Monday, June 30, 2008

Training

Masuk kerja pagi ni aku ada training on assertive communication skills. ok la boleh menambahkan ilmu pengetahuan.

Sunday, June 29, 2008

Debat Merdeka Komuniti Bestari

Penyampaian hadiah oleh Pengarah Penerangan WP
Kami tumpang gembira
Aksi selepas perlawanan
Lagi aksi pendebat terlampau
Alhamdulillah pasukan yang mewakili Presint 8 Putrajaya berjaya mempertahankan kejuaraan tahun lalu dengan menjadi johan Debat Merdeka Komuniti Bestari peringkat Wilayah Persekutuan. Pasukan P8 Putrajaya bertindak selaku pihak pencadang menewaskan pasukan Komuniti Bestari Bandar Sentul Perdana yang membahaskan usul "Kenaikan harga minyak memberikan faedah jangka panjang kepada rakyat". Perlawanan tadi telah berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman. Tahniah kepada Mazuan, Fizi, Patma dan Hidayat yang bertungkus lumus dalam berhujah. Terima kasih buat bed, fila, r pek serta suami Patma yang banyak membantu memastikan kemenangan ini. Pasukan P8 layak kepertandingan seterusnya yang akan diadakan pada bulan hadapan diperingkat zon bagi memilih pasukan terbaik yang akan mewakili zon tengah ke peringkat kebangsaan.

Cuti- cuti Balik Kedah

Kompleks bebas cukai Bukit kayu Hitam , yang aku rasa cukainya tak berapa bebas
Dari luar negara ke Malaysia
Pekan Rabu, banyak orang Thai yang menjual
Sujana mata memandang, sawah padi menghijau
Indahnya biru langit di pendang
Gua di Muzium Padi
Korbankan diri untuk Sang Singa yang kelaparan
Gurung Kriang

4 hari pulang ke Kedah buatkan aku jauh dari segala rasa sesak kerja dan segala benda. Sepanjang di sana sempat juga menjengah ke Pendang, Jitra, Gunung Kriag dan juga Bukit Kayu Hitam. Seronok juga dapat makan durian dan cucur cempedak hasil dari kebun ayah mertuaku. Bukan apa sudah lama tak pulang ke Kedah, bila ada kelapangan inilah masanya untuk kerumah ipar duai juga pakcik makcik.

Tuesday, June 24, 2008

Debat Komuniti Bestari 2008 - 1

Alhamdulillah pasukan Komuniti Bestari Presint 8 berjaya melayakan diri ke pertandingan akhir Debat Komuniti Bestari Wilayah hujung minggu ini. Kelmarin semasa saringan cukup sengit ada 8 pasukan, dua yang terbaik sahaja dipilih ke final. Ramai pendebat universiti yang ambil bahagian terutamanya dari UIAM dan UiTM. Ibarat pertembungan debat intervarsiti pulak . Aku cukup gembira dengan kejayaaan pasukan ini, paling tidak mencerahkan peluang pasukan Presint 8 mempertahankan kejuaraan tahun lalu. Syabas dan tahniah juga untuk satu lagi pasukan yang aku bawa dari Presint 16, walaupun tidak berjaya, namun aku melihat persembahan mereka cukup matang dan hebat sekali, bahkan ramai yang terpesona dengan kehebatan hujah mereka. 29 ini pasukan P8 akan menentang pasukan Komuniti Bestari Bandar Baru Sentul Perdana, sayang sekali aku tidak dapat bersama mereka kerna di Kedah pulang bercuti. Aku doakan mereka semua berjaya. Fizi, Mahzuan, Fathma dan Hidayat - good luck.

Friday, June 20, 2008

Debat Komuniti Bestari 2008

Lusa debat komuniti bestari peringkat saringan Wilayah akan berlangsung. Aku tolong menguruskan team P8 & P16 Putrajaya. Tajuk agak susah , aku serahkan kepada peserta untuk mencari bahan. Moga semuanya berjalan lancar, kali ini ada banyak team diwilayah sehingga terpaksa diadakan saringan dahulu sebelum final negeri pada 22 ini. Aku doakan semuanya berjaya.

Ayat - Ayat CInta


Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuhSeakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Aku suka lagu filem baru dari indonesi ini, mengugah jiwa jua rasa. Teringin nak menonton kalau ada kesempatan. lama sudah tak menonton filem dipanggung.

Monday, June 16, 2008

Happy Birthday IS





Birthday celebration for Ismail @ Mail, kami adakan jumaat yang lepas, ringkas sahaja namun bisa buatnya gembira.

Sunday, June 8, 2008

Debate Workshop - Day 2

Sebelum pulang group photo dulu
Lagi group photo
Antara peserta perempuan
Sessi belajar jadi hakim
3 hakim jemputan pening mendengar hujah , azian, shima & ms chang
Timb. ketua pembangkangIndia, cina dan melayu - kombinasi team yg mantap
Orang sabah ni


Sambungan kepada hari pertama, aktiviti bengkel debat pada hari kedua lebih kepada mock debate, tujuan utama adalah untuk melihat sejauh mana kefahaman para peserta dalam menyampaikan hujah dan juga kupasan isu. Secara umumnya peserta sudah mampu untuk menguasai perkara asas seperti membina premis, konsep yang ringkas, rasional, kayu ukur, beban pembuktian dan juga pecahan hujah. Kekurangan adalah daripada aspek kematangan untuk memberikan hujah yang tepat. Takpa la ini kerana kebanyakan mereka pertama kali berdebat. Aku kagum dengan kesungguhan yang mereka tunjukkan.

Tuesday, June 3, 2008

Debate Workshop - 1st Day

Bersedia mula berdebat
Group yang mantap
Tekun mendengar komen
lagi komen
Asmahani, kecil cili padi

Semalam hari pertama bengkel debat agak memenatkan. Walaupun tidak ramai sangat peserta namun aku rasakan cukup puas dapat menyapaikan sedikit ilmu dan berkongsi pengalaman dengan para pelajar. bagi aku mereka semua berbakat, punyai suara yang baik, daya berdebat secara sepontan yang baik dan humor yang menggelikan hati. Perlu di gilap lagi dari aspek kupasan tajuk dan juga penguasaan fakta. Hari ini akan sarat dengan aktiviti mock debate, semoga semua peserta akan terus bersemangat untuk belajar lagi today. Tq kpd Ms Azian, shima dan Ms Chang yang banyak membantu aku menjayakan pendaftaran, makanan dan persiapan tempat semalam. Terima kasih daun keladi.