Sunday, June 29, 2008

Debat Merdeka Komuniti Bestari

Penyampaian hadiah oleh Pengarah Penerangan WP
Kami tumpang gembira
Aksi selepas perlawanan
Lagi aksi pendebat terlampau
Alhamdulillah pasukan yang mewakili Presint 8 Putrajaya berjaya mempertahankan kejuaraan tahun lalu dengan menjadi johan Debat Merdeka Komuniti Bestari peringkat Wilayah Persekutuan. Pasukan P8 Putrajaya bertindak selaku pihak pencadang menewaskan pasukan Komuniti Bestari Bandar Sentul Perdana yang membahaskan usul "Kenaikan harga minyak memberikan faedah jangka panjang kepada rakyat". Perlawanan tadi telah berlangsung di Memorial Tunku Abdul Rahman. Tahniah kepada Mazuan, Fizi, Patma dan Hidayat yang bertungkus lumus dalam berhujah. Terima kasih buat bed, fila, r pek serta suami Patma yang banyak membantu memastikan kemenangan ini. Pasukan P8 layak kepertandingan seterusnya yang akan diadakan pada bulan hadapan diperingkat zon bagi memilih pasukan terbaik yang akan mewakili zon tengah ke peringkat kebangsaan.

3 comments:

Anonymous said...

Amir, adakah itu apek? apa kabar gamaknya dia...dah kurus eh....

Amier said...

yes, itu adalah gambar terbaru apek, memang butul dia dah turunkan berat badan sekarang ni.

Anonymous said...

ada no tepon dia tak? lama aku dengan cik rota tak jumpa dia...