulan Ramadhan penuh keberkatan
Hawa nafsu yang berjaya kita lupakan

Inilah buktinya kita umat yang bertuah
Limpah pahala yang kita kutip
Buat jiwa ini lebih tulus jua tenang

Diwajah ayah terpancar cahaya
Bila anaknya yang sepurnama entah kemana
Tiba tiba muncul dipintu tangga
Diwajah nenek tua terpancar jua gembira
Mulutnya tenganga diagah cucunya
Yang baru pertama kali pulang beraya
Dikampung halaman diceruk desa

Ahh gembiranya rasa
Juadah pelengkap penyeri suasana
Tetapi jangan pula membazir kita
Nanti menjadi sahabat kepada yang disana

Yang sudah pergi jangan kita lupa
Lambat laun kita akan meneman mereka jua
Air mawar, yasin serta sepotong doa
Tanda kasih pada yang tiada

Sebulan puasa bukanlah alasan
untuk kita melepas dendam
Kerana kita perlu mengerti
Hidup ini adalah perjuangan
Kurniaan ilahi buat semua penghuni alam
Andai kita berjaya
Kitalah insan yang menang

Aidilfitri hari mulia
penuh bahagia
Buat kita mengampun dosa
Namun jangan alpa untuk merebut fadhilatnya
Sebelum ia kembali meninggalkan kita

Bilakah rasa rindu jua gembira ini akan kembali lagi
Sedangkan waktu terus menggulung hari
Perjalanan ini semakin menghampiri
Sebuah destinasi yang pastinya tiada jalan kembali

Marilah kita semarakan sebulan aidilfitri dengan
Rasa syukur jua tafakur
Atas kejayaan jua kemenangan
Sebelum kita kembali alpa sehinggalah kembali musim yang mendatang

Tuesday, September 9, 2008

Orientation Day





Orientation day dah selesai, very simple tapi cukup untuk sampaikan maklumat kepada pelajar baru. Cuma masa terlewat sedikit disebapkan oleh campus tour yang mengambil masa yang agak lama. Kredit to Ms. Azean with interesting presentation, Shima, Naomi dan semua council yang hadir membantu. Tq daun keladi, next sem tolong lagi.

Saturday, August 30, 2008

Mencari Wira

Ini adalah antara sajak yang paling aku gemari, hebat sekali penulisnya menitipkan bait-bait indah, dipetik dari AKSARA MERDEKA

MENCARI WIRA

Berkurun kita berburu mencari makna kata
Berkurun kita keliru mengenal makna wira:
Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?

Lemas kita dilanda curiga
antara setia dengan pembela.
Selamanya wira dinilai oleh masa
selaman wira dicanai kuasa
selamanya wira dinobat oleh harta.
Akhirnya wira entah dimana
didepan kita pengkhianat bangsa.

Bangunlah dari lena khayali
kita kembalikan kata pada lidah
kita pulangakan pandang pada akal
ita keringkan rajuk pada tindak.

Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagah
tapi selamanya kita mematikan akal
kerana akal membijaksanakan manusia
dan si bijak tidak perlu hidup
seperti wajarnya budak ditikam
atas kebijaksanaan yang mengancam.
(ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)

Marilah kita didihkan akal
mentafsir kata dengan sempurna
- ada waktunya berontak itu keji
- ada waktunya berontak itu suci
- ada waktunya berontak itu cemar
- ada waktunya berontak itu samara
berubah musim beralih sikap
bertukar pimpin bersalin harap
tapi pejuang tidak pernah terpuja
tika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta
tanganya diikat waja kakinya dirantai sula
dan kita mengulang keanehan
berebut menabur bunga dan pandan
didada mereka setelah kematian

Sesal hanya datang sekali
tapi seksanya sepanjang hayat
lukanya berparut berabad-abad

Karya:Mohamad Saleeh Rahamad
AKSARA MERDEKA

Orientation Day

Seperti biasa awal semester hari orentasi akan diadakan, bezanya kali ini aku menguruskan seorang diri. Takpa dah biasa, lagipun setengah hari sahaja dan intake untuk Sept tak seramai May.

Selamat & Selamat

Selamat menyambut ketibaan hari kemerdekaan Malaysia ke 51 esok dan juga selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat semua umat Islam. Semoga sebulan Ramadhan yang mendatang bakal membawakan keberkatan kepada kita semua. Tengah hari ini aku akan pulang ke Pahang untuk bercuti bersama keluarga.

Monday, August 25, 2008

Mengapa Suram Sahaja

Kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51, namun aku rasakanya bahang kemeriahannya suram sahaja. Mengapa, adakah dek kerana bajet sambutan tahun ini yang dikurangkan ke RM20 juta berbanding RM40 juta sebelum ini. Perbelanjaan tahun ini dikurangkan atas dasar menyahut kempen jimat cermat. Antara aktiviti yang tidak adakan pada tahun ini ialah pertunjukan bunga api yang menjadi acara kemuncak pada setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan. Ramai la yang ke Dataran Merdeka akan terasa hambarnya, lepas countdown boleh terus balik rumah, tahun ini takda bunga api. Adakah iklim politik dan ekonomi semasa jua mempengaruhi keghairahan rakyat untuk menyambut tanggal 31 Ogos atau rakyat lebih tertarik memfokuskan kepada isu: Lompat Parti, Sumpah, Permatang Pauh, Tanah di Pulau Pinang, Petrol, Kouta UiTM, Bar Council, Exco di Perak dll. Terpulanglah kepada kita semua untuk menilai erti sebenar kemerdekaan yang kita sudah kecapi.

Thursday, August 21, 2008

Setahun Sudah Berlalu



18 August 2008 genaplah setahun usia perkahwinan kami. Sambutan ringkas buat kami berdua sahaja.

MAHA 2008

Ahad yang lalu aku sempat ke MAHA 2008. Banyak sekali hasil-hasil bidang pertanian dan ternakan yang dipamerkan, sampai tak larat nak jenguk semua di tambah dengan cuaca yang sangat panas dan terik. Tahniah atas kejayaan pihak penganjur yang paling tidak mampu memberikan maklumat asas dalam bidang pertanian. Kebetulan pula pada hari tersebut di adakan juga pertandingan kucing, jadi masa aku di tempat pertandingan kucing lebih lama dari tempat tempat lain la. Zana suruh bawa emong bertanding next time, he he.
Penuh sesak tempat parking
Kanak kanak ambil peluang dekati haiwan
Baka lembu import milik penternak tempatan
Kuda pun ada dari DBKL
Unta dari Melaka
Kambing sedia di lelong

Si comel kehausan menunggu di adili hakim

Kucing tiada bulu, macam anak tikus je